Reputasi Tercalar

on Monday, July 1, 2013



Tiada lagi wakil Malaysia dalam program The Apprentice Asia apabila satu-satunya peserta harapan iaitu Nazril Idrus atau Nash, tersingkir pada episod keenam minggu lalu.

Sebelum ini, dua wakil Malaysia iaitu Hanzo dan Nik terlebih dulu meninggalkan program terbabit selepas dipecat oleh hosnya, Tan Sri Tony Fernandes. Pastinya, keputusan itu mengejutkan peminat program realiti itu dan mengecewakan mereka yang menaruh harapan kepada Nash untuk bergelar juara.

Sudah namanya program realiti, silap percaturan pasti mengundang padah. Dek kerana terlalu kerap membuat kesilapan ketika ditugaskan untuk mengurus bahagian housekeeping di sebuah hotel terkemuka pada cabaran terakhir minggu lalu, Nash akhirnya dipecat.

Berikutan itu, penyingkiran Nash bagai memberi persepsi kurang enak terhadap dirinya.

Mengapa tidak, sebagai penasihat kewangan profesional, sedikit sebanyak ia mampu mencalar reputasi yang dibinanya selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan itu, Nash menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.
“Saya tidak nampak penyingkiran itu akan membuatkan reputasi saya tercalar. Saya sudah melakukan yang terbaik ketika berada dalam program terbabit. Terus terang, sewaktu dipanggil ke bilik Lembaga Pengarah, saya tak jangka akan disingkir kerana saya mengikut segala arahan diberi.

“Berdasarkan arahan, kami diminta untuk membuat sesuatu dengan betul. Apabila berlaku kesilapan ketika mengambil pesanan dan ketika makanan dihantar, saya sanggup mengambil risiko dengan membayar ganti rugi bagi makanan yang silap ditempah.


sumber : http://www.bharian.com.my/

Tidak Mimpi Lagi



Bukan lagi mimpi, Shaheizy Sam akhirnya memandu kereta Nissan 370Z Coupe yang menjadi idaman sejak mula membabitkan diri dalam bidang seni.

Jika sebelum ini, Sam hanya menyimpan anganangan dan memandang dari jauh kereta idaman kalbu, pelakon berbakat itu kini mampu tersenyum puas dengan hadiah kemenangan kenderaan mewah itu sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012).
Bagi melengkapkan impiannya, Sam memilih SS4M sebagai nombor pendaftaran kereta itu sehingga sanggup menjejaki dan menemui pemilik asal nombor terbabit di Sabah.

“Sam memang sudah lama idamkan kereta ini sejak keluaran model 350Z. Bagaimanapun, masa itu, Sam masih baru dalam industri dan hanya mampu tengok saja.

“Alhamdulillah, apabila sudah dapat kereta ini atas ‘pemberian’ peminat, Sam rasa sangat bertuah kerana tidak perlu keluar wang untuk memilikinya.

“Sam memang hendak menggunakan nama sendiri untuk plat pendaftarannya. Apabila mendapat tahu sudah ada pemilik, Sam jumpa individu terbabit untuk berbincang mengenainya,” katanya ketika ditemui HIP.
Walaupun sudah memiliki dua kereta hasil pencapaiannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH, Sam tidak akan sekali-kali menjualnya.

Malah, Sam menganggap kereta Nissan 370Z Coupe itu adalah hadiah paling bermakna yang pernah diterimanya daripada peminat.

Lebih tiga bulan menantikan kereta idamannya itu, Sam secara rasminya menjadi pemilik kereta terbabit daripada Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Tan Keng Meng, pada majlis penyerah kunci yang turut dihadiri Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali dan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir di Pusat Beli Belah One Utama, Bandar Utama, Damansara, kelmarin.

“Sam berpegang kepada rezeki. Kalau berusaha lebih, pasti akan dapat merasa juga.
Bagi Sam, keluarga adalah keutamaan dan apa-apa pun. Sam akan lebihkan keluarga dulu terutama mummy, kemudian baru fikir pasal diri sendiri,” katanya.

sumber : http://www.bharian.com.my/

Keputusan penuh perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013-Brazil vs Spain


Tahun 2013 menjadi tahun bermakna buat pasukan bola sepak Brazil apabila sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Konfederasi dengan kemenangan 3 - 0 mengatasi Sepanyol.

Brazil sememangnya layak bergelar juara dengan persembahan yang terbaik, apabila berjaya mendahului Sepanyol pada minit kedua hasil jaringan Fred.

Pada minit ke 44, pasukan yang bergelar 'Samba' melebarkan jaringan kepada 2 - 0 hasil jaringan cantik Neymar.


Separuh masa pertama berakhir dengan Brazil mendahului 2 - 0.

Separuh masa kedua bermula, Fred sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring  apabila menjaringkan gol kedua peribadi untuk perlawanan akhir ini dan menjadikan kedudukan 3- 0.

Sepanyol mepreolehi peluang untuk merapatkan jurang jaringan, tetapi Sergio Ramos gagal menyempurnakan penalti yang diperolehi,

Bertambah buruk apabila Sepanyol terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Gerard Pique di buang padang kerana menjatuhkan Neymar di luar kotak penalti.

Keputusan penuh, Brazil menang ke atas Sepanyol dengan jaringan 3 - 0.
Tahniah brazil!!

Budak jadi kaya kerana muntah ikan paus!!



Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.




Akan tetapi, orang tuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justeru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus Sperma yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.

Faktanya, muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.

Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika . Dengan jumlah yang sangat besar itu, Charlie bisa menjadi jutawan cilik mendadak, hanya kerana kebetulan menemui muntahan ikan paus sperma tersebut.Sumber

Nicolas Cage Memakai Costum Superman

Pada tahun 90-an Tim Burton mengembangkan filem Superman untuk Warner Bros yang berjudul Superman Lives.

Filem itu permulaan rancangannya dibintangi oleh Nicolas Cage dan Sandra Bullock. Namun Filem tersebut di katakan tidak pernah di lakonakan atas sebad yang tidak di jelaskan, tapi beberapa kesan khas dan pekerjaan persiapan dilakukan untuk filem ini.

Salah satu bukti yang ada dari proses pembikinan filem Superman Lives adalah sepasang foto Nicolas Cage mengenakan kostum Superman.

sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Misha Pendam Rasa



HATI siapa tidak terguris seandainya hari bahagia yang direncanakan selama ini dicemarkan dengan kata-kata nista daripada pihak yang mungkin iri hati dengan kebahagiaan yang dimiliki.

Situasi itu terjadi kepada pemilik nama Samihah Omar atau lebih terkenal dengan panggilan Misha Omar, 31, yang mengakui terluka dengan dakwaan dia menangguhkan perkahwinan gara-gara ingin menyelesaikan proses penceraian dengan seorang usahawan dari negeri Kelantan.

Pernah suatu ketika pada sekitar tahun 2011, timbul desas-desus mengatakan Misha telah berkahwin dengan seorang usahawan yang digelar Datuk K dan menjadi isteri ketiga kepada lelaki itu.

Bagaimanapun, Misha hanya menafikan spekulasi itu menerusi laman sosial Twitternya, @iammishaomar.

Akhirnya, kesempatan bertemu dengan pelantun lagu Bunga Bunga Cinta itu baru-baru ini, Misha membuka mulut.

"Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki. Jika benar saya pernah berkahwin, tunjukkan buktinya atau boleh merujuk nama saya di mana-mana pejabat agama.

"Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan.

"Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin.

"Selama ini saya banyak berdiam diri dan ini adalah masa yang sesuai untuk membidas kenyataan itu. Dayus bagi lelaki yang menceraikan Misha Omar!" tegasnya yang ditemui pada majlis pelantikan Misha Omar sebagai duta Colourland Paints Sdn. Bhd. di The Bee, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Artis Pertama Asia Rakamkan Biografi



MENJADI artis pertama Asia yang menembusi rancangan antarabangsa iaitu E! Entertainment merupakan suatu perkembangan karier yang baik bagi pelakon, pengacara dan penyanyi Aaron Aziz.

Perkembangan itu sekali gus akan membuatkan nama Aaron semakin dikenali ramai, terutamanya ke peringkat yang lebih tinggi berikutan E! Entertainment merupakan salah satu rancangan paling hit masa kini.
Tidak melepaskan peluang keemasan itu, buat julung-julung kalinya Aaron yang merupakan artis berasal dari Singapura akan muncul di saluran Astro, 712 dalam program berjudul E! Special: Aaron Aziz.

Program berkenaan akan memaparkan kehidupan sebenar Aaron di sebalik kejayaannya sebagai artis ternama, sama seperti rancangan E! True Hollywood Story.
Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 37, di dalam naskhah berbentuk biografi itu nanti, peminat akan dapat melihat bagaimana dia menjalani hidup sebagai orang biasa.

AARON AZIZ mendedahkan yang dia pernah bergaul dengan gengster Singapura sewaktu zaman remajanya.

“Dalam cerita berdurasi satu jam itu, ada antara kisah hidup saya yang belum pernah dipaparkan kepada umum. Antara salah satu yang boleh saya sebutkan ialah saya ini pernah berkawan dengan kumpulan gengster di Singapura.

“Namun, itu semua pada zaman saya remaja. Waktu itu saya sedang membesar dan ingin mencuba semua benda yang saya rasakan seronok.

“Saya memang suka bergaul dengan semua orang. Walaupun begitu, tidak semestinya jika saya bergaul dengan gengster, saya pun akan turut sama jadi seperti mereka,” jelasnya ketika mengadakan sesi temu bual eksklusif di Restoran Bait, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Aaron, sebenarnya dia belum melihat lagi secara keseluruhan hasil daripada rakaman kehidupannya itu. Apa yang diketahuinya, kru produksi ada menemu bual isteri serta beberapa kenalan rapatnya seperti Lisa Surihani, Datuk Yusof Haslam dan peminatnya, Aaronators untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kehidupan peribadinya.

AARON akan muncul dalam E! Special: Aaron Aziz di saluran Astro 712 pada 7 Julai ini.

Ditanya tidakkah nanti dia takut ada di antara babak dalam rancangan yang bakal bersiaran pada 7 Julai itu akan memaparkan sisi negatifnya, dengan yakin Aaron menjelaskan tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana dia tidak pernah melaku- kan sesuatu yang salah.

“Bayangkan, sehingga pihak produksi sendiri bertanya kepada saya dan isteri, tidakkah saya ada apa-apa kontroversi yang boleh dipaparkan di dalam rancangan itu nanti.

“Mungkin sebab itulah mereka memilih saya kerana saya adalah seorang yang sangat santai dan mudah untuk diajak berbual. Saya sering menganggap diri saya sebagai orang biasa,” jelasnya.

Aaron juga menyifatkan penyiaran program biografi khas untuknya itu sebagai suatu penghormatan dan penghargaan buat dirinya kerana sebelum ini dia tidak pernah menganggap dirinya berjaya tetapi mungkin sudah tertulis rezeki ini miliknya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang sibuk berada di set penggambaraan Tentang Hati untuk siaran TV1 bersama aktres Fasha Sandha.

Selain itu, dia bakal memasuki set pengambaran Adam dan Hawa The Movie pada 1 September depan. Jelasnya, semua pelakon, kru dan pihak produksi tetap kekal sama.


sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp