Dakwah Rasulullah S.A.W

on Tuesday, July 2, 2013



Di hujung pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi yang buta matanya. Yang setiap hari selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, ” Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Apabila kamu mendekatinya, maka kamu akan dipengaruhinya.”

Namun, pada setiap pagi, Rasulullah selalu mendatanginya dengan membawakan makanan.Dan tanpa mengucapkan sepatah kata pun, Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu. Sedangkan pengemis buta itu tidak mengetahui bahawa orang yang menyuapkan makanan untuknya itu ialah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah melakukan hal ini setiap hari sehinggalah Baginda wafat bertemu Allah, Rabbul ‘Izzati. Setelah wafatnya Rasulullah, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.

Suatu hari, sahabat terdekat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya ‘Aisyah r.a yang tidak lain merupakan isteri Rasulullah. Dia bertanya kepada anaknya itu, ”Anakku, apakah kebiasaan yang dilakukan oleh kekasihku Rasulullah yang belum aku kerjakan?”

Aisyah menjawab, ”Wahai ayah.. Engkau seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sahaja.”

”Apakah itu?” tanya Abu Bakar.

”Setiap pagi, Rasulullah akan pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi yang buta yang ada di sana,” kata ‘Aisyah.

Keesokan harinya, Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar menghampiri pengemis tersebut lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mula menyuapnya, si pengemis itu marah dan mengherdik Abu Bakar, ” Siapakah kamu !?” Abu Bakar menjawab, “Aku orang yang biasa.” ”Bukan ! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” bantah si pengemis buta tersebut.

“Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkanku, tetapi makanan tersebut dihaluskan terlebih dahulu. Setelah itu, dia berikannya kepadaku,” kata pengemis itu. Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya. Dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada.

Dia Muhammad Rasulullah s.a.w.” Ketika itu juga, pengemis tersebut menangis mendengar penjelasan Abu Bakar dan berkata, “Benarkah begitu? Selama ini, aku selalu menghinanya, memfitnahnya. Akan tetapi, dia sedikit pun tidak pernah memarahiku. Dia datang kepadaku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.” Akhirnya, pengemis Yahudi yang buta itu mengucapkan kalimah Syahadah di hadapan Abu Bakar pada masa itu juga. Sejak dari hari itu, dia menjadi seorang Muslim.

Apakah jalan dakwah kita sama seperti apa yang ditunjukkan Rasulullah ?? Hisablah diri perbaikilah rohani. Semoga suatu hari nanti, Islam kan kembali menguasai bumi ini..

sumber : http://skynightz.com/

Jennifer Lopez Sudah Sedia Tamatkan Zaman Janda

PENYANYI Jennifer Lopez dilaporkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman jandanya dengan kekasihnya, Casper Smart, 26, dalam masa terdekat ini.
Menurut laporan Daily Mail, Jennifer, 43, juga tidak akan membuat sebarang perjanjian pra-perkahwinan walaupun pernah mengalami sebanyak tiga penceraian sebelum ini.
“Percintaan mereka adalah benar dan Casper bukannya sekadar peneman Jennifer yang sunyi selepas bercerai dengan Marc sebelum ini. Bagi membuktikan cintanya kepada lelaki itu dia tidak mahu sebarang perjanjian pra-perkahwinan,” jelas seorang kenalan rapat pasangan itu.
Penyanyi lagu Love Don’t Cost A Thing itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Max dan Emme yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinannya dengan bintang latin, Marc Anthony.
Jennifer dan Casper mula menjalinkan hubungan sejak 18 bulan lalu selepas lelaki itu bekerja untuknya sebagai penari latar.
Jennifer-Lopez-dan-Casper-Smart
Jennifer Lopez dan Casper Smart
“Ia kedengaran mengarut apabila Jennifer enggan membuat sebarang perjanjian perkahwinan namun dia tetap bertegas bahawa cinta mereka bukan kerana wang dan yakin Casper adalah cinta terakhirnya,” katanya lagi.
Malah kata sumber itu, Jennifer turut merancang untuk memiliki cahaya mata bersama Casper selepas berkahwin nanti.
Sumber : http://skynightz.com/

INILAH ANAK DIANA DANIELLE & FARID KAMIL YANG SEBENAR


Haritu kecoh.. kononnya diana danielle dah bersalin even ikut kiraan bulan tak cukup bulan lagi tapi dari gambar yang farid kamil upload baby nampak cukup bulan jer. Katanya tu bukan anak depa.. anak orang lain. Baby boy tu konon anak adik farid kamil


Ok.. kali ni memang bukan gosip mahupun kontroversi lagi. Ni la rupa anak depa.. comel lote.. lahir pun 4kg ++ besar tu. Lahir kat obersea, ostrolia gitu. Kulit nampak kulit ala2 mat saleh jugak la sebab mak dia pun muka mix kan. Baby boy jugak.


Tudia..tudia..MAS tawar 4 juta tempat duduk pada diskaun sehingga 70 peratus!!!

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) menawarkan empat juta tempat duduk pada diskaun sehingga 70 peratus daripada tambang biasa dalam promosi jualan seluruh negaranya.

Promosi itu yang bermula hari ini dan berakhir pada 15 Julai, 2013, adalah bagi perjalanan pada masa terdekat sehingga 31 Mac, 2014, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan Isnin.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysianya, Muzammil Mohamad menjangkakan sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang tahu ia satu tawaran yang baik apabila mereka melihatnya.

"Inisiatif jualan ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menyokong inisiatif rakan kongsi perdagangan pelancongan kami, kerana kempen kami akan serentak dengan beberapa pameran pelancongan yang dianjurkan oleh persatuan ejen-ejen pelancong bulan ini," katanya.

Tambang rendah itu termasuk ke Dubai, New Delhi, Mumbai dan Hyderabad. Tambang menarik itu juga ditawarkan ke destinasi negara-negara Timur dan destinasi menarik seperti London, Paris dan Melbourne dengan lebih 50 destinasi perikatan oneworld termasuk New York, Chicago dan Houston, kata MAS.



Pada masa yang sama, tambang khas itu ditawarkan bagi perjalanan Kelas Ekonomi antara 10 hingga 31 Julai, 2013, semasa bulan Ramadan, bagi perlepasan dari Kuala Lumpur ke destinasi domestik, Asean dan destinasi negara-negara Timur.

Selain tawaran istimewa ini, pelanggan yang melancong menggunakan MAS juga dapat menikmati peningkatan kebenaran bagasi kabin bermula hari ini.

Syarikat penerbangan itu membenarkan satu bagasi kabin dalam Kelas Ekonomi dengan berat maksimum tujuh kilogram berbanding lima kilogram.

Pelanggan di Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan dibenarkan membawa dua bagasi kabin dengan berat sehingga maksimum tujuh kilogram setiap satu, dengan setiap bagasi tidak melebihi ketinggian 56 sentimeter, kepanjangan 36 sentimeter dan kelebaran 23 sentimeter, kata MAS.

Pelanggan boleh menempah tawaran istimewa ini menerusi dalam talian di www.malaysiaairlines.com, pusat panggilan bebas tol 24 jam MAS di 1-300-88-3000 dan pejabat tiketnya di seluruh negara serta ejen-ejen dilantiknya.Sumber

Diana Danielle Sah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan kepada pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle yang telah pun menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Khabarnya pengumuman itu dilakukan sendiri oleh Farid Kamil menerusi laman Instagram beliau. Diana Danielle selamat melahirkan bayi lelaki seberat 9.71lbs atau 4.39kg  lebih kurang jam 5 petang tadi di Australia.





sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Gambar Persandingan Diraja Tengku Amalin A'ishah Puteri


Sempena Majlis Istiadat Persandingan Diraja yang diadakan pada 28 Jun lepas, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri telah tampil dengan dua persalinan iaitu tradisional dan moden pada malam berkenaan. 


Kedua-dua Pengantin Diraja kelihatan anggun dengan busana yang digayakan pada Istiadat berkenaan yang berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.


Ibu Kandung Dera Anak Dipenjara 13 Tahun, Bapa Tiri 13 Tahun

Ibu Kandung Dera Anak Dipenjara 13 Tahun, Bapa Tiri 13 Tahun | Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang ibu kandung yang mendera tiga anaknya.

Bagi bapa tiri mereka dihukum penjara 13 tahun selepas pasangan itu mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mendera kanak-kanak berkenaan.


Norazira Abas, 29, dan Mohd Shazwan Shaari, 26, didakwa melakukan perbuatan itu antara Mac hingga Jun lepas di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak 4 di sini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mereka didakwa mendera ketiga-tiga beradik yang berusia 7, 5 dan 2 tahun enam bulan.


Mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana cedera teruk di seluruh anggota badan akibat dicucuh puntung rokok, disimbah air panas dan kaki dirantai, selain ditampar serta dipukul.

Ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, Mohd Shazwan, yang bekerja sebagai buruh, dan Norazira, yang tidak bekerja, hanya mengangguk tanda faham. - KO