PENYANYI Jennifer Lopez dilaporkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman jandanya dengan kekasihnya, Casper Smart, 26, dalam masa terdekat ini.
Menurut laporan Daily Mail, Jennifer, 43, juga tidak akan membuat sebarang perjanjian pra-perkahwinan walaupun pernah mengalami sebanyak tiga penceraian sebelum ini.
“Percintaan mereka adalah benar dan Casper bukannya sekadar peneman Jennifer yang sunyi selepas bercerai dengan Marc sebelum ini. Bagi membuktikan cintanya kepada lelaki itu dia tidak mahu sebarang perjanjian pra-perkahwinan,” jelas seorang kenalan rapat pasangan itu.
Penyanyi lagu Love Don’t Cost A Thing itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Max dan Emme yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinannya dengan bintang latin, Marc Anthony.
Jennifer dan Casper mula menjalinkan hubungan sejak 18 bulan lalu selepas lelaki itu bekerja untuknya sebagai penari latar.
“Ia kedengaran mengarut apabila Jennifer enggan membuat sebarang perjanjian perkahwinan namun dia tetap bertegas bahawa cinta mereka bukan kerana wang dan yakin Casper adalah cinta terakhirnya,” katanya lagi.
Malah kata sumber itu, Jennifer turut merancang untuk memiliki cahaya mata bersama Casper selepas berkahwin nanti.
Sumber : http://skynightz.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment