Dikenali Kerana Bakat Yang Menonjol

on Sunday, July 7, 2013


KENANGAN bekerja menjadi maskot Along banyak mendedahkan Beto ke dunia lakonan

PELAKON Beto Kusyairy mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Kebanyakan yang menyanjungi lakonan figura bernama Nurkusyairy Zakuan itu adalah kerana sandaran bakat dan usaha keras pelakon itu yang dilihat semakin menonjol.

Satu persatu naskhah lakonannya meletakkan nama Beto semakin ke atas. Namun, empunya diri kekal merendah diri biarpun terlibat dalam banyak naskhah termasuklah telefilem Tersasar Di Jalan Mu, Runtuhnya Sebuah Dosa, Takbur Seorang Isteri dan Uri serta beberapa buah filem termasuklah Syaitan, Kami The Movie, Nur Kasih The Movie, Sesuatu Yang Tertinggal dan Chow Kit.

"Saya tidak anggap diri sudah popular. Bahkan tidak terlintas untuk memikirkan tentang hal itu kerana mahu memberi tumpuan terhadap kerja saya sebagai pelakon," ujar lulusan Diploma Perhotelan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berusia 33 tahun itu.

Dalam mencipta nama, Beto tidak berhenti-henti memburu naskhah-naskhah yang berkualiti. Selain bakal muncul dengan beberapa buah filem seperti Bravo 5, Balun dan Gila Baby, Beto kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem CEO.

Digandingkan bersama pelakon Remy Ishak, Christine Suzanne dan Deanna Yusoff dalam filem arahan pengarah muda, Razaisham Rashid itu, jelas Beto, dia tidak ragu-ragu biarpun bekerja di bawah arahan 'orang baharu'.

"Sebuah naskhah komedi boleh menjadi filem yang bagus jika pengolahannya dilakukan secara bijak. Sebagai seorang pelakon, menjayakan watak seperti yang diinginkan dianggap sebagai kejayaan biarpun bergenre serius mahupun komedi.

"Namun, soal pengarah baharu atau lama tidak menjadi masalah besar. Selepas latihan membaca skrip, kepercayaan saya kepada pengarahnya juga semakin bertambah," kata pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Tribute P. Ramlee pada Jun lalu menerusi telefilem Selagi Cinta Berzikir itu.

Filem CEO yang diterbitkan oleh ARAfilm Sdn. Bhd. mula menjalani penggambaran selama 25 hari sejak Jun lalu. Ia dijangka ditayangkan di pawagam seluruh negara pada suku pertama tahun hadapan.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Tidak Obses K-Pop

TIGA anak muda berjiwa seni lakon, menyantun bahasa dan pergaulan dalam satu acara. Seorang diterbangkan jauh dari Korea Selatan manakala puteri yang berdua lagi iaitu aktres kelahiran Malaysia sedang belajar selok-belok perjalanan seni negara yang sudah menempa fenomena di mana-mana.

Hanez Suraya, Kim Jin-sung dan Ezzaty Abdullah bersatu dalam rangka drama yang sama. Dengan tajuk Autumn Di Hatiku, drama 28 episod ini bakal menceriakan jiwa dan pandangan khalayak yang gemarkan sesuatu yang santai namun memberikan suasana cantik untuk ditonton.
Menyentuh tentang budaya, baik Hanez mahupun Ezzaty, mereka berasa beruntung kerana dapat mempelajari budaya luar. Ia merupakan pengalaman dan pembelajaran baharu buat mereka yang masih hijau dalam lapangan lakonan tempatan.

"Saya sebagai Nina perlu belajar bahasa Korea. Malah, saya juga dapat merasa memakai pakaian tradisional Korea iaitu hanbuk," ujar Hanez.

"Untuk watak Jaja yang obses dengan K-Pop, saya perlu mempelajari cara pemakaian orang Korea untuk sesuai dengan cerita. Jujurnya, saya sukakan lelaki Melayu yang berwajah Korea," ketawanya yang turut membawa seekor ular peliharaan bernama Baby ke sesi penggambaran.

Ironinya, walaupun cerita ini menerima penglibatan daripada seorang pelakon Korea Selatan dan mempamerkan orang tempatan yang gilakan K-Pop, ketiga-tiga pelakon ini mengaku tidak terikut-ikut dengan demam atau fenomena tersebut.

Segala pembelajaran dan kaji selidik hanya dilakukan atas nama pelakon dan karakter yang memerlukan mereka mendalami budaya Korea. Begitu juga dengan JS yang mengaku tidak minat dengan K-Pop dan wanita Korea yang dirasakan tidak mempunyai wajah dengan kecantikan semula jadi berbanding wanita Malaysia.

SAKSIKAN keceriaan dan gelagat Hanez (kanan), JS (tengah) dan Ezzaty dalam drama bersiri Autumn Di Hatiku yang disiarkan di portal Tonton pada setiap hari.
Ketawa Hanez mendengar celoteh JS bersambut dengan pandangannya tentang demam K-Pop. "Jujurnya, saya memang tidak minat dengan K-Pop. Entah kenapa, tetapi saya cuba menonton drama Full House kegilaan ramai untuk rujukan saya dalam drama Autumn Di Hatiku ini. Saya juga belajar bagaimana orang Korea berpakaian dan saya gemar melihat fesyen mereka," katanya.

Pandangan yang sama dilontarkan oleh Ezzaty yang sebelum ini terlibat dengan drama Tanah Kubur dan Epilog Cinta Kirana.

"Saya tidak obses dengan budaya Korea sama ada filem atau lagu-lagu mereka. Walaupun ramai rakan saya meminati K-Pop tetapi, saya tidak terdorong. Namun begitu, saya juga sempat menonton beberapa drama popular Korea seperti My Girl dan My Sassy Girl untuk rujukan," terang Ezzaty.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

Wang simpanan arwah bapa kanak-kanak didera habis



KUALA TERENGGANU - Nenek kepada tiga kanak-kanak adik-beradik yang didera oleh ibu kandung serta bapa tiri mereka di sini hujung Jun lalu terkilan kerana wang RM100,000 yang diterima Allahyarham menantu pertamanya akibat kemalangan telah habis dari simpanan.

Ramlah Che Kob, 58, dari Kampung Tanjung Surau Besar di sini mengsyaki wang tersebut telah dihabiskan oleh anak perempuannya, ibu kepada kanak-kanak itu bersama suami keduanya.

Wang itu dikatakan diterima oleh suami pertama anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas sebagai pemandu.

Bercakap kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, Ramlah tidak pula menyatakan sama ada wang tersebut bayaran dari Perkeso atau insurans.

Beliau hadir melihat tiga cucunya yang dirawat akibat deraan itu.

“Makcik memang sakit hati...(orang) ‘makan’ duit anak-anak yatim dan sanggup mencederakan mereka tanpa belas kasihan,” katanya.

Ramlah berkata beliau tidak sangka anak perempuannya itu sanggup bersubahat dengan suami barunya, mendera tiga beradik itu.

"Sejak anak makcik mendirikan rumah tangga lapan bulan lepas, cuma tiga kali kami berjumpa, dan selepas itu puas makcik mencari mereka tetapi tidak ditemui sehinggalah mendapat tahu kes dera ini,” katanya.

Sementara itu, kanak-kanak malang yang lebih mesra dengan panggilan Haikal berkata dia tidak sabar untuk pulang ke Johor bersama nenek sebelah Allahyarham bapanya.

"Saya hendak ikut nenek balik Kampung di Kota Tinggi dan tidak sabar untuk bersekolah," katanya.

Dalam pada itu nenek tersebut, Hasmah Abdul Rahman, 61, ketika ditemui di hospital berkata dia akan membawa pulang cucunya sebaik selesai menerima rawatan.

Menurutnya mereka telah lama terputus hubungan sejak ibu kanak-kanak ini berpindah ke Kuala Terengganu dan beliau segera datang bila dapat tahu cucunya telah dimasukkan ke hospital.

"Jika boleh mak cik nak ambik ketiga cucu ini balik ke Johor tapi nenek sebelah ibunya minta tinggalkan seorang untuk mereka. Jadi makcik akan bawa pulang Haikal dan adiknya (lelaki) yang berusia lima tahun.

Seorang lagi adik lelakinya berusia tiga tahun akan tinggal bersama ibunya.
"Mak cik akan jaga dia dan berikan pendidikan serta didikan agama yang cukup agar dia dapat melupakan peristiwa hitam ini," katanya.

Sementara itu, Pakar Pediatrik HSNZ, Dr Nor Zubaidah Kadir berkata seorang daripada kanak-kanak itu akan mengalami kecederaan kekal dan sebahagian jari kakinya hilang akibat penderaan itu.

Pihaknya masih memantau perkembangan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu selepas menjalani rawatan 25 Jun lalu.

Beliau berkata kini ketiga beradik ini masih di HSNZ untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka bertambah stabil.

"Ketiga beradik ini boleh berkomunikasi dengan baik namun kami masih memantau keadaan bagi mengelakkan mereka daripada trauma akibat penderaan itu," katanya.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Bekas PM Abdullah Badawi Dirawat Di IJN Kerana Radang Kaki



PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di bahagian kaki yang dialaminya, kata pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua.

Beliau berkata Abdullah, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.

"Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan dan kini Abdullah sedang berehat," katanya kepada The Star, ketika dihubungi pada SAbtu. Beliau turut mengesahkan Abdullah, dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit lain.

"Dalam istilah kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik dan Teoh mengakui bekas Perdana Menteri itu dirawat di IJN kerana pakar perubatan yang biasa merawatnya berada di sana," katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau telah bercakap dengan Abdullah selepas dimaklumkan beliau tidak sihat.

"Saya bercakap dengan Pak Lah menerusi telefon (dan) kini berada di IJN. Beliau tidak sihat (dan) marilah kita sama-sama berdoa beliau cepat sembuh," tulisnya di akaun twitter milik beliau.

sumber : http://mstar.com.my/

VIDEO ANJING COMEL YANG HANYA MEMILIKI DUA KAKI!






GAMBAR ANJING PELIK YANG MEMILIKI HANYA DUA KAKI BELAKANG | Anjing memerlukan 4 kaki untuk berjalan, tetapi pernahkah anda melihat anjing berjalan hanya dengan dua kaki sahaja? Anjing ini dilahirkan dengan kecacatan, beliau hanya mempunyai satu kaki depan dan ia perlu dibuang apabila ia berusia 7 bulan kerana telah berlaku komplikasi.



Tetapi, terima kasih kepada penjagaan pemilik anjing

MANUSIA SESAT PEMAKAN MAYAT!






ORANG YANG MEMAKAN MAYAT | Aghori adalah sebuah mazhab Hindu yang dipercayai sebagai sebahagian daripada Kapalika (kumpulan menyembah Tuhan Siva dalam bentuk yang melampau) dan Kalamukhas (muka Hitam). Mereka tinggal di Asia Selatan terutamanya di Varanasi dan Kashi, India.



Menurut Hindu kepercayaan Tuhan Siva adalah salah satu yang mensucikan perbuatan buruk dan orang-orang yang terlibat

TRANSFORMASI RUPA ARTIS HOLLYWOOD DI DALAM FILEM!



TRANSFORMASI WAJAH SELEBRITI HOLLYWOOD DI DALAM MOVIE | Kemahiran dan teknologi yang digunakan oleh penerbit filem di Hollywood merupakan yang terbaik di dunia. Filem akan diteliti dari setiap aspek baik dari aksi, dialog dan pastinya paras rupa pelakon dalam melakonkan sesuatu babak.




Heath Ledger sebagai Joker di "The Dark Knight".







Melissa Cowan jadi zombie di "The Walking Dead".