Gambar Rasmi Anak Farid Kamil Dan Diana Danielle Baru Lahir

on Wednesday, July 3, 2013


Gambar Rasmi Anak Farid Kamil Dan Diana Danielle baru lahir. Tahniah kami ucapkan kepada Farid yang sudah pun bergelar seorang ayah pada selasa 2 Julai 2013. Farid Kamil telah selamat menimang anak lelaki selepas Diana Danielle bersalin di Australia kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Menerusi laman Instagram, Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun. Apapun, tahniah sekali lagi kepada pasangan ini.

Gambar Rasmi Anak Farid Kamil Dan Diana Danielle

farid kamil

anak farid 2 
anak farid 3


sumber


Bienda jual kek


MULA dikenali sebagai penyanyi, kemudian mengorak langkah menjadi pelakon dan seterusnya bergelar pengacara, Nor Razlinda Razli atau Bienda kini meluaskan skop pendapatan dengan berniaga kecil-kecilan. Dia ini menjalinkan usahasama dengan tukang masak terkenal, Chef Yang Jamil membuka sebuah perniagaan yang berpaksikan produk kek cawan.

Kolaborasi itu tampak bernas, apatah lagi Yang Jamil mempunyai pengalaman 40 dalam bidang masakan dan pernah membuka restoran bertaraf antarabangsa di Belanda dan Afrika. Sementara Bienda memiliki populariti dan pengaruh tersendiri selaku hos program bual bicara Nasi Lemak Kopi O yang disiarkan di TV9.

Justeru, setelah saling mempersetujui, muncullah perusahaan kek cawan yang dijenamakan 'e-kekcawan' yang berkonsepkan perniagaan kiosk yang menumpukan hab tumpuan awam terutamanya pusat membeli-belah.

Menurut Bienda, kerjasama yang dijalinkan itu diharap boleh diperkembangkan memandangkan kek cawan bukan sahaja enak, malah cukup ringkas dan sesuai untuk golongan yang sering mengejar masa.

"Kek cawan sedang menjadi kegilaan pada masa kini kerana reka bentuknya yang menarik dan cantik, sekali gus mampu membuka selera setiap orang yang memandangnya.

"Lagipun, ini satu hidangan yang ringkas, murah dan mudah dibawa ke sana sini.

"Selain kek cawan, kiosk kami turut menjual kek lain dalam pelbagai saiz, bentuk dan perisa serta beberapa jenis makanan pastri lain. Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah berpatutan dan tidak melebihi harga pasaran semasa," katanya.

 
 sumber : 
http://www.utusan.com.my/

Diabai anak,Ibu tua menang kes!!

Nenek menang kes pertama diabai anak | Beijing: Seorang wanita diperintahkan mahkamah melawat ibunya sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan dalam kes pertama bawah undang-undang melindungi golongan tua di negara itu.Wanita tua berusia 77 tahun yang bertongkat dan tersandar di kerusi plaintif di mahkamah wilayah Wuxi hadir ketika mendengar kes terhadap anak perempuannya bersama suami kelmarin, lapor Wuxi Daily, semalam.

Undang-undang berkenaan berkuatkuasa Isnin lalu berikutan kebimbangan pembangunan pesat di China mengubah tradisi keluarga dan mewujudkan lebih banyak kediaman tanpa penghuni.Laporan mengenai orang tua yang sering diabaikan atau tidak dilayan dengan baik anak mereka mengejutkan negara itu.

Dalam kes di Wuxi, di wilayah timur Jiangsu, anak perempuannya dan suaminya bersetuju menjaga wanita dikenali Chu, tetapi tidak melawatnya sejak dia tinggal bersama anak lelakinya berikutan satu perselisihan faham ahli keluarga.

Mahkamah di daerah Beitang memutuskan pasangan terbabit perlu melawat ibu mereka sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan dan sekurang-kurangnya sekali ketika cuti kebangsaan negara.Hakim turut memerintahkan pasangan terbabit membayar pampasan jika mereka tidak melawat wanita tua itu.

Undang-undang perlindungan hak dan kepentingan orang tua mengatakan bahawa ahli keluarga perlu melawat anggota keluarga berusia lebih 60 tahun ke atas secara kerap tetapi tidak memberikan penerangan lanjut.Pakar bimbang, undang-undang baru terbabit akan sukar dikuatkuasakan, sementara sebilangan pengguna internet menyifatkan peraturan itu sebagai tidak dapat diterima malah ada yang menganggapnya penghinaan kepada negara. - BH

KopiLekat say :-Hargailah ibu bapa kita semasa mereka dikandung hayat..nanti fah tak ada,jangan nak menyesal pulak..ibu bapa boleh jaga 8 orang anak,8 orang anak belum tentu boleh menjaga ibu bapa!renung2 jangan termenung=)

Digelar wanita kontroversi


Raja Azmi dan Roslin Hashim sewaktu hadir di Pejabat Hal Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi ) bagi mendengar keputusan kes khalwat mereka pada 2011.

SEJAK pembabitannya dalam bidang seni lebih 20 tahun lalu, kebanyakan cerita berkaitan Raja Azmi pasti penuh dengan sensasi. Maka tidak hairanlah kenapa dia digelar 'produser penuh kontroversi'. Menariknya, cerita kontroversi produser ini bukan sekadar dalam bidang seni, malah turut berkait dengan peribadi.

Menyentuh mengenai kontroversi pertama yang dicetus oleh Raja Azmi adalah sejak pembabitan filem Black Widow - Wajah Ayu pada 1994, arahan U-Wei Saari yang menampilkan jaguh badminton negara, Misbun Sidek sebagai peneraju utama selain Hashimah Yon, Zaidi Omar dan Nurul Jasmin.

Cerita asal dan lakon layar filem itu adalah idea Raja Azmi. Kononnya watak, Mas Ayu yang dilakonkan oleh Jasmin adalah karakter dirinya yang mencintai dua orang adik-beradik iaitu Imran dan Jalil.

Ini kerana dalam kehidupan sebenar, penerbit itu pernah mengaku bahawa cinta pertamanya adalah Misbun, namun dia bertemu jodoh dengan Jailani. Sama seperti dalam filem Black Widow, Mas Ayu yang menyintai dua orang adik-beradik itu akhirnya berkahwin dengan Jalil lakonan Mohd. Rodzi iaitu adik kepada Imran yang dilakonkan oleh Misbun Sidek.

Selepas menerbitkan Black Widow, pada 2001, Raja Azmi tampil dengan filem Cinta 200 Ela, arahan Mohammad Shadan Hashim yang diadaptasi daripada novel tulisannya, Cinta 100 Ela yang dikelaskan 18SX.

Ramai yang terkejut apabila dia memilih Shadan sebagai pengarah kerana waktu itu dia masih baru dan ditambah pula Rashid Sidek sebagai hero di samping Raja Azura dan Wardina Saffiyah. Seperti mana Black Widow, filem Cinta 200 Ela pun kurang mendapat sambutan.

Satu lagi produksi Raja Azmi yang mendapat perhatian ramai adalah filem .......Dalam Botol yang asalnya adalah Anu Dalam Botol, arahan Khir Rahman. Filem yang disiarkan di pawagam pada 2011 itu berkisar tentang hubungan Ruby atau Rubidin dan Ghaus yang merupakan pasangan bercinta sejenis. Filem ini dilakonkan oleh Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle dan Ogy Ahmad Daud.

Belum reda dengan judul filem yang dianggap melampau itu, Raja Azmi tampil menguar-uarkan judul filem baru, Anak Ikan yang diarah oleh Shahdan, yang kini telah menjadi menantunya.

Belum apa-apa, pelakon utama filem itu, Adam Davin telah buat hal hingga memaksa Raja Azmi membuat laporan polis. Pada 6 Jun lalu, Raja Azmi mengadakan sidang akhbar untuk menunjukkan laporan polis atas penipuan yang dilakukan oleh Adam terhadapnya.

Sebelum itu pada 29 Mei lalu, masyarakat dikejutkan dengan berita Raja Azmi diragut kira-kira pukul 12.30 malam, berhampiran sebuah hotel dekat Jalan Raja Laut.

Apa pun kontroversi paling hangat yang melanda Raja Azmi selain perceraiannya dengan Jailani adalah kisah dia dengan adik angkatnya, Roslin Hashim yang juga pemain badminton.

Ramai yang 'curiga' apabila melihat Roslin sering menemani Raja Azmi setiap kali produser itu hadir ke majlis rasmi. Malah Raja Azmi juga didakwa menjadi punca perceraian Roslin dengan isterinya, Norhayati Othman.

Mereka didakwa berdua-duaan di Hotel Corus, Jalan Ampang, pada pukul 8.30 malam, 7 Ogos 2010 dan ketika itu jugalah Norhayati tampil bersama dua adiknya dan sewaktu pertengkaran berlaku, Roslin melafazkan cerai terhadap bekas isteri keduanya yang dinikahi selama 28 hari saja.

Pada 20 Ogos 2011, penerbit itu terpaksa bermalam di lokap selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi NcVC terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah sebanyak tiga kali bagi kes saman sivil berhubung penjualan sebidang tanah seluas 14.2 hektar dengan harga RM5.9 juta.

Apa sekalipun keadaannya, tabik hormat buat Raja Azmi, seorang wanita yang cekal berdiri di atas kakinya sendiri di sebalik segala isu dan kontroversi. Semoga cintanya kali ini menjadi dan membawa bahagia yang abadi buat seorang Raja Azmi.

sumber : http://www.utusan.com.my/

Drama Bersiri Teduhan Kasih Ada 3.2 Juta Penonton

Tahniah buat semua yang menjayakan drama bersiri Teduhan Kasih kerana telah berjaya mencatat 3.2 juta penonton sejak ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 bermula 15 Mei lalu.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, ia merupakan antara karya yang mendapat sambutan baik berbanding drama-drama lain menerusi slot berkenaan.

“Drama ini mendapat sambutan sangat baik sehingga dia menjadi drama nombor satu menerima catatan tertinggi. Purata tontonannya adalah 2.7 juta dan pada suatu ketika ia pernah mencatat sehingga 3.2 juta orang. Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kepada penonton-penonton setia drama ini, TV3 mengadakan tayangan eksklusif episod akhir bersama pelakon-pelakonnya.”

Dianggarkan kira-kira dua ribu penonton hadir bagi menyaksikan episod kemuncak itu. Slot Akasia bersiaran dari hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam. Sementara itu, pelakon utamanya Adi Putra mengakui tidak menjangkakan sambutan peminat yang mengalak untuk drama tersebut.

“Saya memang tidak sangka yang drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga nama saya juga kini lebih dikenali sebagai Ehsan berbanding Adi Putra. Bagaimanapun, bukan kerana saya sahaja tetapi pelakon-pelakon lain juga berlakon dengan baik dan mampu menarik perhatian penonton.”

Selain Adi Putera, antara barisan pelakon yang hadir bersama-sama menyaksikan episod terakhir itu ialah Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, dan Shah Iskandar. Pada majlis tersebut juga penonton diberi peluang beramah mesra dan bergambar bersama pelakon. Drama 28 episod yang diangkat daripada naskhah novel Teduhan Kasih ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Ehsan lakonan Adi Putra yang berkahwin dengan wanita bernama Iffa (Sherry Ibrahim).

Pelbagai rintangan dilalui pasangan ini demi mengekalkan kehidupan rumah tangga biarpun sering diganggu oleh Ayu (Nabila Huda).


sumber : http://www.budiey.com/

Nafi Campur Tangan Pihak Ketiga

Pelakon Hanez Suraya mengakui masih gagal untuk melupakan bekas kekasihnya, penyanyi Awi Rafael biarpun hampir sebulan hubungan cinta mereka berakhir. Biasalah tu, mesti banyak kenangan manis masih lagi bermain dalam fikiran. Bak kata lagu Bahagiamu Deritaku dari Hafiz, “Tinggalkanku, perlahan-lahanku terima…”
Sudah tentu bagi Hanez, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.
“Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini. Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal.”

Hanez berkata selepas kembali solo sejak sebulan lalu, masanya banyak dihabiskan pada kerja. Malah gadis kelahiran ibu kota Kuala Lumpur ini belum terbuka hati untu mana-mana lelaki buat masa ini.

“Alhamdulillah, tak banyak beza sangat. Hanez sekarang lebih sibuk dengan lepas satu, satu penggambaran. Dulu pun sebenarnya sibuk juga, cuma sekarang dah takde lagi peneman, dah tak ada orang call.
Dia turut menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan tersebut.

“Kalau ada pihak ketiga pasti ada berlaku perbalahan tapi ini tidak. Perpisahan kami disebabkan hubungan kami ‘panas’ dan sering kami juga bertengkar. Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah.”

Bagaimanapun, jelas Hanez, buat masa ini, dia belum mampu untuk menerima mana-mana cinta lain sebagai pengganti.

“Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya.”


sumber : http://www.budiey.com/

Farid Kamil, Diana Danielle Dapat Anak Lelaki



Pelakon Farid Kamil  menerusi laman Instagram mengumumkan yang isterinya Diana Danielle selamat melahirkan anak lelaki di Australia petang semalam.

Menerusi laman Instagram tersebut, Farid turut berkongsi foto bayi lelakinya dengan kata-kata "Welcome to the world my son" selain menulis bayi ini lahir dengan berat 9.7lbs atau 4.39kg.
Diana Danielle selamat melahirkan bayi lelaki itu sekitar jam 4.30 petang waktu Malaysia.

Sebelum ini, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

Bulan lalu. industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kanonnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.

Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.

Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.

sumber : http://www.murai.com.my/