Lelaki lari bogel mati ditikam

on Sunday, July 7, 2013

Lelaki lari bogel mati ditikam | KUALA LUMPUR - Pertelingkahan antara dua lelaki di dalam sebuah bilik hotel dekat Cheras di sini semalam berakhir apabila seorang daripadanya, pelancong warga Vietnam maut akibat ditikam.

Dalam kejadian pada pukul 5.38 pagi itu, suspek, warga tempatan berusia 44 tahun yang hanya memakai seluar dalam mengejar mangsa sambil memegang dua bilah pisau dari sebuah bilik di tingkat empat hotel tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai bergaduh di dalam bilik sebelum suspek mengejar mangsa yang dalam keadaan bogel ke tingkat satu.

"Mangsa yang berusia 23 tahun diserang di kawasan tangga tingkat satu hotel berkenaan dan mati di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya ketika ditemui di Balai Polis Alam Damai di sini. - KO

Penggodam Malaysia Balas Dendam! Godam Balik Laman Web Bangladesh

hacked water mark

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan tindakan seorang penggodam (hacker) dari Bangladesh yang bertindak mengodam beberapa laman web di negara ini gara-gara tidak puas hati dengan layanan yang diterima pekerja asing negara itu di Malaysia.
Tindakan itu bagaimanapun tidaklah berakhir begitu sahaja.
Seorang penggodam tempatan bernama Donnazmi tampil membalas perbuatan pengodam Bangladesh itu. Penulis tidak tahu secara tepat bila serangan balas itu dibuat tetapi penulis yakin ia dibuat awal pagi tadi.
Antara laman web Bangladesh yang terkena serangan balas adalah laman web milik kementerian pelancongan negara itu.
Nah kau…ingat rakyat Malaysia ni apa kau nak tunjuk hebat….tahniah Donnazmi … niat untuk memberikan peringatan dan pengajaran sangat dihargai.
Berikut adalah senarai link laman web Bangladesh yang diserang. Ketika berita ini ditulis, sebahagian laman berkenaan telah mula diperbaiki oleh admin web berkenaan. -Mynewshub
hack 2
http://www.visitbangladesh.gov.bd/
http://www.pragotiindustries.gov.bd/
http://www.ago.gov.bd/
mirror : http://www.hack-mirror.com/79419.html
mirror : http://www.hack-mirror.com/79418.html
mirror : http://www.hack-mirror.com/79684.html
Hacked By Donnazmi
www.visitbangladesh.gov.bd

7 Wanita Mati Akibat Losyen Beracun Di Hospital Gleneagles?

fitnah

Sebenarnya jawapan kepada tajuk di atas adalah tidak. Kisah tersebar sebelum ini adalah penipuan semata-mata.
Berikut kenyataan yang dipetik dari fan page Polis DiRaja Malaysia;
SAMPEL WANGIAN ATAU LOSEN BERACUN : JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN
Kenyataan bahawa tujuh wanita mati di Hospital Gleneagles Ampang akibat menerima bungkusan mengandungi sampel wangian atau losen yang dikatakan beracun adalah tidak benar. Polis Kuala Lumpur telah membuat semakan dengan pihak hospital berkenaan dan mendapati bahawa laporan tersebut tidak berasas sama sekali. Dua tahun lalu hospital gleneagles juga pernah menafikan berlakunya perkara yang sama di hospital tersebut.
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin atau berita palsu tersebut. Tindakan tegas mengikut undang-undang yang ada akan diambil kepada sesiapa juga yang menyebarkannya
KENYATAAN BAHAWA TUJUH WANITA MATI DI HOSPITAL GLENEAGLES AMPANG AKIBAT MENERIMA BUNGKUSAN MENGANDUNGI SAMPEL WANGIAN ATAU LOSEN YANG DIKATAKAN BERACUN ADALAH TIDAK BENAR. POLIS KUALA LUMPUR TELAH MEMBUAT SEMAKAN DENGAN PIHAK HOSPITAL BERKENAAN DAN MENDAPATI BAHAWA LAPORAN TERSEBUT TIDAK BERASAS SAMA SEKALI. DUA TAHUN LALU HOSPITAL GLENEAGLES JUGA PERNAH MENAFIKAN BERLAKUNYA PERKARA YANG SAMA DI HOSPITAL TERSEBUT.
POLIS KUALA LUMPUR MENASIHATKAN ORANG RAMAI AGAR TIDAK MEMPERCAYAI KHABAR ANGIN ATAU BERITA PALSU TERSEBUT. TINDAKAN TEGAS MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG ADA AKAN DIAMBIL KEPADA SESIAPA JUGA YANG MENYEBARKANNYA. sumber

GEMPAR!! Mayat Rentung Masih Berasap Ditemui.



AMPANG - Mayat rentung yang masih berasap ditemui di tepi jalan menuju ke kawasan Lebuh Raya Ampang-Ulu Klang berhampiran menara tinjau Bukit Ampang di sini, awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Nazri Nawawi berkata, mayat yang dipercayai dibakar dengan tayar motosikal itu, ditemui orang awam kira-kira jam 10.45 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mayat berkenaan terbakar 100 peratus.
"Keadaan itu menyukarkan kita untuk mengenal pasti identiti serta jantina mangsa. Dokumen pengenalan diri miliknya juga tidak dijumpai.
"Bagaimanapun, masih terdapat kesan pakaian yang melekat pada badan mangsa," katanya.
Mohd Nazri berkata, pihaknya percaya mangsa baru sahaja dibunuh, sebelum ditemui orang awam.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh.
Katanya, sesiapa yang kehilangan kenalan atau ahli keluarga dimintahubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian, 03-42897222 atau pergi ke mana-mana balai polis terdekat.

SH.

Pelik, Wanita Berkahwin Dengan Jambatan

Pelik, Wanita Berkahwin Dengan Jambatan | Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia Jodi Rose membuat keputusan pelik apabila anggup berkahwin lantas menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.
Pelik, Wanita Berkahwin Dengan Jambatan

Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.

Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.

Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu. Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.

Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain.

Pelik, Wanita Berkahwin Dengan Jambatan

“Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan se@sual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat,” katanya.

Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.

“Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini,” katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya - kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.

Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. - Agensi

Shila Amzah Akur Andai Keluarga Pilih Calon Suami

Shila Amzah Akur Andai Keluarga Pilih Calon Suami | Setelah cintanya tersangkut dipertengahan jalan, akhirnya Shila Amzah menyerahkan soal jodoh dengan mana-mana lelaki pilihan kepada keluarga tanpa perlu untuk dia mempunyai hubungan cinta terlebih dahulu.
Shila Amzah Akur Andai Keluarga Pilih Calon Suami

Menurut Shila Amzah lagi, dia telah meminta ibunya, Fauziah Sarman untuk memilih mana-mana lelaki pilihan keluarga sekiranya ada yang sesuai untuk dijadikan suami.

"Memang saya meminta ibu carikan jodoh jika ada yang sesuai kerana pilihan mereka pastinya adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun, andai kata saya bertemu dengan lelaki pilihan sendiri, saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan," katanya.

Shila ditemui wartawan ketika majlis pra dengar album terbaharunya berjudul Shila Amzah, di Red Box, Pavillion, Jumaat lalu. Ini merupakan album pertama terbitan syarikatnya sendiri iaitu Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).

Menurut Shila lagi, bagaimanapun buat masa ini di mahu fokus kepada kerjayanya kerana masih lagi serik untuk menjalinkan hubungan cinta dalam masa terdekat.

Selepas kejadian kontroversi cinta Shila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad beberapa bulan lalu, dia kini lantang bersuara dan mengambil sikap lebih terbuka dalam melemparkan pandangan.

"Dahulu saya selalu berhati-hati dalam setiap kenyataan yang diberi mahupun kelakuan. Tapi saya dah penat sebab orang tetap kritik saya.

"Walaupun memohon maaf atas sesuatu kejadian, saya tetap dilemparkan dengan pandangan buruk dan akhir sekali saya yang sakit hati.

"Jadi lebih baik saya bersikap pentingkan diri dan lebih tegas jika ada yang cuba melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada saya," ujarnya.

Dalam pada itu, album terbaharunya memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri.

Menarik tentang lima lagu tersebut, ia mengisahkan pengalaman cinta yang pernah dilaluinya sebelum ini."Saya juga lebih terbuka dalam meluahkan isi hati saya kepada umum dengan cara menghasilkan lagi.

"Saya percaya lagu-lagu ini akan menjadi kenangan dan pengalaman hidup buat saya selama-lamanya dan juga buat orang yang mempunyai kisah yang lebih kurang sama dengan saya," katanya. sumber


Kesibukan Menghalang Izzue Islam Berbulan Madu

Kesibukan Menghalang Izzue Islam Berbulan Madu | Dek kerana kesibukan dan jadual kerja yang agak padat, Izzue Islam mengaku belum sempat membawa isterinya berbulan madu.
Kesibukan Menghalang Izzue Islam Pergi Bulan Madu

“Saya agak sibuk ketika ini dan belum berkesempatan membawa isteri bercuti untuk berbulan madu. Namun, saya bakal bercuti ke Hong Kong, Macau dan Disneyland bersama para peminat anjuran Safir Go Travel, jadi percutian ini boleh juga dianggap sebagai bulan madu untuk saya dan isteri,” kata Izzue Islam ketika ditemui baru-baru ini.

Izzue turut menyuarakan rasa terujanya untuk bercuti pada 15 Disember sehingga 20 Disember itu nanti memandangkan dia belum pernah bercuti di luar negara lagi. Ia juga adalah peluang keemasan baginya kerana percutian ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai pakej percutian bersama para peminat.

“Percutian selama 6 hari 5 malam tajaan Safir Go Travel ini sememangnya merupakan peluang keemasan yang dinantikan oleh saya kerana selain dapat bercuti, saya juga dapat bersama dengan para peminat secara lebih dekat lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Izzue juga sempat memberitahu beliau tidak menyesal membuat keputusan untuk berkahwin ketika namanya sedang menjadi igauan para gadis kerana baginya perkahwinan itu telah membuka dimensi baru dalam hidupnya kerana kehadiran isteri yang juga selaku pengurusnya itu membuatkan hidupnya lebih terurus dalam pelbagai aspek. sumber