Undang-undang berkenaan berkuatkuasa Isnin lalu berikutan kebimbangan pembangunan pesat di China mengubah tradisi keluarga dan mewujudkan lebih banyak kediaman tanpa penghuni.Laporan mengenai orang tua yang sering diabaikan atau tidak dilayan dengan baik anak mereka mengejutkan negara itu.
Dalam kes di Wuxi, di wilayah timur Jiangsu, anak perempuannya dan suaminya bersetuju menjaga wanita dikenali Chu, tetapi tidak melawatnya sejak dia tinggal bersama anak lelakinya berikutan satu perselisihan faham ahli keluarga.
Mahkamah di daerah Beitang memutuskan pasangan terbabit perlu melawat ibu mereka sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan dan sekurang-kurangnya sekali ketika cuti kebangsaan negara.Hakim turut memerintahkan pasangan terbabit membayar pampasan jika mereka tidak melawat wanita tua itu.
Undang-undang perlindungan hak dan kepentingan orang tua mengatakan bahawa ahli keluarga perlu melawat anggota keluarga berusia lebih 60 tahun ke atas secara kerap tetapi tidak memberikan penerangan lanjut.Pakar bimbang, undang-undang baru terbabit akan sukar dikuatkuasakan, sementara sebilangan pengguna internet menyifatkan peraturan itu sebagai tidak dapat diterima malah ada yang menganggapnya penghinaan kepada negara. - BH
KopiLekat say :-Hargailah ibu bapa kita semasa mereka dikandung hayat..nanti fah tak ada,jangan nak menyesal pulak..ibu bapa boleh jaga 8 orang anak,8 orang anak belum tentu boleh menjaga ibu bapa!renung2 jangan termenung=)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment