Hati ‘tertinggal’ di Eropah

on Saturday, June 29, 2013


Dalam mencari ketenangan, pelakon Ramona Zam Zam gemar melancong. Justeru, kesempatan yang ada pada Mac lalu digunakan sepenuhnya dengan menghabiskan masa selama sebulan melancong ke beberapa negara Eropah antaranya United Kingdom (UK), Itali, Perancis, Switzerland dan Liechtenstein.

Ramona yang semakin popular menerusi drama Cinta Jangan Pergi itu juga beruntung kerana tidak perlu memikirkan tempat penginapan berikutan ramai saudara­nya berkahwin dengan bangsa asing menetap di sana termasuklah kenalannya yang belajar di UK.

Pelakon cantik itu memulakan perjalanannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London sebelum meneruskan perjalanan ke Lucerne, Switzerland untuk ke rumah sepupunya yang dikenali sebagai Dada di sana.

Dia berada di negara itu selama lebih dua minggu sebelum bersama-sama Dada memandu ke Milan dan Im Moos di Itali; Evian-les-Bains (Perancis) dan sebuah negara kecil di Eropah iaitu Liechtenstein


BERADA di kota fesyen, Milan, Itali sememangnya menyeronokkan


PEMANDANGAN indah di Liechtenstein.


KETIKA di Geneva, Switzerland.




sumber : http://www.hmetro.com.my/

Perghh!!!Budak genius beli tiga biji Ferrari!!


Perghh!!!Budak genius beli tiga biji Ferrari!!


London: Kepintaran seorang budak lelaki berusia 12 tahun membolehkan dia menikmati kekayaan tidak diduga dan sebahagian daripada wang itu digunakan untuk membeli tiga buah kereta Ferrari.
Sebelum itu, budak terbabit - hanya dikenali sebagai Callum - berjaya mencipta satu aplikasi dan dijual kepada Google pada harga AS$13 juta (RM 41 juta).

Sekadar hiasan
                                    
Aplikasi itu diciptanya ketika dia baru berusia sembilan tahun. Kata Callum, tiga kenderaan mewah yang dibelinya ialah Ferrari 458 Italia, 599 GTO dan 335 yang pernah terbabit dalam satu daripada film James Bond. “Kereta yang pernah digunakan dalam filem James Bond itu sangat unik dan saya sangat menyukainya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Namun, di sebalik pemilikan kereta itu, Callum masih terpaksa bergantung kepada bapanya untuk menjadi pemandu. - Sumber

Gempar!!Allahuakbar..Bayi berkepala dua.


Gempar!!Allahuakbar..Bayi berkepala dua..



ANAK istimewa pasangan Usman dan Munjiah masih dirawat di hospital


Jogjakarta: Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala.


Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada  peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal.


“Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku.



“Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan,” katanya.


Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawan Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram.


Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan.



Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari.


Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. “Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik,” katanya. Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki.



“Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai ‘dicephalus parapagus on joined twins’ atau kembar mulai dari leher hingga kepala.


“Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu,” katanya. - Agensi.Sumber




Baru Lahir Dah 2 Kali Bedah

Kuala Lumpur -Seorang wanita dari Kampung Gajah, Perak meminta sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan dan rawatan bayi lelakinya yang menghidap sakit jantung kronik.
Muhammad Adam Mukhriz Kamarudin yang baru berusia 18 hari menjalani dua prosedur pembedahan semalam di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) di sini, dengan kos RM50,000.

Menurut Jamaliah Sulaiman, 36, anaknya mengalami tiga masalah di bahagian jantung iaitu jantung terbalik, jantung berlubang dan saluran darah ke jantung yang sempit.

“Doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan Adam Mukhriz lemah dan mengidap komplikasi jangkitan.

JAMALIAH di sisi anaknya yang menghidap tiga masalah jantung.

“Pembedahan pada jam 12 tengah hari ini (semalam) mungkin mengambil masa enam jam kerana dua prosedur pembedahan dilakukan serentak bagi membetulkan kembali jantungnya yang bermasalah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Barulahirdah2kalibedah/Article

Hanny Anak Julie Dahlan Nikah Adik Hattan


Tahniah diucapkan kepada keluarga Julie Dahlan dan Datuk Hattan yang melangsungkan majlis pernikahan Hanny dan Shamsul Akmar tidak lama lagi. Kami para peminat industri hiburan mendoakan pasangan pengantin Hanny dan Shamsul Akhmar akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Pelakon drama bersiri Roda-Roda KL iaitu Hanny mengakui mengambil masa hampir enam bulan sebelum menerima cinta bakal suaminya iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33 tahun, sebagai bakal suami.
Hanny atau nama sebenarnya (Gambar) Hani Nur Zara Harmi, 31 tahun, berkata, jangka masa itu diambil kerana tidak mahu terburu-buru menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya ekoran kegagalan dalam hubungan sebelum ini.
"Apabila Shamsul menyatakan hasratnya saya tidak terus bersetuju kerana tidak yakin dapat membina sebuah hubungan baru selepas putus tunang pada tahun 2011.
"Tetapi berkat kesabaran dan kesungguhannya untuk berkawan dengan saya, saya telah terbuka hati untuk menerimanya," jelasnya.

Keluarga Julie Dahlan Bersatu Keluarga Datuk Hattan

Hanny yang merupakan anak kepada pelakon Julie Dahlan dan Shamsul, adik bongsu penyanyi Datuk Hattan bakal disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu (hari ini) di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur
Majlis akad nikah pasangan ini akan berlangsung pada pukul 10 pagi.
Majlis resepsi mereka akan diadakan di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai depan.
Dalam perkembangan sama, Hanny berkata, dia tertarik dengan Shamsul kerana sifat lelaki itu yang baik hati, romantik dan penyayang.Dia juga terharu dengan kesungguhan Shamsul memikat hatinya sebelum ini yang akhirnya menyatukan mereka sebagai suami isteri.
"Sebenarnya saya sudah lama mengenali Shamsul sebagai seorang kawan dan sangat selesa dengannya. Selain itu ciri-ciri yang saya mahukan daripada seorang lelaki ada padanya dan beberapa perkara lain yang membuatkan kami serasi bersama," jelasnya.
Malah ibunya, Julie Dahlan juga turut menyenangi dan merestui hubungan tersebut dan menjadi insan paling gembira apabila mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.
Dalam pada itu, Hanny berkata, persiapan majlis resepsi perkahwinannya telah pun siap dan dia memilih untuk mengadakan majlis berkenaan berkonsepkan tradisional.
Tambah Hanny, dia juga bersyukur mendapat beberapa tajaan seperti daripada Sabbiq R Hanis untuk baju pengantin dan Touch Gallery yang menyediakan pelamin.
"Saya sebenarnya tidak mempunyai konsep tertentu untuk majlis itu nanti namun tertarik dengan tema tradisional dan akan memakai persalinan dari kain songket pada hari persandingan nanti," katanya.

Hanny Tidak Berhenti Berlakon Selepas Kahwin

Dalam perkembangan lain, Hanny berkata, selepas berkahwin dia akan meneruskan aktiviti lakonan seperti biasa namun akan lebih memilih terhadap watak yang diberikan sesuai dengan statusnya sebagai isteri orang.
Selain itu katanya, dia juga akan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja belakang tabir untuk menerbitkan drama terbaharu.Dia juga baru sahaja menyelesaikan dua projek iaitu drama PA I Love You untuk TVi dan Cinta Putri Salju (Astro Prima)."Saya tidak akan berhenti berlakon tetapi akan lebih memilih watak yang diberikan sesuai dengan status saya sebagai seorang isteri. Selain itu saya turut memberikan tumpuan kepada kerja-kerja penerbitan drama di bawah syarikat ibu saya," jelasnya.

sumber : http://www.mohdrohaizad.com/

MAINKAN SYAHADAH HANYA KERANA BOLA SEPAK!

on Friday, June 28, 2013



BOLA PUNYA PASAL MAINKAN DUA KALIMAH SYAHADAH | Begitulah yang terjadi apabila seseorang taksub pada sesuatu tidak kira sama ada bola sepak mahupun benda lain. Ada antara mereka yang sanggup mempermainkan agama mereka sendiri.



Pada pendapat Mazeer, walaupun nama beliau Anonymous, beliau adalah seorang muslim yang terlalu taksub dengan sukan bola sepak.



Apa pandangan anda?





BAGAIMANA CARA UNTUK MEMASUKI ALAM GHAIB!






CARA MUDAH MEMASUKI ALAM GHAIB | KUNCI MENJELAJAH KE ALAM GHAIB | Manusia tercipta dari dua unsur. Jasad yang zahir dari tanah. Dan diri batin dari nur. Jasad adalah umpama sarung bagi roh atau diri batin. Tetapi ramai manusia lebih berminat untuk mengambil berat dan menjaga tubuh zahirnya yang bersifat sementara dari menjaga roh atau diri batin yang merupakan hakikat dirinya yang sebenar.