Alyah Tutup Instagram Kerana Enggan Di Hentam Peminat

on Saturday, June 29, 2013

 Alyah diberitakan akan mengambil keputusan menutup akaun Instagramnya dalam masa terdekat bagi memberi fokus penuh kepada proses penghasilan album terbarunya.



"Saya akan tutup Instagram buat sementara sebab saya perlu fokus pada album terbaru saya.
"Bukan saya tak hargai peminat tapi saya lebih suka peminat terima saya seadanya. Lebih baik saya ada seorang peminat yang begitu daripada ramai peminat tapi menghentam saya," kata Alyah lagi.

Alyah yang kini berusia 32 tahun mengakui tertekan apabila membaca komen-komen berbaur hentaman yang ditulis pengikutnya di Instagram itu.
"Saya suka baca komen-komen itu tapi apabila dah terbaca, saya tertekan," Tambah Alyah yang berharap album terbarunya itu dapat disiapkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Bunuh Ular Sawa Untuk Kulit

Mereka membunuh ular sawa untuk mengambil kulit lalu di buat kasut, beg tangan, dan macam-macam lagi. Kesemuanya hanyalah untuk fesyen dan juga perubatan macam kat china ada jual sosej ular kering untuk tujuan perubatan.

Saksikan gambar-gambar pemprosesan menaggalkan kulit ular sawa di bawah ini…
















Akhirnya kulit ular tersebut dikeringkan sebelum diproses

sumber : http://www.sc.my/

Topi Keledar Kelapa Lebih Kukuh


Topi keledar yang diubah suai menggunakan tempurung sedia untuk dijual di Purwokerto, Jawa Tengah. - AGENSI

PURWOKERTO, Jawa Tengah - Seorang belia di sini menemukan cara untuk menghasilkan topi keledar yang lebih kuat berbanding produk sama di pasaran.

Pemuda tersebut, Kartam, 30, yang dibantu sekumpulan belia, hanya menggunakan serpihan tempurung kelapa untuk ditampal pada bahagian luar topi keledar lama.

Kartam berkata, proses menghasilkan topi keledar itu melibatkan penggunaan bahan kayu, cat dan serpihan tempurung kelapa yang halus.

"Tempoh menghasilkan sebuah topi keledar mengambil masa dua hari dan memberi pulangan sehingga 300,000 rupiah (RM96.00) sebuah.

"Topi keledar yang telah diubahsuai ini lebih kuat berbanding produk keluaran tempatan," jelasnya kepada detik.com.

Hasil kreativiti Kartam itu mendapat sambutan meluas sehingga di wilayah Jakarta, Bandung, Kudus, Bali dan beberapa daerah lain di Jawa Tengah.

Selain memperbaiki dan menghasilkan topi keledar yang diperbuat daripada kelapa, Kartam turut menghasilkan meja, gelas, kotak pensil, kotak tisu dan beberapa produk lain daripada bahan yang sama dan dijual pada harga antara 5,000 rupiah (RM1.60) sehingga sejuta rupiah (RM320).

Kartam kini giat mempromosikan produknya melalui pameran dan mengedar risalah di beberapa bandar tumpuan.

sumber ; http://www.relevansokmo.com/

Demi Peminat, Paksa Diri Menyanyi



Sebelum ini dia hanya dikenali sebagai pelakon. Berilah apa saja watak padanya, pasti interpretasi dengan cukup jayanya. Dan drama seperti Boys Over Flowers, City Hunter, Personal Taste dan Faith antara drama yang melonjakkan nama pemuda tinggi lampai ini sekaligus meletakkan dia dalam senarai pelakon Korea kegilaan dan dambaan ramai.

Pun begitu dia ada juga dia menyanyi, tapi cuma sekali-sekala. Itupun untuk lagu tema (OST) beberapa drama yang dilakonkannya. Namun demi memenuhi impian peminat-peminatnya, Lee Min Ho rela mencabar dirinya menjadi penyanyi.

Bertemu beliau pada sidang media petang semalam, jejaka berusia 26 tahun ini berkata, dunia nyanyian adalah satu dimensi baru baginya. Semenjak menceburi dunia seni suara itu, dia mula faham bertapa susah sebenarnya bergelar seorang penyanyi.

“Nyanyian merupakan satu dimensi baru bagi saya. Baru saya tahu bertapa susahnya menyanyi berbanding berlakon. Paling susah bagi saya adalah bila menyanyikan lagu rancak. Sebelum ni untuk OST, lagu yang saya nyanyikan kebanyakannya berentak balada. Tapi untuk peminat -peminat, saya sedia sahut cabaran ini.
                                                         

“Saya langsung tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi. Nyanyian adalah satu lagi cabang karier saya, tapi walau apapun fokus saya adalah tetap pada lakonan.

“Esok (hari ini), saya akan bertemu peminat-peminat saya. Saya akan menghiburkan mereka dengan lagu-lagu saya dan mungkin saya akan menari. Saya akan cuba”, tuturnya sambil tersenyum.

Min Ho berkunjung ke Malaysia sempena jelajah showcasenya, Lee Min Ho Global Tour in Malaysia 2013yang akan berlangsung di Kenangan Whole City (KWC), Kuala Lumpur, Sabtu (malam ini), jam 7 malam. Ini merupakan persembahan kali pertamanya di sini. Namun menurut Min Ho, ini kali kedua kunjungannya ke Kuala Lumpur selepas kedatangannya pada tahun 2009.

Selain itu Min Ho baru saja melancarkan album istimewa berjudul My Everything sempena meraikan ulangtahun yang ke-7 nya dalam industri hiburan. Album tersebut bagi memenuhi permintaan peminat dan berkonsepkan ‘komunikasi dengan peminat’. Mengandungi 7 buah lagu, termasuk My Everything, Without You, Love Motion, My Little Princess dan You & I.

Perkembangan lain, Min Ho baru saja selesai menjalani penggambaran drama terbarunya, The Heirs. Drama romantik terbitan SBS itu menggandingkannya dengn aktres jelita, Park Shin Hye.

sumber : http://skynightz.com/

Dikritik Peminat Gelar Tunang Anak Ikan

Tindakan Fouziah Gous memuatnaik sekeping gambar romantik bersama tunang dengan caption berbunyi"With my anak ikan" telah mengundang persepsi negatif salah seorang peminat di laman Instagram miliknya.

Peminat berkenaan yang dikenali dengan nama Amoicasillas kelihatan tidak senang dengan caption pendek Fouziah Gous itu kerana baginya kenyataan sedemikian seolah-olah tidak menghormati bakal suaminya. Inilah bunyi komen peminat Amoicasillas yang agak emosional.

Susulan komen negatif itu, beberapa rakan peminat lain cuba menenangkan Amoicasillas agar tidak terlalu emosional dan berfikiran positif. Mereka turut meminta agar Amoicasillas menganggap caption pendek Fouziah Gous itu gurauan semata-mata sebagai tanda dia bahagia dan menyayangi bakal suaminya, Md Zhafran Md Yusof.

Berikut ialah sekeping gambar yang telah mengundang persepsi negatif dan kritikan dari segelintir peminat di laman Instagram Fouziah Gous. Gambar ini dimuatnaik oleh pelakon terkenal itu pada Jumaat, 28 Jun lalu.



sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/

Julie Menangis Hani Nikah



Aktres dan produser dari JD Productions yang terkenal, Julie Dhalan, 60, menangis terisak-isak menjelang hari pernikahan anak bongsunya pelakon siri, Roda-Roda KL, Siti Hani Nur Zara Harmi, hari ini (29 Jun).

Hani, 32, dijadualkan bernikah dengan Shamsul Akmar Shahabuddin, 33, (adik penyanyi popular, Hattan) di sebuah masjid di Kuala Lumpur jam 10 pagi ini. Menurut Julie, ketika dua lagi anaknya, Linda dan Hairi bernikah dulu, sempat dia uruskan segala persiapan.
"Tapi untuk majlis nikah Hani, saya tak dapat uruskan sebab sakit.

"Kesian Hani... Dia sibuk kerja siang malam shooting drama dan yang mana sempat dia buatlah persiapan majlis nikah," cerita Julie terisak-isak menangis.

Menurut Julie lagi, tiga bulan lalu dia dimasukkan ke Hospital Prince Court di Kuala Lumpur kerana diserang sakit buah pinggang jam 4 pagi.

Selama 15 hari dia dirawat di wad. Julie ucapkan terima kasih kepada hamba Allah yang tolong bayarkan bil hospitalnya beribu RM.
"Saya masih lagi dalam rawatan buah pinggang di sebuah pusat dialisis dan leher saya dipasang tiub.

"Mata pula dah rabun. Ke mana pergi kena ada anak-anak tolong pimpin.
"Di rumah, sebelum Hani pergi kerja, dia siap masakkan untuk saya dulu. Kalau orang yang saya tak perasan..., minta maaflah.

“Nanti lepas pulih sakit buah pinggang ni barulah nak bedah mata pula.
"Saya juga dah 10 tahun hidap kencing manis tapi alhamdulillah masih terkawal. Darah tinggi pun ada."

Julie juga ucapkan terima kasih kepada keluarga Shamsul Akmar yang menguruskan persiapan majlis persandingan di Kampung Baru, Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai nanti.

Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah sembuhkan penyakit Julie dan seluruh umat Islam dengan segera. Sesungguhnya penyakit itu menggugurkan dosa kita

sumber : http://www.bharian.com.my/

Bergaya hebat Dengan Koleksi Musim Luruh Dockers 2013



Buat jejaka yang mementingkan penampilan dan suka berfesyen, dapatkan koleksi pakaian terbaru daripada jenama antarabangsa, Dockers. Untuk musim luruh 2013 ini, Dockers membawakan Alpha Collection dan SF Collection yang sesuai digayakan oleh sesiapa sahaja.



Sama anda anda penggemar khakis, denim mahupun seluar berpotongan skinny, Dockers menyediakan kesemua pilihan ini. Hanya tinggal untuk dipilih dan disuai padankan dengan kemeja T, kemeja, jaket ataupun baju panas kasual. Alpha Collection adalah cara terkini dalam berpakaian setiap hari. Percayalah! pasti banyak mata yang tertumpu kepada anda nanti.







Bagaimana pula dengan SF Collection? Hrm... apa yang boleh katakan ialah, ia mencerminkan rekaan bergaya dan sofistikated. Sangat ideal untuk jejaka berkarier yang ingin tampil bersahaja. Paling penting setiap rekaan Dockers menjanjikan keselesaan kepada si pemakai.





Jadi apa tunggu lagi? Segera dapatkan Koleksi Musim Luruh Dockers 2013. Mungkin sudah sampai masanya anda mengantikan pakaian-pakaian lama yang berlambak di dalam almari! Ingat anda kini berada di tahun 2013, bukan tahun 2003.


sumber :http://www.gua.com.my/