Amah Saji Teh Campur Air Kencing Dan Air Basuhan

on Friday, July 5, 2013

mah Saji Teh Campur Air Kencing Dan Air Basuhan | Akibat  tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.
Amah Saji Teh Campur Air Kencing Dan Air Basuhan

Menurut Akhbar South China Morning Post, pembantu rumah yang berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya. Majikan terbabit menyoal pembantu rumah itu yang mengaku berbuat demikian.

Pembantu rumah terbabit bakal berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan. Bagaimanapun, Identiti majikan dan pembantu rumah itu juga tidak dinyatakan.

Setahun yang lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia di Dubai yang mencampurkan air kencing ke dalam teh majikannya dipenjara dua bulan. Dia melakukan jenayah itu kononnya untuk membuat keluarga majikannya sukakannya.

“Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan,” kata amah terbabit.

Pada 2007, seorang amah, juga warga Indonesia, dipenjara enam hari di Hong Kong kerana menyajikan majikannnya minuman yang dicampur dengan air kencing nya. - Agensi

Zizan Razak Nafi Tak Disiplin Dan Besar Kepala

Zizan Razak Nafi Tak Disiplin Dan Besar Kepala | Sifat manusia, tidak akan pernah lengkap atau sesempurna seperti diharapkan, yang nyata bukan satu atau dua cerita telah timbul yang mendakwa pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak semakin tidak berdisiplin dan bersikap besar kepala sejak akhir-akhir ini.
Zizan Razak Nafi Tak Disiplin Dan Besar Kepala

Walaupun isu Zizan Razak tak disiplin dan besar kepala bukan perkara baru, ia masih diperkatakan segelintir pihak yang pernah bekerjasama dengan beliau menerusi pelbagai program televisyen atau filem.

Zizan, yang sudah lali dengan pelbagai gosip dan dakwaan berkenaan menghadapinya dengan tenang dan terbuka. Katanya, jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduknya, ia bukan disengajakan kerana dia berusaha memberikan komitmen penuh dalam setiap kerjanya.

“Saya langsung tiada niat atau sengaja buat hal. Walaupun saya akui jadual padat menyebab­kan saya kurang rehat dan penat, ia bukan alasan untuk saya ambil mudah kerja saya.

“Setiap hari selepas bangun tidur, saya sentiasa beringat diri ini masih terlalu hijau dalam bidang ini. Tiada sebab untuk saya bersikap besar kepala,” katanya. 

Tambah Zizan lagi, isu kelewatan atau masalah disiplin kadang-kadang tidak dapat dielakkan berikutan kerjayanya yang terikat dengan pelbagai komitmen serentak.

Mahu tidak mahu, lewat ketika menghadiri penggambaran atau acara tetap akan timbul dan tidak dapat dielakkan.

“Bukan sengaja mahu menyusahkan orang lain tetapi kerana kesibukan saya dengan banyak komitmen. Saya selalu berusaha memberikan terbaik dalam setiap komitmen,” katanya.

Menurutnya lagi, dia sentiasa sedar pendapatan dalam dunia hiburan ini diperoleh daripada jaringan hubungan yang baik dengan orang sekeliling
.
Justeru, katanya, tidak mungkin dia berasa bangga diri dengan kedudukan dan populariti dimiliki sekarang.

“Kalau saya salah, saya meminta maaf. Apa yang saya terkilan, hanya satu atau dua kesalahan orang lain membesar-besarkan keadaan sebegitu teruk.

“Kalau orang sudah tidak suka, bagi emas atau permata pun tetap orang hina juga. Saya hanya reda,” katanya. sumber


Mat Yo Nafi Buang Pingat Dalam Tong Sampah

Mat Yo Nafi Buang Pingat Dalam Tong Sampah | Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Mat Yo atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha telah membuang pingat naib juara Piala FA kedalam tong sampah setelah kecewa dengan kekalahan kepada pasukan Kelantan.
Mat Yo Nafi Buang Pingat Dalam Tong Sampah

Penyerang sensasi pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) itu, Mat Yo akhirnya tampil menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.

Apa yang sebenarnya terjadi ialah, menurut Mat Yo, ketika itu beliau telah menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.

Mat Yo atau Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.

“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.

“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam. sumber


Lelaki India Kena Tetak Di Shell Batang Kali 4 Julai 2013


Seorang lelaki India kena tetak di Shell Batang Kali, Selangor pada 4 Julai 2013. Tangan mangsa putus akibat ditetak oleh sepasukan gangster dan motif pergaduhan adalah kerana dendam yang menjadi punca kepada insiden tersebut. Mangsa Shankar Nadeson, 35, telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Kumpulan gangster yang dipercayai terlibat ialah kumpulan Gobi(08) Kalompang, Selangor dan Kumpulan Santhana(36) Kalompang, Selangor.

ditetak

Video Insiden Shell Batang Kali 4 Julai 2013


Polis sedang memburu suspek pergaduhan kumpulan tersebut :
1).SARAVANAN A/L CHANDRA SEKARAN.
2).ANBALAGAN A/L NADARAJAN.
3).THANA THIRU KUMARAN A/L PRUMAL.
4).SANTHANA.
5).GOBI.
6). SASI.
7).SOBI.
8).TIRU.



sumber

Berita Terkini Keadaan Pelajar Malaysia Pergolakan Di Mesir


Berita dan maklumat terkini keadaan pelajar Malaysia pergolakan di Mesir. Keadaan di Mesir pada masa sekarang agak membimbangkan dengan tercetusnya kekecohan apabila cubaan rakyat untuk menggulingkan Presiden Mesir, Mohammed Morsi. Bagi pihak keluarga yang risau dengan keadaan anak yang belajar di sana boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

mesir

Kedutaan Malaysia Di Mesir

Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270

Bagi Pelajar Tajaan Mara

Bagi kemudahan keluarga pelajar-pelajar tajaan MARA untuk mengetahui perkembangan keadaan anak-anak mereka di Mesir, berikut disediakan talian yang boleh dihubungi;

Talian Hotline Bilik Gerakan Mesir :
1. 03-26132117
2. 03-2613 2230
3. 03-2613 2264
4. 03-2613 2277


No. Telefon Bimbit Pegawai-pegawai BPP:
1. 019-3883121 – Pn. Rohayah Bt. Mohd Zain (TPK)
2. 019-3891109 – Pn. Nor Azwa Bt. Hassan (TP II)
3. 019-2881905 – En. Akmal Hafiz B. Hassan Nuddin (PP)
4. 019-2885539 – En. Mohd Mazuki B. Yahya (PP)


Bilik Gerakan Keselamatan Iskandariah (24 Jam)
1. Pejabat:    +2034868360
2. Ustaz Sofi:    +201064117779
3. En. Bakri:    +201144437662



sumber


Sherry Ibrahim Semakin Dikenali Kerana Teduhan Kasih

Ketika bekas pengamal perubatan Islam Asyraf Muslim hangat dikatakan akan berkahwin kali kedua dengan seorang wanita, nama Sherry Ibrahim turut diperkatakan kerana ada yang berspekulasi wanita yang dimaksudkan ialah bekas kekasih Asyraf, iaitu Sherry.

Ternyata spekulasi tersebut tidak berasas kerana wanita yang dimaksudkan bernama Wan Sakinah, dan Sherry sendiri menafikan spekulasi tersebut dan mendakwa beliau sudah mempunyai kekasih yang baru melalui sebuah portal hiburan.

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah populariti Sherry yang semakin meningkat dengan mendadak sejak membintangi drama Teduhan Kasih dengan Adi Putra beserta Nabila Huda dan Zarina Zainuddin walaupun beliau sudah lama berada dalam industri.

Sinar Harian melaporkan, Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin dalam satu kenyataan memberitahu yang drama Teduhan Kasih yang disiarkan melalui Slot Akasia di TV3 mencipta sejarah tersendiri:-

Kami amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama ini dengan syer penonton sebanyak 53 peratus dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta.

Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara

Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah portal video, Tonton di mana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir.

Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web, Tonton.

sumber :http://beautifulnara.com/

Setakat Ini Saya Tak Benarkan Diri Ini Dirisik – Shila Amzah

Satu langkah yang bijak daripada Shila Amzah. Putus cinta baru-baru ini nampaknya mengajar Shila erti kesabaran. Buat masa ini, Shila enggan memikirkan soal cinta dan enggan merelakan dirinya dirisik oleh sesiapa sahaja.



Berkata kepada Berita Harian, nampaknya Shila telah redha dengan apa yang telah menimpa dirinya dalam perhubungan cinta antara dirinya dan Sharnaaz Ahmad. Kata Shila:-

Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula. Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya.

Baguslah kalau begitu. Memang setiap kejadian itu ada hikmahnya. Semoga Shila lebih fokus terhadap kerjaya. Lagipun Shila masih muda. Tak perlu terburu-buru dalam percintaan. Pasti suatu hari nanti Shila akan bertemu jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. Sama-samalah kita doakan.

sumber : http://beautifulnara.com/