Kim Jin Sung Gemar Budaya Malaysia

on Monday, July 1, 2013

Jin Sung yang berasal dari Busan dan dibesarkan di Seoul ini telah 4 tahun menceburkan diri sebagai model komersil dan pelakon di negara kelahirannya dan semenjak dua bulan yang lalu, JS telah datang ke Malaysia untuk mendalami Bahasa Malaysia dan secara tidak langsung, dia telah terlibat untuk membintangi drama bersiri ini.

“Saya sudah empat tahun terlibat dalam bidang hiburan di sana sebagai model iklan dan pelakon. Tetapi, penglibatan saya lebih kepada dunia peragaan di sana. Sudah dua bulan saya di sini, tujuan saya di sini adalah untuk belajar Bahasa Malaysia dan Inggeris di samping mencari peluang lakonan dan peragaan. Sebelum ini di Korea, saya telah lebih dulu mendalami Bahasa Malaysia selama setahun di Hankook University of Foreign Studies,” tutur JS yang boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia dengan baik.



Mengulas tentang minatnya untuk mendalami Bahasa Malaysia, JS menjelaskan yang Bahasa Malaysia adalah bahasa yang sangat unik. “Di Korea, ada tiga universiti sahaja yang menawarkan pengajian Bahasa Malaysia. Saya rasakan Bahasa Malaysia sangat unik dan istimewa untuk dipelajari kerana negara Malaysia makin lama makin berkembang,” ulas anak muda yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter ini.

“Ini adalah kali pertama saya datang ke Malaysia. Saya suka dengan budaya yang ada di sini. Sebelum ini saya selalu menonton animasi dan drama Malaysia. Saya banyak belajar mengenai rakyat Malaysia daripada animasi dan drama yang saya tonton. Saya rasakan Malaysia sangat menarik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian budaya, suku kaum dan juga agama. Saya juga gemar menonton animasi ‘Upin dan Ipin’ dan sebelum ini saya juga pernah menonton lakonan aktor Josiah Hogan ketika saya disana,” ujar JS yang menggemari makanan Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.

sumber : http://www.gua.com.my/

Kagum Dengan Pengorbanan Ayah



Sebut saja nama penyanyi popular kelahiran bandaraya bersejarah Melaka, Anuar Zain, pasti mampu membuatkan ramai wanita teruja. Terharu dengan sokongan tanpa henti yang diberikan oleh para peminat, Anuar menganggap merekalah selebriti yang perlu diraikan melalui persembahannya.

“Saya menghargai para peminat dengan mengibaratkan mereka sebagai sahabat. Kita seharusnya menghargai mereka yang memandang tinggi kepada kita dengan memberikan kegembiraan dan kebahagian melalui persembahan saya,” kata Anuar ketika ditemui di majlis pelancaran ABNxcess di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini.

Penyanyi berusia 43 tahun itu berpendapat komunikasi ketika di pentas bersama para peminat begitu penting. Walaupun ramai artis yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk dekat bersama peminat, namun Anuar memilih untuk berkomunikasi menggunakan 'eye contact' ketika berada di atas pentas.

Selain itu, Anuar juga sempat berkongsi kenangan manis bersama bapanya, Zain Abdullah. Pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ ini menceritakan yang pelbagai peristiwa telah dikongsi bersama dan bapanya jugalah merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkannya dalam bidang seni.

“Saya masih ingat lagi masa kecil, saya sering memegang tangan ayah saya sehinggalah saya dewasa. Ramai yang malu untuk pegang tangan ayah apabila semakin meningkat remaja namun saya tetap mengekalkan kebiasaan itu,” katanya.

Dia turut menyifatkan bapanya sebagai seorang yang bertanggungjawab kerana walaupun gaji bapanya kecil, namun tidak pernah satu hari pun Anuar dan adik beradiknya ke sekolah tanpa wang belanja. Dia begitu kagum dengan pengorbanan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

sumber : http://www.gua.com.my/

Makna Tak Sesuai, Natasha Hudson Tukar Nama Anak


Umum tahu pelakon dan model terkenal, Natasha Hudson atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 31 baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada 22 April lalu.


Pada awalnya Natasha dan suami, Carleed telah memilih nama indah buat bayi comelnya itu sebagaiNaeema Taqiyyah yang membawa maksud memudahkan, keberkatan, ketenangan, soleh serta bertaqwa.

Akan tetapi setelah mengetahui Taqiyyah turut mempunyai maksud kurang elok, sehingga ia melibatkan pengikut ajaran Syiah, Natasha telah mengambil keputusan untuk menukar nama bayinya kepada Naeema Kalila.Akan tetapi setelah mengetahui Taqiyyah turut mempunyai maksud kurang elok, sehingga ia melibatkan pengikut ajaran Syiah, Natasha telah mengambil keputusan untuk menukar nama bayinya kepada Naeema Kalila.



Naeema diawal usia tujuh hari

Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik pelakon jelita ini, terdapat juga peminat yang perihatin dan peka terhadap nama bayi comel tersebut sehingga bertanyakan hal berkaitan kepada Natasha.

Menurut aktres tersebut, pada awalnya dia juga tidak tahu Taqiyyah turut mempunyai makna lain, sehingga dia menyertai sebuah majlis usrah. Setelah mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif mengenai soal agama, Natasha serta suami bersepakat untuk menukar nama puterinya itu kepada nama yang lebih elok dan sesuai.
Dalam bahasa arab, maksudnya masih lagi merujuk kepada perkataan bertaqwa. Akan tetapi kami tidak tahu ianya ada makna lain yang lebih besar dalam pengikut Syiah, sehinggalah kami menyertai sebuah sesi usrah. Melalui majlis tersebut kami telah merujuk perkara ini dan dapatkan nasihat daripada ulama Islam serta mufti. Kini nama bayi saya telah ditukar kepada Naeema Kalila dan bukan lagi Taqiyyah.


Untuk makluman, Natasha Hudson dan Carleed Khaza telah bernikah pada April 2012 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat pelakon wanita tersebut. Hasil perkahwinan dahulu, Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.



sumber : http://www.ohbulan.com/







Foto : Nora Danish Ala Perempuan Melayu Terakhir


Baru-baru ini aktres jelita, Nora Danish pernah dilabel sebagai minah rempit dek kerana gaya rambutnya yang mencipta kontroversi.
Namun sepanjang minggu lepas, laman Instagram Nora dibanjiri dengan gambar-gambarnya yang nampak ayu berbaju kebaya ala-ala perempuan melayu terakhir. Senang cerita, Nora memang boleh masuk dengan apa-apa gaya sekalipun.





sumber : http://www.ohbulan.com/


Reputasi Tercalar



Tiada lagi wakil Malaysia dalam program The Apprentice Asia apabila satu-satunya peserta harapan iaitu Nazril Idrus atau Nash, tersingkir pada episod keenam minggu lalu.

Sebelum ini, dua wakil Malaysia iaitu Hanzo dan Nik terlebih dulu meninggalkan program terbabit selepas dipecat oleh hosnya, Tan Sri Tony Fernandes. Pastinya, keputusan itu mengejutkan peminat program realiti itu dan mengecewakan mereka yang menaruh harapan kepada Nash untuk bergelar juara.

Sudah namanya program realiti, silap percaturan pasti mengundang padah. Dek kerana terlalu kerap membuat kesilapan ketika ditugaskan untuk mengurus bahagian housekeeping di sebuah hotel terkemuka pada cabaran terakhir minggu lalu, Nash akhirnya dipecat.

Berikutan itu, penyingkiran Nash bagai memberi persepsi kurang enak terhadap dirinya.

Mengapa tidak, sebagai penasihat kewangan profesional, sedikit sebanyak ia mampu mencalar reputasi yang dibinanya selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan itu, Nash menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.
“Saya tidak nampak penyingkiran itu akan membuatkan reputasi saya tercalar. Saya sudah melakukan yang terbaik ketika berada dalam program terbabit. Terus terang, sewaktu dipanggil ke bilik Lembaga Pengarah, saya tak jangka akan disingkir kerana saya mengikut segala arahan diberi.

“Berdasarkan arahan, kami diminta untuk membuat sesuatu dengan betul. Apabila berlaku kesilapan ketika mengambil pesanan dan ketika makanan dihantar, saya sanggup mengambil risiko dengan membayar ganti rugi bagi makanan yang silap ditempah.


sumber : http://www.bharian.com.my/

Tidak Mimpi Lagi



Bukan lagi mimpi, Shaheizy Sam akhirnya memandu kereta Nissan 370Z Coupe yang menjadi idaman sejak mula membabitkan diri dalam bidang seni.

Jika sebelum ini, Sam hanya menyimpan anganangan dan memandang dari jauh kereta idaman kalbu, pelakon berbakat itu kini mampu tersenyum puas dengan hadiah kemenangan kenderaan mewah itu sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012).
Bagi melengkapkan impiannya, Sam memilih SS4M sebagai nombor pendaftaran kereta itu sehingga sanggup menjejaki dan menemui pemilik asal nombor terbabit di Sabah.

“Sam memang sudah lama idamkan kereta ini sejak keluaran model 350Z. Bagaimanapun, masa itu, Sam masih baru dalam industri dan hanya mampu tengok saja.

“Alhamdulillah, apabila sudah dapat kereta ini atas ‘pemberian’ peminat, Sam rasa sangat bertuah kerana tidak perlu keluar wang untuk memilikinya.

“Sam memang hendak menggunakan nama sendiri untuk plat pendaftarannya. Apabila mendapat tahu sudah ada pemilik, Sam jumpa individu terbabit untuk berbincang mengenainya,” katanya ketika ditemui HIP.
Walaupun sudah memiliki dua kereta hasil pencapaiannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH, Sam tidak akan sekali-kali menjualnya.

Malah, Sam menganggap kereta Nissan 370Z Coupe itu adalah hadiah paling bermakna yang pernah diterimanya daripada peminat.

Lebih tiga bulan menantikan kereta idamannya itu, Sam secara rasminya menjadi pemilik kereta terbabit daripada Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Tan Keng Meng, pada majlis penyerah kunci yang turut dihadiri Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali dan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir di Pusat Beli Belah One Utama, Bandar Utama, Damansara, kelmarin.

“Sam berpegang kepada rezeki. Kalau berusaha lebih, pasti akan dapat merasa juga.
Bagi Sam, keluarga adalah keutamaan dan apa-apa pun. Sam akan lebihkan keluarga dulu terutama mummy, kemudian baru fikir pasal diri sendiri,” katanya.

sumber : http://www.bharian.com.my/

Keputusan penuh perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013-Brazil vs Spain


Tahun 2013 menjadi tahun bermakna buat pasukan bola sepak Brazil apabila sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Konfederasi dengan kemenangan 3 - 0 mengatasi Sepanyol.

Brazil sememangnya layak bergelar juara dengan persembahan yang terbaik, apabila berjaya mendahului Sepanyol pada minit kedua hasil jaringan Fred.

Pada minit ke 44, pasukan yang bergelar 'Samba' melebarkan jaringan kepada 2 - 0 hasil jaringan cantik Neymar.


Separuh masa pertama berakhir dengan Brazil mendahului 2 - 0.

Separuh masa kedua bermula, Fred sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring  apabila menjaringkan gol kedua peribadi untuk perlawanan akhir ini dan menjadikan kedudukan 3- 0.

Sepanyol mepreolehi peluang untuk merapatkan jurang jaringan, tetapi Sergio Ramos gagal menyempurnakan penalti yang diperolehi,

Bertambah buruk apabila Sepanyol terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Gerard Pique di buang padang kerana menjatuhkan Neymar di luar kotak penalti.

Keputusan penuh, Brazil menang ke atas Sepanyol dengan jaringan 3 - 0.
Tahniah brazil!!