Ngeri! Perut pemandu van rokok terburai dikelar penyamun

on Monday, June 17, 2013



Seorang pemandu van rokok cedera dikelar di rusuk kiri selepas disamun di sebuah kedai kopi berhampiran Pasar Tingkat Bagan Baru, semalam.
Dalam kejadian yang berlaku jam 12.23 tengah hari itu, mangsa yang berusia 53 tahun didatangi seorang lelaki ketika sedang memunggah stok rokok.
Difahamkan, suspek mengacukan senjata menyerupai sepucuk pistol namun mangsa berjaya menepisnya sebelum didatangi seorang lagi suspek yang kemudiannya bertindak mengelar rusuk mangsa.
Rakannya yang menghantar bekalan rokok ke kedai kopi terbabit kemudiannya terdengar jeritan dan mendapati mangsa terbaring di atas jalan.
Kedua-dua suspek kemudiannya sempat melarikan beberapa karton rokok bernilai RM900 sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Shukri Awang berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.
Menurutnya, mangsa kini stabil setelah menjalani pembedahan dan difahamkan tiada organ dalamannya yang tercedera.
“Berdasarkan pemeriksaan awal, nombor plat kenderaan terbabit dipercayai palsu dan pihak kami kini sedang mengesan kedua-dua suspek terbabit.
“Kejadian ini merupakan kali kedua mangsa disamun dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati pemandu van barangan terutamanya rokok lebih berhati-hati untuk mengelakkan kejadian sedemikian kembali berulang.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit diminta untuk ke balai berhampiran atau hubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Hairol Azura Abdul Aziz di talian 012-6258849 bagi membantu siasatan,” katanya. SUMBER

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment