Gambar Pelajar Malaysia Di Mesir Di Rompak Dan Di Kelar

on Wednesday, July 10, 2013

Gambar Pelajar Malaysia Di Mesir Di Rompak Dan Di Kelar | Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya bersejarah ini, malam kelmarin.
Gambar Pelajar Malaysia Di Mesir Di Rompak Dan Di Kelar

Menurut laporan myMetro, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajarjurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba dirompak penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki.

Kejadian itu telah mengakibatkan hidung mangsa bengkak dan mengalami pendarahan serius akibat ditumbuk penjenayah yang sebelum itu menyerang mangsa di tepi jalan 200 meter dari kediaman pelajar di Haiyul Asyar, di sini.

Gambar Pelajar Malaysia Di Mesir Di Rompak Dan Di Kelar

Seorang rakan mangsa, Abdullah Afif Said, 21, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan kaki pulang sebelum menyedari beberapa lelaki tempatan cuba menghampiri mereka.

“Saya yang tidak sedap hati kemudian mempercepatkan langkah sebelum dua daripada penjenayah itu menangkap seorang rakan saya, Abdul Rahman Ahmad, 21. Tiga lagi penjenayah yang muncul entah dari mana kemudian menangkap Mohamad. sumber


Tahniah Ira FM Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah Ira FM Selamat Lahirkan Bayi Lelaki | Tahniah diucapkan buat penyampai radio Era Fm, Ira atau nama sebenarnya Ira Mohd Amin, 29, setelah selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak pertamanya malam tadi.
Tahniah Ira FM Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Ira yang juga juga satu-satunya penyampai wanita pertama di Era FM yang sudah berumahtangga telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Mohd said Zahiril pada jam 11.27 malam tadi di Hospital Pakar DEMC, Shah Alam ditemani suami, Shahril Ezani Razali dan beberapa orang krew dari Era FM turut menunggu menyambut berita gembira di perkarangan hospital.

Menarik sempena kelahiran pertama bayi pertama Ira dan juga penyampai Era FM sendiri, para pendengar setia Era FM dan juga peminat-peminat Ira Mohd Amin berpeluang untuk mengikuti perkembangan serta detik-detik menyambut kehadiran anak sulung Ira secara langsung menerusi radio Era FM malam tadi.

Tahniah diucapkan buat Ira dan suami juga Era FM di atas kelahiran bayi sulung Ira yang merupakan bayi sulung untuk stesen radio di Malaysia! sumber


Terpaksa Tidur Dengan Mayat Rakan

Terpaksa Tidur Dengan Mayat Rakan | Seorang lelaki warganegara Thailand terpaksa mengikat seluar rakannya yang mati lemas dengan tali pengikat bot untuk mengelakkan mangsa hanyut dibawa arus selepas bot mereka terbalik di Sungai Kelantan, dalam kejadian yang berlaku pada malam kelmarin.
Terpaksa Tidur Dengan Mayat Rakan

Rakan mangsa lemas tersebut, Rosdi Che Mat, 36, terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya, Rosadee Korlaeh, yang juga warga Thailand, selama hampir 10 jam sebelum mereka ditemui.

Menurut Rosdi, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin, mereka dilaporkan keluar memancing apabila tapak enjin tercabut dan bot terbalik apabila sampai di kawasan tengah sungai.

Tambahnya lagi, beliau yang pandai berenang sempat berpaut pada bot manakala sebelah lagi tangan memegang Rosadee dan cuba menarik mangsa ke atas bot terbalik.

“Saya berjaya naik bot dan kemudian cuba beberapa kali cuba menarik dia (Rosadee) naik kerana dia tak tahu berenang tetapi gagal sebab kakinya tersangkut pada rantai sauh.

“Lama-kelamaan, dia tak bergerak dan saya terpaksa tambat seluar dia dengan tali pengikat bot supaya tak hanyut,” katanya semalam.

Tambah Rosdi lagi, dia terpaksa ‘bermalam’ bersama mayat rakannya itu sebelum mereka ditemui sebuah bot membawa pelajar kira-kira jam 7 pagi semalam.

“Saya tumpang bot itu sampai Tangga Krai dan buat laporan polis. Mayat dihantar ke Kota Bharu untuk urusan pengebumian,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintendan Nuraddin Wahab mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. sumber


Guna Kalimah Allah, Gereja Katholik Kemuka Bantahan Rayuan

Guna Kalimah Allah, Gereja Katholik Kemuka Bantahan Rayuan | Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh majalah mingguan Katolik the Herald.
   

Guna Kalimah Allah, Gereja Katholik Kemuka Bantahan Rayuan

Peguam S.Selvarajah berkata notis usul itu difail di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam. Beliau memaklumkan pemberita bahawa Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu.
   
Dalam perkembangan berkaitan, rayuan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) disebut untuk pengurusan kes hari ini di depan Timbalan Pendaftar Saiful Bahari Adzmi.
   
Kerajaan dan kementerian itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Dis 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.
   
Saiful Bahari menetapkan 10 Sept ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kerajaan memfailkan afidavit balasan dan pencelah memperbetul rekod rayuan serta rekod tambahan rayuan.
   
Kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Munahyza Mustafa manakala Majlis Agama Islam Negeri Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Melaka, yang menjadi pencelah pada prosiding itu, oleh peguam Abdul Rahim Sinwan.
   
Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.
   
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dan kalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
   
Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. - Bernama


#Nak tergelak pun ada, secara tiba2 kenapa harus guna kalimah Allah untuk merujuk tuhan Kristian? Dah terdesak sangat agama ni agaknya.... sumber


Gambar OldTown White Coffee Terima Sijil Halal Jakim

Gambar OldTown White Coffee sudah terima sijil Halal dari Jakim. Kalau sebelum ni, memang timbul banyak keraguan yang melanda Oldtown apabila produk makanan mereka tidak mempunyai status halal. Kini pengguna muslim khususnya tidak perlu risau lagi kerana JAKIM kini sudah meluluskan permohonan Sijil Halal berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh JAKIM. Pada 8 Julai 2013, kesemua cawangan di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim). Sementara di Singapura,  Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

oldtown

Gambar Penyerahan Sijil Halal Jakim Kepada OldTown

Majlis penyerahan sijil halal telah dilakukan oleh Dato’ Dr Ahmed Tasir ( Non executive chairman of OldTown White Coffee ) dan juga Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ), YBhg Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Hj Arsad.

oldtown-halal-2 

oldtown-halal-3

sumber


Gempar!!Babi mengamuk cederakan penduduk

Gempar!!Babi mengamuk cederakan penduduk | JEMPOL, NEGERI SEMBILAN - Penduduk di Kampung Bayai Lama, di sini gempar apabila seekor babi hutan mengamuk menyebabkan seorang warga emas cedera selepas tangan kirinya digigit haiwan itu, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Saerah Hassan, 82, berjalan seorang diri ke rumah jirannya kira-kira jam 4.30 petang sebelum secara tiba-tiba seekor babi betina seberat 70 kilogram meluru ke arahnya dan menggigit serta menyeretnya beberapa meter.Seorang penduduk, Mastura Jamaludin, 39, berkata, warga emas itu cedera teruk di pergelangan tangan kirinya setelah diserang babi hutan berkenaan, malah bajunya turut terkoyak akibat digigit haiwan tersebut."Nenek itu tidak dapat melarikan diri atas faktor usianya dan mujur dia diselamatkan orang kampung yang melalui kawasan berkenaan.

"Tidak lama kemudian pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol datang memberi rawatan susulan ke Hospital Jempol sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, semalam," katanya.Seorang lagi mangsa, Mohd Amin Mohd Joni, 39, berkata, dia terpaksa bertarung menyelamatkan diri hampir 30 minit apabila binatang itu bertindak mengejarnya.

Menurutnya, dalam kejadian sekitar 10.50 pagi itu, dia baru sahaja pulang dari kebun getahnya kemudian berehat di sebatang pokok kundang sambil menunggu rakannya."Saya ternampak seekor babi sedang tidur berhampiran motosikal rakan.”Tetapi secara tiba-tiba bangun lalu bertindak mahu menyondol menyebabkan saya terpaksa berpusing sekeliling motosikal sebanyak tujuh kali."Akibat ketakutan, saya mengambil keputusan memanjat pokok kundang bagi menyelamatkan diri," katanya yang merupakan mangsa pertama sebelum Saerah.

Penduduk, Norsilawati Hussin, 39, berkata, dia bimbang insiden tersebut berulang kembali kerana boleh mencederakan penduduk."Saya harap perkara ini dapat diatasi segera. Berikutan insiden ini, saya takut hendak keluar walaupun waktu siang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Bayai Lama, Ali Yusup berkata, pihaknya kini giat memburu babi hutan berkenaan."JKKK, anggota Rela dan Jabatan Perhilitan turut serta dalam operasi ini."Usaha mengesan babi hutan berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pemburu babi yang diberi kebenaran untuk tujuan tersebut," katanya.SH



Gadis 16 tahun khayal geng pecah rumah

Gadis 16 tahun khayal geng pecah rumah | MUAR  - Seorang remaja perempuan antara lima ahli kumpulan pecah rumah yang ditahan melibatkan rampasan bernilai kira-kira RM70,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh, di sini, kelmarin.Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah itu bersama rakannya berumur lingkungan 30an ditahan sekitar jam 6 pagi dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.


“Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan telah menemui sebuah kereta Proton Waja yang dicuri di Kandang, Melaka awal tahun lalu.“Selain itu, tiga paket kecil dipercayai dadah jenis syabu, 10 biji pil Eramin 5, satu komputer riba dan enam telefon bimbit juga dijumpai.

“Polis turut menemui peralatan pecah rumah seperti empat bilah parang, sebilah kapak, dua topeng muka dan satu besi pengumpil termasuk barang-barang seperti satu lesen memandu dan tiga kad kredit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Azman berkata, selain remaja perempuan itu, kumpulan berkenaan terdiri daripada suspek utama berusia 30an merupakan seorang peniaga buah-buahan, manakala tiga yang lain berumur 20an.Katanya, dua daripada lima suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kedua-duanya disabitkan kesalahan pada 2009.“Melalui saringan ujian air kencing, semua suspek positif dadah jenis syabu dan direman bermula semalam sehingga Isnin ini.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan kemungkinan ada saki baki ahli kumpulan yang masih bebas juga kes-kes lain yang dilakukan suspek,” katanya.Beliau berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan empat kes jenayah berkaitan ragut, samun dan curi kereta yang berlaku di Muar dan Melaka.“Kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 379A, Seksyen 397 dan Seksyen 392 kanun keseksaan serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.SH