Menurut Shila Amzah lagi, dia telah meminta ibunya, Fauziah Sarman untuk memilih mana-mana lelaki pilihan keluarga sekiranya ada yang sesuai untuk dijadikan suami.
"Memang saya meminta ibu carikan jodoh jika ada yang sesuai kerana pilihan mereka pastinya adalah yang terbaik.
"Bagaimanapun, andai kata saya bertemu dengan lelaki pilihan sendiri, saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan," katanya.
Shila ditemui wartawan ketika majlis pra dengar album terbaharunya berjudul Shila Amzah, di Red Box, Pavillion, Jumaat lalu. Ini merupakan album pertama terbitan syarikatnya sendiri iaitu Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).
Menurut Shila lagi, bagaimanapun buat masa ini di mahu fokus kepada kerjayanya kerana masih lagi serik untuk menjalinkan hubungan cinta dalam masa terdekat.
Selepas kejadian kontroversi cinta Shila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad beberapa bulan lalu, dia kini lantang bersuara dan mengambil sikap lebih terbuka dalam melemparkan pandangan.
"Dahulu saya selalu berhati-hati dalam setiap kenyataan yang diberi mahupun kelakuan. Tapi saya dah penat sebab orang tetap kritik saya.
"Walaupun memohon maaf atas sesuatu kejadian, saya tetap dilemparkan dengan pandangan buruk dan akhir sekali saya yang sakit hati.
"Jadi lebih baik saya bersikap pentingkan diri dan lebih tegas jika ada yang cuba melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada saya," ujarnya.
Dalam pada itu, album terbaharunya memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri.
Menarik tentang lima lagu tersebut, ia mengisahkan pengalaman cinta yang pernah dilaluinya sebelum ini."Saya juga lebih terbuka dalam meluahkan isi hati saya kepada umum dengan cara menghasilkan lagi.
"Saya percaya lagu-lagu ini akan menjadi kenangan dan pengalaman hidup buat saya selama-lamanya dan juga buat orang yang mempunyai kisah yang lebih kurang sama dengan saya," katanya. sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment