Bukan lagi mimpi, Shaheizy Sam akhirnya memandu kereta Nissan 370Z Coupe yang menjadi idaman sejak mula membabitkan diri dalam bidang seni.
Jika sebelum ini, Sam hanya menyimpan anganangan dan memandang dari jauh kereta idaman kalbu, pelakon berbakat itu kini mampu tersenyum puas dengan hadiah kemenangan kenderaan mewah itu sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012).
Bagi melengkapkan impiannya, Sam memilih SS4M sebagai nombor pendaftaran kereta itu sehingga sanggup menjejaki dan menemui pemilik asal nombor terbabit di Sabah.
“Sam memang sudah lama idamkan kereta ini sejak keluaran model 350Z. Bagaimanapun, masa itu, Sam masih baru dalam industri dan hanya mampu tengok saja.
“Alhamdulillah, apabila sudah dapat kereta ini atas ‘pemberian’ peminat, Sam rasa sangat bertuah kerana tidak perlu keluar wang untuk memilikinya.
“Sam memang hendak menggunakan nama sendiri untuk plat pendaftarannya. Apabila mendapat tahu sudah ada pemilik, Sam jumpa individu terbabit untuk berbincang mengenainya,” katanya ketika ditemui HIP.
Walaupun sudah memiliki dua kereta hasil pencapaiannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH, Sam tidak akan sekali-kali menjualnya.
Malah, Sam menganggap kereta Nissan 370Z Coupe itu adalah hadiah paling bermakna yang pernah diterimanya daripada peminat.
Lebih tiga bulan menantikan kereta idamannya itu, Sam secara rasminya menjadi pemilik kereta terbabit daripada Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Tan Keng Meng, pada majlis penyerah kunci yang turut dihadiri Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali dan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir di Pusat Beli Belah One Utama, Bandar Utama, Damansara, kelmarin.
“Sam berpegang kepada rezeki. Kalau berusaha lebih, pasti akan dapat merasa juga.
Bagi Sam, keluarga adalah keutamaan dan apa-apa pun. Sam akan lebihkan keluarga dulu terutama mummy, kemudian baru fikir pasal diri sendiri,” katanya.
sumber : http://www.bharian.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment