Fesyen yang FAIL!

on Saturday, July 6, 2013


Shandy Aulia takut Bergelar Janda


Aktres popular Indonesia tidak sanggup hadapi kegagalan rumah tangga

Naik turun sebuah kehidupan menjadi lumrah yang harus ditempuhi setiap insan. Aktres yang melonjak lewat sinetron, Pacar Khayalan dan filem, Eiffel I’m In Love, Shandy Aulia turut merasai getir dalam mengejar cita-citanya.

Pelakon berusia 26 tahun itu mengakui, terlalu banyak dugaan yang menghalangi perjalanan kariernya malah pernah suatu ketika, dia berdepan kegagalan demi kegagalan.

“Setiap kita pernah mengalami jatuh bangun dalam kehidupan. Saya juga pernah gagal, tetapi saya enggan tunduk dan hanya pasrah kepada nasib,” katanya.

Pemain watak Tita dalam filem, Eiffel I’m In Love itu berkata, dia tidak pernah gentar untuk berdepan rintangan yang menanti di depan matanya.

“Sudah berkali-kali saya gagal, namun paling ditakuti kegagalan berumah tangga. Perkahwinan adalah cermin kehidupan, sama ada dalam karier saya atau hal peribadi lain.

“Keluarga bagi saya adalah pelita yang menerangi hidup,” kata isteri kepada ahli perniagaan, David Herbowo yang disatukan di Bali, Indonesia pada 12 Disember 2011.

Sedang berusaha untuk menyempurnakan sebuah biografi, Shandy berkata, tulisannya itu merangkumkan perjalanan hidupnya sejak kecil terutama membesar dalam keluarga berbeza pegangan.
Bapanya, Kemas Yusuf Effendy berasal dari Palembang dan menganut Islam, manakala ibunya, Elyse Dopong membesar di Manado dan beragama Kristian.

Ketika Shandy berusia 3 tahun, kedua orang tuanya memilih untuk membawa haluan sendiri. Shandy terpaksa berpisah dengan tiga kakaknya yang memilih untuk membesar bersama bapa mereka.

“Saya mulai biografi ini dari kecil, bagaimana saya membesar dalam keluarga berbeza agama. Ketika di bangku sekolah, saya di kelilingi lingkungan tidak sihat kerana pernah menjadi mangsa buli,” katanya.

sumber : http://www.bharian.com.my/

Dikejar Wanita Sejak Zaman Sekolah


Aaron Aziz dedah rahsia dalam program E! Special yang bakal disiarkan di tv, 7 Julai ini.

SEJAK dari zaman sekolah menengah lagi, Aaron Aziz sememangnya sudah popular. Popular kerana apa? Mungkin kerana mukanya atau hatinya yang ikhlas berkawan dengan semua orang.

Tetapi kebolehan dan kehebatannya dalam bidang lakonan memang tidak dapat disangkal lagi. Sememangnya semua itu yang membuatkan dia popular di mata seluruh masyarakat baik di Malaysia mahupun Singapura.

Menurut pelakon kelahiran Singapura ini, semasa berusia antara 15 dan 16 tahun, dia pernah dikejar golongan wanita di sekolahnya semata-mata untuk mendapat tandatangannya.

"Saya tidak tahu kenapa mereka (wanita) mengejar saya. Mahu kata saya popular, tidak juga. Tetapi apa yang menarik mereka minta saya menurunkan tandatangan dalam kasut mahupun beg mereka.

"Kalau dilihat saya memang berkawan dengan semua orang dan saya tidak sombong.

"Kalau hendak tahu, saya juga pernah mencintai seorang gadis ketika berusia 13 tahun. Tetapi malangnya cincin yang saya hadiahkan sebagai tanda cinta telah dibuang olehnya," katanya bersempena pelancaran program biografinya yang akan disiarkan menerusi saluran E! Entertainment.

Aaron merupakan artis pertama di Asia berpeluang muncul dalam program berjudul E! Special: Aaron Aziz yang akan disiarkan pada 7 Julai ini pukul 8.30 malam.

Kisah 'popularitinya' dan 'cintanya' itu sebenarnya merupakan antara babak yang akan dikongsi dengan para peminat menerusi program tersebut.

Dalam program itu, turut didedahkan adalah kisahnya terlibat dalam kumpulan gengster.

"Dulu semasa zaman muda, semua benda mahu kita ikut. Perasaan itu memang ada. Dan jangan terkejut kerana saya pernah menyertai satu kumpulan gengster di Singapura ketika zaman remaja.

"Oleh sebab itu, saya sering dianggap lelaki ganas sehingga ditakuti ramai orang namun pengalaman bergaul dengan golongan itu telah banyak mengajar dia untuk mengenali masyarakat di sekeliling.

"Tetapi berkawan dengan orang jahat tidak semestinya kita akan jadi jahat. Berkawan dengan mereka banyak mengajar saya menjadi bijak mengenali orang di sekeliling," katanya.

Aaron berkata, 30 peratus rahsianya akan dikongsi dan didedahkan dalam program tersebut, terutamanya mengenai kisah-kisahnya pada zaman kanak-kanak dan remaja.

"Inilah peluang saya. Sebenarnya saya tidak pernah berahsia dengan semua. Secara jujur, saya tidak sangka diberi peluang untuk menceritakan hal peribadi dan karier dalam sebuah program biografi khas di saluran hiburan popular dunia.

"Saya rasa inilah satu penghormatan dan penghargaan buat diri saya," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul menerusi program Raya Sampai Pengsan bersama Nabil Ahmad pada sambutan Aidilfitri ini di Astro Ria.

Selain itu, dia juga kini sibuk dengan penggambaran drama Tentang Hati (untuk saluran RTM) bergandingan dengan aktres Fasha Sandha dan bakal memulakan penggambaran filem Adam dan Hawa pada September depan.

sumber : http://www.utusan.com.my/


Koleksi Gambar Diana Amir Manis Bertudung

Lama tidak mendengar khabar si comel Diana Amir ini. Sejak bertunang dengan seorang pensyarah, memang tidak banyak berita yang terpampang mengenai dirinya. Terbaru, Diana Amir telah berkolaborasi dengan Melinda Looi untuk menghasilkan koleksi tudung yang dikenali sebagai “Diana Amir x emel“.

Kolaborasi mereka berdua ini memang cukup sempurna di mata penulis. Cantik-cantik semua tudung yang dikeluarkan. Tambah cantik apabila modelnya adalah Diana Amir. Pasti koleksi ini akan menjadi rebutan ramai lebih-lebih menjelang Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.







sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Raja Farah Cadang Ambil Anak Angkat Jika Takdir

Raja Farah menetapkan masa sehingga tahun depan untuk memperoleh anak sendiri dan memutuskan mengambil anak angkat jika ditakdirkan dirinya masih tidak mengandung.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 25, berkata, walaupun baru menjangkau tiga tahun perkahwinan, dia dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 28, sentiasa berharap untuk mendapat anak secepat mungkin selain sudah berbincang soal anak angkat.

"Ramai yang berkata, usia perkahwinan kami masih muda, jadi tunggu sahajalah rezeki anak yang akan kami peroleh kerana kami tiada sebarang masalah kesihatan. "Tetapi kalau nak menunggu masa, sampai bila? Kami perlu melakukan sesuatu. Mungkin rezeki anak sendiri masih belum tiba.

"Apa-apa pun, yang saya lihat sekarang ini, suami dah semakin mesra dengan anak buahnya. Mana tahu, Allah S.W.T mengizinkan kami untuk mendapatkan anak sendiri pula. Jadi kami tunggu sehingga tahun depan. Jika tiada apa berita, maka kami akan mengambil anak angkat," katanya kepada wartawan.

Tambah Raja Farah, dia dan suami tidak kisah dengan jantina bayi yang akan dijaga mahupun keturunannya asalkan dapat mengenali keluarga bayi berkenaan.

Sementara itu, bertanya mengenai perkembangan kerjaya seni, pelakon itu mengakui sejak berumah tangga, dia lebih senang melakukan kerja-kerja pengacaraan berbanding lakonan yang memerlukan masa lama.

"Suami tidak pernah menghalang saya berlakon namun dia ada memberikan syarat iaitu hanya boleh berada di lokasi penggambaran sehingga 11 malam sahaja.

"Sebagai seorang isteri saya terima syarat itu dan atas dasar itu juga saya mengehadkan aktiviti lakonan dan hanya mengambil watak yang sesuai sahaja.

"Tetapi apabila difikirkan kembali, syarat masa itu dilihat seperti kurang adil buat kru produksi dan pelakon-pelakon lain. Jadi saya fikir, lebih elok saya kurangkan lakonan dan fokuskan kerja-kerja pengacaraan," ujarnya.

Terbaharu, Raja Farah bakal muncul di program Rasa Halal Antarabangsa bergandingan dengan Akhtar Sahari di saluran Astro Oasis bermula 27 Jun 2013 (setiap Sabtu, 7.30 malam).

"Saya dan Akhtar merupakan pengacara baru selepas Heliza. Seronok juga mengacara program ini. Kami telah merantau ke Indonesia, New Zealand, Jepun, Sri Langka dan Uzbezkistan untuk meneroka makanan-makanan menarik dan halal buat masyarakat Islam.

"Walaupun pada mulanya suami agak keberatan mahu membenarkan saya keluar dari Malaysia, alhamdulillah, dia lepaskan juga saya untuk mengacara program ini.

"Malah dia juga menjaga jadual pemakanan dan rutin senaman saya agar saya tidak nampak berisi ketika mengacara program itu," tuturnya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Awek makan makanan menyerupai kemaluan wanita


Isu Maria Farida Menggelar Shahz Jazle Sebagai Buaya!



Aktres jelita pelakon cerita “Datin ghairah” , Maria Farida telah menggelar Shah Jaszle ataupun bekas teman lelakinya dengan gelaran ‘Buaya’ di mana beliau telah diminta untuk mengulas berita kontroversi Shah Jaszle ditangkap khalwat baru-baru ini.

Dipetik daripada Malaysian Digest, Maria telah ditemui sewaktu majlis memperkenalkan produk terbaru Habib Jewels dan Maria memberitahu bahawa dia sama sekali tidak terperanjat dengan berita tersebut, dan telah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku pada Shah kelak.

“Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri.”

“Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya sehingga sekarang. Cuma nasib dia kali ini paling besar,” ujarnya.

Maria enggan mengambil tahu berita mengenai bekas teman lelakinya itu namun begitu beliau bersimpati terhadap tunang Shahz, di mana berdasar kisah-kisah yang didengarnya, Redzwani Puteri seorang yang sangat baik.

“Kasihanlah pada tunang dia, dapat buaya macam tu. Lepas tu, satu dia(Shah) perdayakan. Sebenarnya saya malas dan memang tak ambil tahu lagi pasal hidup dia. Saya hanya dengar daripada orang sekeliling yang bercakap pasal hal kontroversi dia itu,” tambahnya lagi.

Shah atau nama sebenarnya adalah Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin dan Maria pernah menjalinkan hubungan selama beberapa bulan sebelum putus sekitar awal tahun 2011. Selepas berpisah, Shah pernah bercinta dengan Miera Liyana.

sumber : http://www.mazeermohamad.com/