TUTORIAL HACK WIFI RUMAH JIRAN!

on Saturday, July 6, 2013






CARA HACK WIFI KAWASAN RUMAH ANDA | Pasti anda tercari-cari cara mudah untuk menggodam WiFi rumah jiran anda. Cara ini sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya dan tidak perlu kepakaran komputer yang tinggi untuk melakukannya. Jika anda mencari cara untuk menggodan dan hack WiFi di kawasan kejiranan anda, di sinilah tempatnya. Caranya mudah dan berkesan.

Hari ini, Mazeer akan ajarkan

Gaya Potongan Rambut Artis Yang Paling Popular Dari Dulu Hingga Sekarang

Selain penampilan, tatanan rambut menjadi identiti tersendiri bagi para penyanyi ini. Beberapa di antaranya bahkan disebut-sebut sebagai rambut yang paling ikonik. Siapa saja selebriti muzik dengan rambut yang paling popular sepanjang masa?

1. Marilyn Monroe


2. Elvis Presley


3. Grace Jones


4. David Bowie


5. Madonna

kredit to http://kamisembang.blogspot.com/

Gambar - Miera Liyana

Kegagalan hubungan cintanya bersama pelakon Shahrizal Jaszle atau Shah Jazle ternyata mempunyai hikmah yang besar buat pelakon Miera Liyana kerana ia mengajar gadis berusia 19 tahun ini agar tidak lalai kerana cinta.

Kata Miera, kalau sebelum ini dia menyangka pada satu fasa kehidupannya, cinta adalah segala-galanya. Namun kini menyedari pada usia muda masih banyak perkara yang boleh dilakukan bagi memajukan diri.



sumber :http://gelihatinya.blogspot.com/

Faizal Tahir Akui Diri Kena GAM

Baru-baru ini agak heboh juga diperkatakan dilaman sosial mengenai Faizal Tahir yang di gam oleh sebuah stesen televisyen tempatan terkenal, namun ianya telah dinafikan oleh yang dikira berpangkat juga didalam organisasi tersebut.

Kini menerusi portal Rotikaya, mereka menanyakan sendiri kepada Faizal Tahir tentang kes terbaru yang mengaitkan dirinya itu, bahkan apa yang menguatkan lagi desas desus tersebut adalah apabila satu-satunya program raya yang melibatkan dirinya telah dibatalkan secara tiba-tiba.

Menurut Faizal Tahir , tiada apa yang perlu diterangkan kerana padanya dia tahu apa yang berlaku dan pihak sana tidak berbincang untuk menyelesaikan kemelut ini.

“Bukan mudah menjadi public figure sebenarnya, setiap apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai pihak namun saya bersikap profesional. Untuk bercerita lebih lanjut mengenai kisah saya digam ini sebenarnya tiada apa nak komen namun apa yang boleh saya jawab ada satu program raya tapi tak jadi.”

“Bagi saya, jawapan yang saya beri, saya mahu pembaca dan pihak media sendiri membuat konklusi, it’s up to the people to judge. Jika ada yang mengatakan saya lantang mereka salah. Saya tidak mahu menjadi lalang, saya hanya bersikap jujur,” ujarnya yang ditemui semalam.

Faizal Tahir juga berkata, beliau lebih suka memilih untuk tidak memanjangkan cerita kerana tidak mahu mengaibkan pihak mereka.

“Saya tidak diberikan apa-apa notis, perbincangan mahupun melalui telefon yang mngatakan saya telah digam, tahu-tahu saja dah kena gam. Saya percaya dengan rezeki,” ujarnya lagi.

“Saya terus terang cakap jika ada orang yang mempertikaikan kelantangan suara saya di laman sosial saya tidak akan berubah. Buat apa ikut orang ‘kan? Saya tidak mahu menjaga hati orang kerana tidak memberikan kesan pun kepada perjalanan karier saya.”

Dalam pada itu, Faizal Tahir sempat berkongsi berita gembira apabila anak ke-5, Siti Nawar Malaeka selamat dilahirkan dan kini berusia sebulan lebih.

sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Koleksi Gambar Kereta Mewah TMJ

TMJ singkatan kepada Tengku Mahkota Johor sememangnya diketahui rakyat mempunyai agak banyak jumlah koleksi kereta mewah dan motorsikal. Di bawah merupakan 13 dari beberapa koleksi kereta mewah milik TMJ (kebanyakannya dari barat) yang memang sangat superb!!! Jom Layan...








sumber : http://kezoom.blogspot.com/

Fouziah Gous Fokus Persiapan Perkahwinan



Beberapa bulan lalu, pelakon cantik, Fouziah Gous sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya dan katanya akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini juga.
Disebabkan itu timbul pula khabar angin yang mengatakan pelakon ini akan melangsungkan majlis pernikahannya bersama tunang, Zhafran Yusof pada bulan September ini.

Namun perkara itu dinafikan oleh aktress ini dan menyatakan pihaknya masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk mengadakan majlisnya itu.

“Saya tak kata bulan September, lepas raya yang pastinya. Saya tunggu abang bagi tarikh, baru boleh jalan, dah ada tarikh nanti, saya akan beritahu” katanya.
Jelas Fouziah, apa yang pasti beliau akan mengadakan majlis perkahwinannya sebelum abangnya berangkat ke Amerika Syarikat untuk menguruskan perniagaannya di sana.
Sementara itu, aktress berambut panjang ini mengatakan beliau lebih fokus untuk menyiapkan segera perkara-perkara yang berkaitan majlis perkahwinannya kelak berbanding dengan persiapan raya.

sumber : http://the-faceblog.com/

Lelaki Ini Pakai Sangkar Kepala Untuk Berhenti Merokok


SEORANG lelaki Turki memakai sebuah sangkar kepala yang dicipta khas untuk berhenti merokok.

KUTAYHA, Turki - Seorang lelaki Turki di sini sanggup mencipta sebuah sangkar kepala dan mengunci kepalanya di dalam sangkar tersebut semata-mata kerana mahu berhenti merokok, lapor akhbar Turki, Hurriyet kelmarin.

Lelaki itu, Ibrahim, 42, yang berasal dari Kutayha, wilayah barat Turki menghasilkan sebuah sangkar berbentuk topi keledar.

Kuncinya pula diberikan kepada isteri dan anak lelakinya. Tindakan itu dibuat supaya dia tidak boleh membuka sangkar kepala tersebut untuk merokok ketika berada di luar rumah.

Ibrahim berkata, dia cuba mengubah tabiat merokok sehingga dua kotak sehari sejak 26 tahun lalu.
Akhbar sama melaporkan bahawa Ibrahim menghasilkan sangkar tersebut sejak dua tahun lalu. Sejak memakainya, dia sudah tidak merokok lagi.

sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/