Kini menerusi portal Rotikaya, mereka menanyakan sendiri kepada Faizal Tahir tentang kes terbaru yang mengaitkan dirinya itu, bahkan apa yang menguatkan lagi desas desus tersebut adalah apabila satu-satunya program raya yang melibatkan dirinya telah dibatalkan secara tiba-tiba.
Menurut Faizal Tahir , tiada apa yang perlu diterangkan kerana padanya dia tahu apa yang berlaku dan pihak sana tidak berbincang untuk menyelesaikan kemelut ini.
“Bukan mudah menjadi public figure sebenarnya, setiap apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai pihak namun saya bersikap profesional. Untuk bercerita lebih lanjut mengenai kisah saya digam ini sebenarnya tiada apa nak komen namun apa yang boleh saya jawab ada satu program raya tapi tak jadi.”
“Bagi saya, jawapan yang saya beri, saya mahu pembaca dan pihak media sendiri membuat konklusi, it’s up to the people to judge. Jika ada yang mengatakan saya lantang mereka salah. Saya tidak mahu menjadi lalang, saya hanya bersikap jujur,” ujarnya yang ditemui semalam.
Faizal Tahir juga berkata, beliau lebih suka memilih untuk tidak memanjangkan cerita kerana tidak mahu mengaibkan pihak mereka.
“Saya tidak diberikan apa-apa notis, perbincangan mahupun melalui telefon yang mngatakan saya telah digam, tahu-tahu saja dah kena gam. Saya percaya dengan rezeki,” ujarnya lagi.
“Saya terus terang cakap jika ada orang yang mempertikaikan kelantangan suara saya di laman sosial saya tidak akan berubah. Buat apa ikut orang ‘kan? Saya tidak mahu menjaga hati orang kerana tidak memberikan kesan pun kepada perjalanan karier saya.”
Dalam pada itu, Faizal Tahir sempat berkongsi berita gembira apabila anak ke-5, Siti Nawar Malaeka selamat dilahirkan dan kini berusia sebulan lebih.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment