Eksperimen 'Menjadi'

on Sunday, July 7, 2013


ASALNYA mereka hanya disatukan untuk menyertai acara Versus yang mengumpulkan kumpulan-kumpulan muzik untuk bersaing sesama sendiri. Tidak menyangka penubuhan Go Gerila ketika itu begitu 'menjadi', mereka sepakat untuk meneruskan agenda biarpun program tersebut sudah berakhir.

Menggunakan nama Go Gerila sebagai sebuah projek khas kumpulan muzik Aizat Amdan, Go Gerila turut dianggotai oleh Anas Amdan, Amir Jahari, Ruvi, Pito dan Ashraf yang bertindak menjadi tulang belakang selama ini.

"Memang pada asalnya Go Gerila hanya untuk program berkenaan. Tapi sebaik sahaja tamat program itu kami dapat lihat sambutan peminat begitu menggalakkan dan membuatkan semua bertambah semangat untuk buat sesuatu.

"Kemudian kami setuju untuk menghasilkan album khas Go Gerila untuk mereka yang selalu tertanya-tanya. Nampaknya album ini menjadi walaupun sedikit lewat," kata Aizat ketika ditemui baru-baru ini.

Hampir setahun menyiapkan album ini, Anas yang juga merupakan abang kepada Aizat menyatakan yang mereka terpaksa mencuri-curi masa untuk merakamkan lagu memandangkan banyak lagi projek lain yang harus diselesaikan dahulu.

Meskipun begitu, Anas tidak menafikan yang lagu-lagu dalam album BlackBox ini merupakan hasil eksperimen ke semua anggota kumpulan untuk menghasilkan muzik yang lebih segar, progresif dan dinamik seperti yang diimpikan.
"Selama ini semua orang berkarya mengikut cita rasa muzik masing-masing. Aizat mungkin lebih kepada pop dan orang lain lebih kepada jazz dan rock.
"Untuk cipta lagu dalam Go Gerila kita ketepikan muzik itu untuk bereksperimen sesuatu yang baru. Kita menghasilkan karya yang tak pernah kita buat untuk melihat sisi lain setiap ahli dan nampaknya semuaitu 'menjadi'," jelas Anas lagi.

Bagi Aizat hala tuju Go Gerila cukup jelas. Ini hanyalah kumpulan projek khas dan dia sendiri masih belum bersedia untuk meninggalkan terus kerjaya sebagai penyanyi solo demi kumpulan tersebut.
Cuma dia mahu memastikan reaksi peminat yang akhirnya akan menentukan hala tuju album yang mereka anggap 'belasahan' ini.

"Masih banyak perkara yang saya kurang berpuas hati terutama dalam aspek teknikal. Mungkin kecil bagi orang lain tetapi saya tetap rasa kurang sedap.
"Sejak awal lagi memang banyak pertembungan idea antara ahli Go Gerila sendiri. Masing-masing nak bawa haluan muzik sendiri ketika proses kreatif berlangsung.
"Tapi perkara ini yang kita mahukan sebab akhirnya menghasilkan sesuatu yang baru dan hebat. Walaupun berselisih pendapat tapi kita tetap sepakat pada akhirnya," tambah Aizat.

Berlainan pula hal dengan Amir Jahari. Dia yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-sembilan baru sahaja melancarkan album sulung yang berjudul Penghibur Jalanan bulan lepas.
Bagi Amir, walaupun ada suara-suara nakal yang mengatakan jarak antara album solo pertamanya dan album Go Gerila terlalu dekat dan bakal memberikan sedikit kesan negatif, dia tidak berpandangan begitu.
"Tidak ada apa yang perlu saya risaukan walaupun kedua-dua album ini dekat. Apa yang pasti kedua-dua album ini berlainan genre dan sudah pasti tidak memberikan apa-apa masalah pada masa hadapan.

"Peminat saya yang sudah tahu jalur muzik saya tetap akan membeli album saya. Sebaliknya untuk album BlackBox ini merupakan gandingan saya dengan ahli-ahli yang lain.

"Muzik yang kami tampilkan juga merupakan muzik yang memang lain. Kalau boleh saya mahu kedua-dua album ini mendapat sambutan dan meninggalkan impak kepada masyarakat," katanya jujur.
sumber : http://www.utusan.com.my/


Atlet SUKMA 2013 dakwa dirogol bergilir-gilir

Atlet SUKMA 2013 dakwa dirogol bergilir-gilir | Kuala Lumpur: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu.


Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.

Menurut sumber, selepas itu dia dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa lelaki berkenaan.BH

Che Ta Merajuk?

BETUL ke Rozita Che Wan merajuk panjang baru-baru ini? Macam-macam cerita yang Syed dengar pasal Che Ta sampaikan pelbagai versi cerita yang orang dok jaja perihal ibu anak dua ini. Kali ini bukanlah cerita tak baik pun. Cuma baru-baru ini ada rakan baik Che Ta beritahu Syed yang pelakon berkenaan merajuk panjang dengan buah hatinya. Mula-mula dia tak mahu cerita apa yang dah berlaku tapi akhirnya dia buka juga cerita.

“Aku dengar cerita yang Che Ta tu memang merajuk panjang dengan Zain Saidin. Bukan apa pun sebab Zain khabarnya semakin sibuk sejak akhir-akhir ini.

“Pendek kata nak telefon atau hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) pun dah tak kerap macam dulu. Orang tengah banyak job... maklumlah sekarang semua produksi tengah sibuk dengan drama dan telefilem untuk bulan puasa dan hari raya.

“Jadi satu hal pula untuk Zain memujuk kembali kekasihnya itu. Kalau nak ikut memang Zain tengah kerja keras kumpul duit nak kahwin. Bukan senang nak pikat Che Ta apatah lagi nak meminang pelakon berkenaan.

“Cukup-cukuplah rajuk tu Che Ta. Tak elok nak tarik muncung lama-lama. Jenuh pula Zain nak pujuk," kata temannya lagi.

Tak mengapalah dugaan orang bercinta ini macam-macam. Apa yang penting harap-harap perkahwinan yang mereka rancang hujung tahun ini menjadi. Ramai yang tak sabar nak tengok Che Ta naik pelamin.
sumber : http://www.utusan.com.my/

Cinta Lelaki Muda

DUA belas tahun menyepikan diri bukan satu tempoh yang singkat. Selama tempoh berkenaan dia mencari kebahagiaan diri tetapi akhirnya apa yang dihajati tidak kesampaian. Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta roboh dan memaksa Haida Hafiz bersendirian.
Takdir yang memisahkan mereka tidak pernah dibiar menguasai diri sebaliknya dia tahu ada hikmah di sebalik semua itu. Bagi Haida kemunculan semula di dalam industri ini bukan sekadar mencari populariti. Jauh sekali mahu bersaing dengan nama-nama besar sedia ada tetapi dia mahu 'menjual' bakat yang ada.

Pernah popular dengan lagu Dikir Rambong dan Zapin Usik Mengusik satu ketika dahulu, Haida bangkit melawan kesepian yang ditinggalkan. Biarpun isu penceraian begitu perit untuk diceritakan semua itu disimpan sebagai sejarah yang tak mungkin dilupakan sampai bila-bila.
"Tidak mungkin saya gembira dengan perpisahan tersebut. Tiga tahun secara rasminya saya bercerai dan itu bukan penamat kepada segala-galanya. Pernah satu ketika saya meratapi apa yang telah terjadi.

"Sebagai manusia saya tahu ini pelajaran berguna buat saya. Tidak mudah untuk menghadapi situasi berkenaan tetapi akhirnya saya boleh tersenyum sebab segala-galanya dapat saya lalui dengan baik. Tak ada lagi kesengsaraan sebaliknya saya tahu ini yang terbaik.

"Tipu kalau saya kata tidak pernah rasa sedih dengan perkara itu. Ini adalah proses kehidupan yang kita kena lalui. Saya pernah bertanya kenapa perkara ini terjadi tetapi saya yakin pada akhirnya sesiapa juga akan temui jawapan yang mereka cari," jelas Haida satu persatu.
Akui wanita yang berusia 31 tahun ini lagi dia tidak pernah menjeruk rasa dengan penceraian. Tidak ada istilah trauma seperti kebanyakan wanita lain yang menghadapi situasi ini sebaliknya dia optimis untuk meneruskan hidup seperti biasa.

Untuk mengubat keresahan hatinya dia mahu kembali ke dalam industri. Segala kesedihan sudah dibuang jauh-jauh agar tidak melemahkan semangat barunya untuk menerobos angkasa raya.

PengorbananTidak putus semangat untuk terus menyanyi, Haida tampil dengan single Lima Tahun Saja yang sedang diputarkan di corong-corong radio sejak sebulan lalu. Lagu ciptaan Panji itu mengisahkan tentang cinta bersama lelaki yang lebih muda lima tahun daripadanya.
Bagi Haida dia sebenarnya tidak ada masalah untuk menyanyi memandangkan dalam tempoh menyepikan diri berbelas tahun itu dia masih lagi memenuhi undangan nyanyian terutama daripada pihak korporat.

Jelasnya, sudah pasti dia banyak belajar terutama aspek vokal sebagai persediaan untuk muncul semula agar tidak dipandang rendah oleh orang lain.
"Nak buat kemunculan semula itu bukan mudah sebab memerlukan pengorbanan yang besar. Mujurlah saya ada kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi inspirasi agar dapat kembali macam dulu.

"Saya tak mahu tampil 'cincai'. Dari aspek lagu sampailah penampilan, semuanya saya sudah fikirkan sebelum ini. Alhamdulillah lagu Lima Tahun Saja pun nampaknya memberikan tuah apabila ia mudah diterima oleh peminat.
"Kisahnya ringkas mengenai cinta. Tidak ada kena mengena dengan diri saya pun lagu ini tetapi memang idea itu saya beri kepada Panji untuk buat lagu macam ini. Ada juga yang bertanya sama ada saya sedang bercinta dengan lelaki muda atau tidak.

"Ini sekadar lagu dan bukan kisah sesiapa pun. Tapi tak dinafikan yang memang ada orang muda yang lebih berani tampil ke hadapan. Pernah juga saya mengalami situasi digoda golongan itu baru-baru ini. Apa yang pasti mereka memang berani dan mengejutkan saya," katanya tertawa.

Bagi Haida dia kini lebih fokus memberikan tumpuan kepada kemunculan semula berbanding dengan kisah peribadi. Soal perkahwinan misalnya ditolak ke tepi dahulu agar apa yang dirancang menjadi kenyataan.
Menafikan hatinya sudah dimiliki buat masa ini akui ibu kepada Muhammad Al Hafiz Aminuddin, 8, masih belum mampu menentukan ke mana hala tuju status dirinya.

"Saya tidak pernah menetapkan syarat bila akan berkahwin semula. Saya yakin jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis dan sebagai manusia saya kena reda dengan semuanya. Sama ada cepat atau lambat itu sahaja," ujarnya.
sumber : http://www.utusan.com.my/



Jika unsur penagihan berulang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya

Jika unsur penagihan berulang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya | PUTRAJAYA: Daun ketum atau yang sama jenis dengannya boleh diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya jika terbukti mempunyai unsur dadah yang menyebabkan penagihan berulang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sekadar Hiasan

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang meneliti laporan daripada Kementerian Kesihatan dan berbincang mengenai perkara itu."Jika ia berada pada tahap yang mengikut pakar perubatan dari segi penagihan boleh menyebabkan berlakunya penagihan berulang maka tentu Akta Dadah Berbahaya boleh dipinda untuk memasukkan daun ketum atau sama kategori dengannya untuk diletakkan dalam kategori itu.

"Jika akta yang ada sekarang ini mencukupi untuk meletakkan daun ketum sebagai satu unsur dadah berbahaya, tentu ia boleh dilakukan dari segi pentadbiran untuk menguatkuasakannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari AntiDadah Antarabangsa di sini hari ini.Khamis lepas seorang Ahli Parlimen mengulangi gesaan agar undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum diletak di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding Akta Racun 1952.

Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) berkata gesaan itu berikutan masalah ketagihan daun ketum dalam kalangan anak muda di negara ini, terutama di kawasan utara, semakin serius sehingga melibatkan pelajar sekolah.Sementara itu, Zahid berkata sehingga tengah malam tadi skuad khas bagi membanteras dadah yang baru ditubuhkan kementerian menahan 200 pengedar dadah dengan kebanyakan tangkapan dibuat di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ditanya sama ada skuad khas ini akan turut melibatkan Polis Antarabangsa (Interpol), Zahid berkata setakat ini ia tidak melibatkan Interpol."Tetapi kita bekerjasama dengan Interpol mengenai sindiket dadah. Skuad khas ini hanya untuk kegiatan dadah Malaysia. Jika ia melibatkan sindiket antarabangsa memang kita akan sentiasa bekerjasama dengan Interpol," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Zahid berkata 67 peratus penagih dadah yang dikesan tahun lepas adalah remaja dan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun.Dengan penubuhan Skuad 1Malaysia iaitu sukarelawan antidadah di kalangan remaja dan belia yang kini mencecah 255,256 orang, Zahid berharap ia akan membantu memberi kesedaran mengenai bahaya dadah. - BERNAMA BH

Peritnya Putus Cinta



FATHIA belum terdesak untuk berkasih dengan mana-mana lelaki," tegas pelakon jelita Fathia, 25, apabila kerap dikaitkan dengan gosip bercinta sehingga menjadi bahan perbualan serius sejak kebelakangan ini.
Malah pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini semakin menyedari bahawa gosip membabitkan dirinya dengan lelaki seperti satu 'penyakit' berjangkit.

Sebelum ini Fathia pernah dikaitkan bercinta dengan kerabat diraja serta beberapa artis tempatan. Klimaks cerita cintanya semakin panas apabila terkini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Aiman Hakim Ridza Abdoh.
Gosip bersama hero drama Vanila Coklat berusia 24 tahun itu tersebar selepas kononnya mereka berpelukan secara terbuka di sebuah lapangan terbang di Selangor sekitar April lalu.

Biarpun Fathia menafikan perbuatan itu dan mengatakan hubungannya dengan Aiman hanya kawan baik namun nampaknya usaha menepis gosip tersebut sia-sia.
Ini kerana bahang cinta pelakon drama Stanza Cinta ini dengan Aiman semakin hebat diperkatakan oleh peminat industri hiburan tanah air ketika ini.

Ironinya Fathia dikecam kerana dilihat terlalu berlebihan memberikan publisiti terhadap hubungan 'cintanya' sedangkan Aiman enggan bercerita lanjut tentang perkara itu.
Mengulas keadaan tersebut membuatkan nada suara Fathia kedengaran beremosi. Dia nyata kesal terhadap apa yang berlaku.

"Memang dalam soal (cinta) orang perempuan yang terkena tempias yang lebih. Sebab kita tak tahu apa yang difikirkan oleh orang. Mungkin atas alasan itu juga Fathia enggan nak layan cerita macam ini sejak mula lagi.
"Fathia tahu kesannya akan kembali kepada Fathia sendiri. Dan dalam bab cinta ini, Fathia sebenarnya dah mula terasa hati sejak timbul cerita gosip Fathia bercinta dengan lelaki kenamaan sebelum ini.

"Fathia bersabar saja sebab Fathia tahu di mana kebenarannya. Dan tak sangka yang ada juga pihak yang berterusan mengata Fathia sehingga ke hari ini.
"Jujurnya kini Fathia dah tak kisah dengan apa orang nak cakap tentang Fathia. Biarlah orang nak berkata apa pun. Terpulanglah. Fathia dah tak hairan dah," katanya.

Mahu mengubat luka
Nada Fathia semakin mengendur saat menukar topik tentang keadaan dirinya yang baru lepas mengalami episod kelukaan selepas putus cinta kira-kira tiga bulan lalu.

Tanpa mendedahkan siapa gerangan bekas kekasihnya itu, anak sulung daripada tiga beradik ini juga mengakui sedang mengubat rawan hatinya.
"Fathia seperti wanita normal lain yang ingin disayangi dan menyayangi seseorang. Fathia juga mengalami saat kecewa apabila hubungan cinta yang diharapkan itu ada masalah.

"Pun begitu Fathia menyifatkan bahawa apa yang berlaku sebelum ini sebagai dugaan hidup. Kalau Fathia tak ada pengalaman hidup sebegini pasti Fathia tak boleh berfikiran matang.

"Justeru Fathia mengambil keputusan untuk mengikut arus kehidupan. Fathia lupakan kekecewaan lalu. Dan Fathia juga bersedia untuk menerima kehadiran lelaki lain selepas ini," katanya.
Mengulas tentang ciri-ciri lelaki idaman Fathia menyebabkan anak kelahiran Pulau Pinang ini terdiam sebentar.

Katanya, dia bukan seorang wanita materialistik dan memilih lelaki yang berpoket tebal. Dia juga bukan seorang yang mempunyai cita rasa tinggi dalam bab memilih teman lelaki.
Fathia hanya menginginkan seorang lelaki yang mempunyai kriteria sederhana. Tidak sombong dan mempunyai latar belakang pendidikan yang bagus.
Paling penting lelaki yang ingin mendekatinya itu perlu bijak mengambil hati Fathia dan berjanji untuk tidak membuatkan hatinya berdarah lagi.

Jadi apakah Aiman menepati ciri lelaki idamannya?
"Ya! Tetapi kami hanya kawan baik," tegasnya.

Menyentuh soal mahligai perkahwinan menerbitkan nada teruja Fathia yang menanam cita-cita untuk menamatkan zaman bujang sebelum mencecah 30 tahun.
Penuntut jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini mempunyai masa kira-kira lima tahun untuk mengejar cita-citanya bergelar peguam.
Selain itu Fathia yang cenderung dalam bidang kebajikan ini juga menanam hasrat untuk menaja golongan kurang berkemampuan satu hari nanti.
sumber : http://www.utusan.com.my/

Haram sisha,e-rokok : Perlu bukti saintifik

Haram sisha,e-rokok : Perlu bukti saintifik | SEREMBAN - Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.

Sekadar Hiasan

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk Dr Abdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kean dua produk itu terhadap kesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.


"Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok. Oleh itu, langkah awal kami ialah mengklasifikasikan sisha sebagai produk berasaskan tembakau. Semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan tembakau mungkin akan terpakai terhadapnya (sisha)," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Tafe di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata bagi rokok elektronik pula, ada pihak berpendapat produk itu kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok.Bagaimanapun, kata beliau, ada pula pihak yang mendakwa rokok elektronik boleh disalahguna dan oleh itu perlu diharamkan atau dikenakan peraturan.
Sekadar Hiasan

"Oleh itu, kami akan buat keputusan berdasarkan bukti yang dikumpul jawatankuasa teknikal ini, sama ada hendak mengadakan peraturan mengenainya (sisha dan rokok elektronik) atau mengharamkannya terus," kata beliau. - Bernama SH