Dua Lelaki Maut, Dua Lagi Parah Ditembak Di Bukit Tambun

on Saturday, June 29, 2013

Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun malam tadi.
Kedua-dua lelaki itu mati ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya dan hasil siasatan awal polis mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata keempat-empat lelaki itu ditembak selepas pulang daripada majlis perkahwinan saudara mereka di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari tempat kejadian.
“Mereka yang menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux datang dari Melaka. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu kira-kira pukul 10.30 malam, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghampiri kenderaan mereka dan melepaskan beberapa das tembakan dari arah kiri ke kanan,” katanya.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian awal pagi ini, Abdul Rahim berkata mereka yang ditembak itu berusia antara 28 dan 60 tahun.
“Dua lelaki yang mati itu berusia 28 dan 40 tahun manakala dua yang cedera parah kini dirawat di Hospital Seberang Jaya,” katanya.
Abdul Rahim berkata polis menemui empat kelongsong peluru di tempat kejadian dan percaya suspek menggunakan pistol jenis automatik.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan perniagaan.
“Saya meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. sumber

Perompak Pakai Pistol Mainan Teruk Kena Belasah


Seorang lelaki yang cuba untuk merompak sebuah keluarga di Kampung Tupong Ulu di sini semalam dengan menggunakan pistol mainan bukan saja gagal malah suspek turut menjadi mangsa belasah penghuni rumah berkenaan.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, suspek yang dipercayai penagih dadah hanya sempat mencuri sepasang kasut sukan milik penghuni rumah terbabit.
Cerita penghuni rumah yang cuba dirompak, Tasmin Mulana Sarkawi, 32, sebelum kejadian dia berada di dapur sebelum ternampak kelibat seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya.
Suspek masuk ke dalam rumah Tasmin melalui pintu depan kerana pintu jeriji rumah kampung milik mangsa tidak dikunci.
“Saya tidak panik lalu menegur lelaki itu mengapa dia menceroboh masuk rumah saya. Tanpa jawapan suspek terus mencapai sepasang kasut sukan saya yang diletakkan di depan rumah dan melarikan diri,” kata Tasmin ketika ditemui di rumahnya semalam.
Tasmin memberitahu, dia terus mengejar lelaki itu sebelum suspek jatuh tersungkur menyebabkan dia membelasah suspek terbabit.
“Saya tumbuk muka suspek dan ketika itu suspek bertindak agresif dengan cuba melawan balik,” kata Tasmin. sumber

Lelaki Mati Mengejut Ketika Curi Kereta

Seorang pencuri kereta jatuh rebah dan mati setelah berlari sejauh 100 meter semasa meninggalkan kereta curi itu apabila menyedari terdapat seorang kanak-kanak di dalam kereta itu.
Dalam kejadian 7 pagi tadi, suspek itu melarikan sebuah kereta yang ditinggalkan seketika dalam keadaan enjin masih hidup oleh seorang wanita ketika menghantar dua anak perempuannya masing-masing berumur empat tahun dan empat bulan di sebuah pusat asuhan di Taman Melati.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam khidmat pesanan ringkasnya berkata: “Kanak-kanak (anak wanita itu budak lelaki berumur tujuh tahun) yang ada dalam kereta itu menangis menyebabkan suspek yang berusia 47 tahun itu terkejut dan bertindak meninggalkan kereta tersebut di Jalan 12C/6, Setapak Indah dan berlari sejauh 100 meter sebelum dia rebah dan mati”.
Katanya, suspek turut mempunyai sebuah beg duit dipercayai beg yang dicuri dari kenderaan itu.
“Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya sambil menambah suspek tersebut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk dadah. sumber

Gambar Makhluk Asing Dimajlis Pernikahan


Penampakan makhluk asing di rumah warga di Bengkulu (Dok: Decky/Sindo TV)

BENGKULU TENGAH - Warga Desa Pagar Jati, Kabupaten Bengkulu Tengah, Bengkulu, telah digemparkan dengan penampakan makhluk seperti alien yang tertangkap kamera telefon bimbit seorang penduduk minggu lalu.Sebelumnya warga setempat berkeyakinan terdapat makhluk asing di wilayah mereka.

Makhluk itu tampak sedang melekat di belakang seorang remaja perempuan di sebuah acara resepsi pernikahan.Kepala Desa Pagar Jati, Junia, Jumaat (28/6/2013), menjelaskan, foto penampakan alien tersebut tidak sengaja terakam semasa salah seorang warganya mengambil foto.

Anehnya, secara mendadak kamera tersebut mengambil gambar dengan sendirinya. Hasilnya, muncul penampakan makhluk tersebut.Kes ini menjadi heboh selepas tersebar dari mulut ke mulut. Hingga saat ini, masih banyak warga yang datang ke pemilik foto untuk melihat penampakan tersebut.

Pemilik foto tidak menelusuri lebih lanjut keaslian foto tersebut dengan mendatangkan ahli, warga berkeyakinan makhluk tersebut tidak diada-adakan. Hingga kini kebenaran penampakan alien itu masih misteri.

sumber   : http://realitiabadi.blogspot.com/

NASA: Asteroid Besar Mendekati, Bumi Terancam


Foto: Discovery
CALIFORNIA - NASA menemukan near-Earth object (NEO), berupa asteroid besar yang dikhabarkan tengah bergerak mendekati Bumi. Sebagian besar dari bongkahan batu luar angkasa ini merupakan es yang tidak berbahaya.

Dilapor Discovery, Rabu (26/6/2013), NEO merupakan asteroid dan komet yang mendekati Bumi. Benda luar angkasa tersebut khabarnya masih berada di jarak 28 juta mil (45 juta kilometer) dari Bumi.

NEO, yang merupakan sekelompok batu luar angkasa datang dalam berbagai ukuran. Asteroid terbesar bernama 1036 Ganymed bisa mencapai ukuran lebar 25 mil (41 kilometer).

Kini, NASA telah menemukan NEO baru yang memiliki ukuran lebar sekira 300 meter. Asteroid tersebut diberi nama 2013 MZ5.

"Menemukan 10.000 NEO merupakan pencapaian yang penting," ungkap Lindley Johnson dari NASA Near-Earth Object Observations (NEOO). Ia mengatakan, kemungkinan asteroid lainnya boleh ditemukan dan tidak menutup kemungkinan bahwa asteroid tersebut boleh memberi dampak kerosakan terhadap Bumi.

NASA meramalkan ada lebih dari 100 ribu batu luar angkasa yang belum diidentifikasi. Hal ini merupakan cabaran bagi NASA untuk dapat menemukan ratusan ribu bongkahan batu luar angkasa tersebut.

Asteroid terbaru ini ditangkap melalui teleskop Pan-STARRS-1 yang merupakan salah satu kegiatan yang didanai NASA. 2013 MZ5 mungkin dianggap tidak berbahaya, namun kewaspadaan perlu diperhatikan untuk mencegah ancaman bagi Bumi di masa mendatang.

Penemuan 2013 MZ5 adalah yang terbaru. Pencapaian ini telah dibuat oleh projek-projek NASA selama 15 tahun terakhir.

"Near-Earth object (NEO) yang pertama ditemukan pada 1898," tutur Don Yeomans, pengurus NASA’s Near-Earth Object Program Office di Jet Propulsion Laboratory (JPL) di Pasadena, California.

Ia mengungkapkan, selama seratus tahun ke depan, hanya sekira 500 asteroid yang ditemukan. "Namun kemudian, dengan munculnya program pengamatan NEO NASA pada 1998, kami telah menemukan sejumlah NEO," imbuhnya.

Menurutnya, seiring perkembangan teknologi yang semakin maju dan didukung sistem canggih, peneliti boleh mempelajari NEO dengan lebih mendalam, yang ada di sistem suria. Selain itu, dengan majunya teknologi seperti teleskop luar angkasa, peneliti juga dapat memperkirakan seperti apa asteroid ini di masa depan. (fmh)

sumber : http://realitiabadi.blogspot.com/

Catriona Ross : Ramadan Tanpa Ibu


Catriona Ross

SEBAGAI manusia, tiada dugaan dan cabaran yang paling besar selain kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata.Namun, yang pergi tetap akan pergi dan sebagai khalifah yang masih bernyawa, kita perlu meneruskan perjalanan hidup.

Diduga dengan kehilangan ibunda tercinta dalam nahas jalan raya pada Februari lalu, siapa yang mampu menduga gejolak di jiwa pelakon, Catriona Ross.Reda dengan ketentuan Ilahi, Catriona atau nama sebenarnya, Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, mengakui ia bukanlah situasi yang mudah untuk dipulihkan.

Menurut Catriona yang lebih mesra disapa Cat, walaupun insiden itu empat bulan berlalu, namun rasa rindu terhadap ibunya masih menebal.
“Tuhan saja yang tahu apa yang ada dalam hati saya. Kehilangan ibu memberi tamparan hebat buat saya kerana dia bukan sahaja ibu, malah teman baik, sahabat dan juga tempat saya mencurahkan segalanya.

“Paling saya ralat, anak kedua saya, Jammal Raess Ross’iddin, 11 bulan, tidak dapat mengenali neneknya seperti anak sulung saya, Sephia Rania Ross’iddin, 3.

“Namun, saya berusaha agar anak-anak sentiasa mengingatinya dengan menunjukkan gambar arwah setiap hari. Namun, saya bersyukur kerana ketika tempoh berpantang anak kedua, saya dapat meluangkan masa secara eksklusif dengannya di Kota Bharu, Kelantan,” katanya dalam keadaan sebak.

Pada 13 Februari lalu, ibu Cat, Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, bersama tiga yang lain, terlibat dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, apabila kenderaan yang mereka naiki gagal memotong dan dirempuh bas ekspres yang berada di laluan bertentangan.

Dalam kejadian itu, Zawiyah dan dua yang lain, maut manakala pemandu pula cedera.
Catriona Ross bersama suami dan anak keduanya.

Rasa rindu masih menebal

Kurang sebulan lagi, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Pun begitu, Ramadan pertama tanpa ibu semestinya meninggalkan kesan yang mendalam buat Cat sekeluarga.

Katanya, sehingga kini, dia enggan memikirkan perkara itu kerana tidak mahu dirinya dirundung rasa sedih yang masih menebal.
“Saya tak tahu nak cakap apa. Diri ini terasa sangat kosong dan ralat dengan apa yang berlaku. Setiap saat, setiap ketika, saya merindui arwah.

“Malah, ketika arwah masih ada, dia sering mengunjungi rumah saya. Setiap kali, dia akan berehat di sofa khas untuknya sambil menikmati kopi panas ketika menonton televisyen. Tiap kali saya menonton rancangan penyiasatan dan seram, saya akan teringat padanya kerana itulah rancangan kegemarannya.

“Mungkin sehari sebelum puasa, saya dan dua beradik yang lain akan berkumpul. Namun, sejujurnya, tiada persiapan seperti sebelum ini untuk menyambut puasa dan raya. Saya akan menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja.

“Tahun ini, saya akan beraya di rumah keluarga mertua. Saya bersyukur kerana masih mempunyai keluarga mertua dan ipar duai yang baik,” katanya yang mengambil kesempatan yang ada untuk menghasilkan buku kedua mengenai kisah hidupnya.

Menurut Cat, ramai yang bertanya kepadanya, bagaimana dia boleh mengharungi cabaran dengan tenang dan sekuat ini.

“Semuanya akan terjawab dalam buku itu. Siapa kita untuk melawan takdir dari Allah SWT. Namun, kita kena kuat dan saya turut mengamalkan beberapa teori dan cara untuk menangani masalah yang hadir.

“Insya-Allah, saya akan berkongsi cara dan teori itu bersama pembaca. Setakat ini, buku itu baru 10 peratus siap. Azam saya untuk menyiapkan buku ini juga adalah dorongan arwah ibu sebelum ini,” katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri slot Azalea, Hujan, tidak lama lagi.

sumber : http://www.media-gegar.my/

Liyana Jasmay Gayakan Fesyen Musim Bunga & Panas 2013



Musim bunga dan panas 2013 menyaksikan Liyana Jasmay mengayakan fesyen dengan penekanan kepada warna-warna terang hasil gandingan konsep terkini olahan pereka fesyen, Wee Chee. Pakaian & aksesori ini boleh didapati dengan mudah gudang membeli-belah KL Sogo sekaligus memberikan anda satu suntikan segar bagi mengayakan 4 konsep yang diketengahkan oleh pereka itu iaitu Borrowed-From-The-Boys Trends, Back-to-School, Black & White Classics dan Harley Babe Styles.



Rantai berjuntai di bahagian leher dan beg pouch tompok harimau bintang sebagai aksesori pelengkap buat pelakon genit ini.



Konsep back-to-school adalah jawapan kepada anda yang ingin tampil ringkas dan bergaya ke bilik kuliah.



sumber : http://www.ohbulan.com/