Guna Kalimah Allah, Gereja Katholik Kemuka Bantahan Rayuan

on Wednesday, July 10, 2013

Guna Kalimah Allah, Gereja Katholik Kemuka Bantahan Rayuan | Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh majalah mingguan Katolik the Herald.
   

Guna Kalimah Allah, Gereja Katholik Kemuka Bantahan Rayuan

Peguam S.Selvarajah berkata notis usul itu difail di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam. Beliau memaklumkan pemberita bahawa Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu.
   
Dalam perkembangan berkaitan, rayuan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) disebut untuk pengurusan kes hari ini di depan Timbalan Pendaftar Saiful Bahari Adzmi.
   
Kerajaan dan kementerian itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Dis 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.
   
Saiful Bahari menetapkan 10 Sept ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kerajaan memfailkan afidavit balasan dan pencelah memperbetul rekod rayuan serta rekod tambahan rayuan.
   
Kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Munahyza Mustafa manakala Majlis Agama Islam Negeri Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Melaka, yang menjadi pencelah pada prosiding itu, oleh peguam Abdul Rahim Sinwan.
   
Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.
   
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dan kalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
   
Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. - Bernama


#Nak tergelak pun ada, secara tiba2 kenapa harus guna kalimah Allah untuk merujuk tuhan Kristian? Dah terdesak sangat agama ni agaknya.... sumber


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment