Kontroversi Afiq, Ibu: Masalah Selesai

on Tuesday, July 2, 2013



Pelakon kontroversi, Afiq Muiz mengakui serik dan enggan lagi berkongsi kisah peribadi bersama media.
Justeru, tatkala dihubungi, semalam, bagi mengetahui perkembangan terkini hubungan dengan ibu kandungnya, Hasliza Mohamad, jejaka ini memilih untuk berdiam diri.

Ditanya apakah dia akan mengambil langkah menjernihkan kembali hubungan dengan si ibu sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Afiq bungkam. Hanya setelah dua kali soalan sama diajukan dan beberapa minit mengunci mulut, barangkali cuba mengumpul kekuatan, anak muda ini akhirnya bersuara dengan nada seolah-olah tidak bermaya.

Saya tidak mahu komen apa-apa. Hubungan kami sudah OK, jawab pelakon drama bersiri Bangkitnya Seorang Wanita ini ringkas. Diminta penjelasan adakah dia bersemuka dengan Hasliza atau sekadar memohon maaf menerusi panggilan telefon, Afiq enggan mengulas panjang.

Saya rasa media tidak perlu tahu kerana ia membabitkan soal peribadi. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa lagi dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini.
Tidak guna saya beriya-iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah. Jadi lebih baik saya tidak memberikan komen panjang lebar, kata Afiq.

Bukan saja enggan berbicara mengenai kekeruhan hubungan dengan si ibu, Afiq juga tidak mahu mengulas lanjut perihal dirinya dengan pelakon, Eina Azman.Biarpun ibunya mendakwa Afiq dan pelakon berusia 18 tahun itu mempunyai hubungan istimewa, Afiq bermati-matian menafikannya. Sebaliknya dia berkata, Eina dan dirinya hanya bersahabat baik.

Sekalipun cuba menyorokkan perkara itu, baru-baru ini ada mata yang kononnya melihat pasangan ini berjalan berpimpin tangan dengan lagak penuh mesra di sebuah restoran di Bangsar.Begitupun Afiq sekali lagi menyangkal tuduhan itu.
Bila masa pula kami berpegangan tangan? Saya rasa tidak perlulah saya komen hal ini, tolong jangan menambah fitnah ke atas diri saya, katanya.

Sementara itu, menyentuh soal kerjaya, kontroversi membabitkan dirinya langsung tidak menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon. Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun dengan apa yang berlaku selama ini. Saya percaya rezeki di tangan Allah dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Saya kini sibuk menjalani penggambaran drama Ratu Syuhada untuk RTM, katanya.

Pelakon berusia 21 tahun ini mula menjadi buruan media dan perhatian masyarakat apabila Hasliza membuat pendedahan kepada sebuah portal mengenai sikap Afiq yang kononnya sudah melupakan keluarga setelah menjalin hubungan dengan pelakon wanita, Mei lalu.

Hasliza yang terlalu kecewa dengan sikap anaknya, yang disifatkan sudah lupa diri, turut menggelarkan Afiq sebagai anak derhaka. Malah dia mendedahkan Afiq berubah menjadi panas baran, bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada keluarga setelah mengecap populariti.

sumber : http://www.bharian.com.my/

NGERI...kepala BERSEPAI

Sungguhpun sudah kecewa dengan diri sendiri, janganlah kita sampai membunuh diri...









Debaran Penantian Izreen

Mungkin sudah minat dalam bidang lakonan, meskipun dalam tempoh istirehat, Izreen tetap menerima tawaran lakonan ketika kandungannya enam bulan. Katanya, dia menerima tawaran dalam telefilem Barakah yang akan ditayangkan pada hari raya kedua di RTM itu kerana wataknya sebagai ibu hamil.

"Saya curi-curi bekerja. Tambahan pula, wataknya sangat sesuai iaitu sebagai ibu hamil. Saya tidak perlu bergerak banyak dan penggambaran hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja. Jadi, apa salahnya asalkan saya utamakan kesihatan saya dan bayi dalam kandungan," balasnya.

Disoal tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan, Izreen hanya tersenyum dan memberitahu dia enggan mendedahkan jantina bayi yang bakal lahir.

"Rahsialah, tunggu sampai saya lepas bersalin nanti (ketawa). Saya dan suami memang sudah tahu, tetapi kami ingin menjadikan saat kelahiran itu istimewa buat kami berdua. Jadi lebih baik rahsia dahulu daripada orang lain.

"Saya percaya petua orang dahulu kata, jangan terlampau teruja dan seronok menyambut kelahiran anak pertama. Jadi, biarlah saya simpan semuanya sehingga saat akhir, nanti lambat laun orang akan tahu juga," tuturnya.

Berbicara tentang perubahan berat badannya, Izreen memberitahu berat badannya kini mencecah 75 kilogram daripada berat asal iaitu 53 kilogram.
IZREEN mahu merahsiakan jantina anaknya daripada pengetahuan umum.
Dia bagaimanapun tidak bimbang dengan berat badan naik mendadak kerana menurutnya kenaikan berat badan adalah sesuatu yang normal. Selagi tidak menganggu kesihatannya, dia bebas makan apa sahaja.

"Saya jenis yang makan apa sahaja yang ada depan mata. Tidak pernah mengidam, tetapi kalau sudah nampak memang saya akan makan banyak. Orang kata waktu hamil saya boleh makan sepuasnya, sebab semasa berpantang, saya akan berusaha untuk mendapatkan berat badan asal semula," katanya.

Akui Izreen yang berdebar menanti kelahiran anaknya, dia merancang untuk melahirkan anak di Hospital Ampang Puteri, Selangor dan berpantang di Kuala Lumpur sahaja.

"Memang mulanya saya merancang ingin berpantang di kampung halaman di Perlis, tetapi jauh sangat perjalanannya selepas bersalin. Suami pula kerjanya sebagai jurukamera tidak tentu masa dan lokasi, jadi lebih baik saya berpantang di Kuala Lumpur, mudah untuk suami melihat saya dan anak.

"Saya tetap minta ibu saya datang ke Kuala Lumpur untuk menjaga saya ketika berpantang kerana ibu lebih memahami saya daripada orang lain," ujarnya yang akan kembali bekerja selepas hari raya Aidilfitri.

Disoal apakah persiapan yang telah dilakukan untuk menyambut kelahiran anaknya, Izreen menjelaskan segalanya telah disiapkan memandangkan tempoh waktu untuknya bersalin cukup dekat.

"Semua sudah siap, baju, kelengkapan bayi dan keperluan saya sendiri sebagai bakal ibu. Bila lihat barang-barang bayi, saya rasa tidak sabar untuk pegang anak sendiri, tetapi dalam masa yang sama bila dengar cerita rakan-rakan kesakitan waktu bersalin, saya jadi takut pula," katanya yang dijangka bersalin secara normal.

Sama seperti ibu bapa yang lain, pastinya Izreen dan suami ingin yang terbaik untuk anak mereka. Namun, sebolehnya, Izreen enggan anaknya mengikut jejak langkahnya terlibat dalam bidang seni kerana tahu kesukaran sebagai penggiat seni.

"Kalau boleh saya mahu dia berjaya dalam bidang akademik dan memilih kerjaya yang menjamin masa depan seperti peguam atau doktor. Jika, dia mahu terlibat juga dalam bidang seni, dia harus berjaya mendapat segulung ijazah terlebih dahulu," ceritanya tentang perancangan masa hadapannya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp



TAKUT...KAPAK di KEPALA

Agak-agak ini betul ke tidak??? Ini hanya super impose sahaja. .










Wajah Artis Kumpulan M2M Yang Terkini

M2M ialah kumpulan muzik yang popular sekitar tahun 2000 selepas lagu Don’t Say You Love Me mereka digunakan di dalam filem Pokemon. Kumpulan yang berasal dari Norway ini sudah wujud sejak tahun 1992 dan dianggotaiMarit Larsen (30) dan Marion Raven (29). Nama asal kumpulan mereka ialah Marit And Marion tetapi diubah kepada M2M supaya lebih komersil. Mereka mengeluarkan dua album iaitu Shades of Purple dan The Big Room. Selepas album kedua mereka gagal mencapai sasaran jualan, M2M berpesah pada tahun 2002. Marit Larsen berhenti menyanyi untuk menamatkan sekolah menengah manakal Marion Raven terus menjadi artis solo. Marit hanya kembali menyanyi pada tahun 2005 dan kedua-dua penyanyi ini kini menuruskan kerjaya sebagai penyanyi solo.




sumber : http://hariangiler.hostzi.com/

TAKUT...POTONG badan

Apa yang penting ini bukan yang asli. Sekadar gambar edit semata-mata tapi nampak macam betul kan...











TAKUT...gigitan JERUNG

Inilah penangan dari jerung. Nama pun jerung,jadi memang berbaloilah hasilnya...