Fouziah Gous Fokus Persiapan Perkahwinan

on Saturday, July 6, 2013



Beberapa bulan lalu, pelakon cantik, Fouziah Gous sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya dan katanya akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini juga.
Disebabkan itu timbul pula khabar angin yang mengatakan pelakon ini akan melangsungkan majlis pernikahannya bersama tunang, Zhafran Yusof pada bulan September ini.

Namun perkara itu dinafikan oleh aktress ini dan menyatakan pihaknya masih belum menetapkan tarikh sebenar untuk mengadakan majlisnya itu.

“Saya tak kata bulan September, lepas raya yang pastinya. Saya tunggu abang bagi tarikh, baru boleh jalan, dah ada tarikh nanti, saya akan beritahu” katanya.
Jelas Fouziah, apa yang pasti beliau akan mengadakan majlis perkahwinannya sebelum abangnya berangkat ke Amerika Syarikat untuk menguruskan perniagaannya di sana.
Sementara itu, aktress berambut panjang ini mengatakan beliau lebih fokus untuk menyiapkan segera perkara-perkara yang berkaitan majlis perkahwinannya kelak berbanding dengan persiapan raya.

sumber : http://the-faceblog.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment