Tahun 2013 menjadi tahun bermakna buat pasukan bola sepak Brazil apabila sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Konfederasi dengan kemenangan 3 - 0 mengatasi Sepanyol.
Brazil sememangnya layak bergelar juara dengan persembahan yang terbaik, apabila berjaya mendahului Sepanyol pada minit kedua hasil jaringan Fred.
Pada minit ke 44, pasukan yang bergelar 'Samba' melebarkan jaringan kepada 2 - 0 hasil jaringan cantik Neymar.
Separuh masa pertama berakhir dengan Brazil mendahului 2 - 0.
Separuh masa kedua bermula, Fred sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring apabila menjaringkan gol kedua peribadi untuk perlawanan akhir ini dan menjadikan kedudukan 3- 0.
Sepanyol mepreolehi peluang untuk merapatkan jurang jaringan, tetapi Sergio Ramos gagal menyempurnakan penalti yang diperolehi,
Bertambah buruk apabila Sepanyol terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Gerard Pique di buang padang kerana menjatuhkan Neymar di luar kotak penalti.
Keputusan penuh, Brazil menang ke atas Sepanyol dengan jaringan 3 - 0.
Tahniah brazil!!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment