Posted byTerbaikLaHon
Monday, June 17, 2013at8:21 AM
GEORGETOWN – Pasukan mencari dan menyelamat menemui tiga tayar, termasuk tayar simpanan, semasa operasi menggali bagi mencari mangsa yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini petang ini.
Jurucakap bomba berkata pasukannya berjaya mengeluarkan tiga tayar manakala satu lagi belum ditemui dan dipercayai masih berada dalam lumpur.
“Pasukan keselamatan telah mengambil alih kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai tertimbus selepas kerja-kerja pemasangan kepingan logam untuk menghalang air masuk ke dalam kawasan lubang telah selesai petang ini.
“Usaha mencari kereta dan mangsa yang masih tertimbus dalam kejadian itu masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Sehingga tengah hari, pasukan keselamatan menjumpai serpihan kereta seperti tayar, enjin dan bahagian depan Honda City milik mangsa.
Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini sepadan dengan kereta milik penjual nasi Lim Chin Aik.
Beliau berkata penemuan itu sekali gus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian Khamis lepas.
Semasa kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu keluar mengambil anak perempuan bongsunya dari Penang Chinese Girl’s High School di Jalan Gottlieb kira-kira pukul 6.30 petang, Khamis lepas. – BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment