Kematian Chua kehilangan besar untuk sukan negara: Pemimpin hoki

on Thursday, August 1, 2013

chua-boon-huat1

MELAKA TENGAH: Kematian pemain hoki kebangsaan kelahiran Melaka, Chua Boon Huat, 33, dalam kemalangan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), dekat Kelana Jaya awal pagi tadi, satu kehilangan besar untuk negara.

Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata terlalu sukar mencari pengganti pemain berkaliber seperti Chua yang menyumbang kudrat sejak berusia 17 tahun mewakili Malaysia.

Katanya, mendiang Chua yang baru saja menerima insentif kemenangan aksi negara di Johor Bahru dan Doha Disember 2012 pada satu majlis diibu negara malam tadi juga banyak membantu kejayaan Malaysia di persada dunia.

Kehilangannya yang juga satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam skuad negara turut dirasai menjelang persiapan negara menghadapi Kejohanan Hoki Asia di Ipoh 24 Ogos hingga 1 September depan

Sementara itu, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Md Yunus Husin merakam takziah kepada keluarga Chua dan berharap tabah menerima berita mengejutkan itu.

Katanya, persatuan akan turut menyumbang kepada keluarga mendiang sebagai tanda keprihatinan dan kesedihan di atas kejadian yang tidak di sangka itu.

Jenazah mendiang dijangka dibawa balik keluarganya ke Taman Semabok Perdana di sini dan dijangka disemadikan Isnin ini. Sumber : bharian Online

Gambar kemalangan

c1 c2 c3 c4 c5

Manohara di Kritik Kerana Bersikap Tidak Malu Dengan Wartawan [4 Foto]



Manohara

Manohara Odelia Pinot adalah model belia kelahiran Jakarta, 28 Februari 1992. Lahir dari seorang ibu keturunan bangsawan Bugis, Daisy Fajarina dan ayah berkebangsaan Perancis, Reiner Pinot Noack, tak heran jika Manohara, nama panggilannya, mewarisi wajah dan bentuk tubuh yang rupawan. Namanya mulai melambung saat masuk ke dalam daftar 100 Pesona Indonesia oleh Majalah Harper’s Bazaar. Di usia yang masih belia ia sudah memiliki cita-cita mulia, yakni mempunyai sebuah yayasan sosial, guna membantu sesamanya yang kurang mampu. Sayangnya kehidupan model yang menyukai belajar bahasa dan seni ini tak seindah yang dibayangkan sebelumnya. Manohara harus menikah muda dengan seorang pangeran dari Malaysia, Tengku Muhammad Fakhry di usianya yang masih 16 tahun. Hal ini bermula dari pertemuan Manohara dengan Tengku Fakhry di bulan Desember 2006. Mereka dipertemukan dalam acara jamuan makan malam. Dari situlah, sang pangeran jatuh hati. Meski terpaut selisih usia, namun akhirnya kedua insan ini berpacaran dengan seijin ibunda Manohara, Daisy. Tak lama setelah itu, Tengku Fakhry menyatakan keinginannya untuk memperistri mantan kekasih Ardie Bakri ini. Pada 17 Agustus 2008, Manohara beserta keluarga berangkat ke Malaysia atas undangan keluarga Tengku Fakhry. Meski terkesan terlalu cepat dan sempat tidak menyetujui, namun akhirnya pasangan ini menikah pada 26 Agustus 2008. Ternyata pernikahan ini tak seindah bayangan sang Bunda, Daisy. Manohara ternyata tak bahagia dan kabur ke Jakarta melalui Singapura pada akhir 2008. Mengetahui sang istri kabur, Tengku Fakhri berusaha membujuk sang istri untuk kembali pulang. Tak tanggung-tanggung, sang pangeran menghadiahi Manohara dengan sebuah mobil di hari ulang tahun Manohara pada 25 Februari 2009. Tak hanya membujuk sang istri, Tengku Fakhry berusaha mengambil hati keluarga Manohara pula. Sang pangeran mengajak Manohara beserta keluarga untuk umroh di akhir Februari 2009. Di sinilah mulai terjadi peristiwa yang membuat sang bunda kalang kabut. Saat pulang, keluarga Manohara ditinggal begitu saja, sedang Manohara dan sang suami sudah dinaikkan ke pesawat. Sekembalinya ke tanah air, pada pertengahan Maret 2009, Daisy melaporkan kejadian ini kepada Raja Kelantan, Malaysia namun tidak ada respon hingga saat ini. Bahkan Daisy mendapatkan pencekalan di Malaysia.

Manohara yang namanya melonjak naik seperti roket ini nampaknya tidak segan silu untuk menunjukkan buah dadanya kepada umum.

Dari gambar yang kita boleh lihat dibawah, jelas sekali Manohara seakan-akan sengaja menunduk supaya para wartawan boleh mengambil gambar manohara seksi dengan menampakan separuh daripada buah dadanya.

adakah ini salah satu taktik Manora untuk meraih glamour. bukan ke dia dah glamour di Indonesia dan Malaysia. adakah ini caranya Manohara untuk mengekalkan keglamouranya?

Ibu rayu Fizz Fairuz dan Almy kembali bercinta

Sejak putus tunang dengan isteri orang, Azlyn Massiela pada 10 Februari lalu, Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, kini lebih berhati-hati dalam menjalinkan sebarang hubungan cinta dengan kaum hawa.

Terbaru, pelakon drama Nur Kasih ini dikatakan telah diminta oleh ibunya untuk kembali ke pangkuan Almy dan meletakkan syarat kepadanya agar berkahwin dua tahun lagi serta bertunang dua jam sebelum ijabkabul.

"Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor. Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy."

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Almy Nadia setakat ini, Fizz memberitahu dia masih berhubung dengan Almy tetapi sebagai kawan biasa.

"Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat. Sekarang ni kami dah jarang-hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi. Kami profesional dan boleh bekerjasama. Saya baru habis penggambaran dengan dia drama Seiring Sejalan Raya untuk RTM sebanyak 13 episod."
Sumber : plbgaimacam.blogspot.com

Benjy Ceraikan Safiya Buat Kali Kedua Dengan Talak Satu


Pelakon drama Benjy yang ditahan akibat kesalahan penyalahgunaan dadah baru-baru kini telah sah menceraikan isterinya buat kali kedua iaitu Safiya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pagi tadi.

Benjy menjatuhkan talak dihadapan Hakim Azwadi Mohamed Nor pada jam 9.40 selepas pasangan ini bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka secara baik. Benjy dan Safiya kelihatan tenang disaat lafaz cerai termerai, malah mereka berdua sempat bersalaman dan Bengy juga dilihat mengucup dahi bekas isterinya buat kali terakhir.


Setelah ianya selesai, Benjy melahirkan rasa syukur kerana segala urusan telah selesai dan dia akan meneruskan kehidupannya yang baru. Dia juga mengakui tiada kesefahaman adalah punca mereka memilih untuk berpisah namun masih lagi berkawan baik.


“Tak ada apa-apa yang boleh saya katakan lagi. Saya akan teruskan kehidupan baru saya selepas ini. Allhamdulillah semuanya telah selesai. Kalau hari sekolah, Firdaus dengan ibunya, bila cuti dia dengan saya. Atau kadang-kadang kalau rindu, saya datang jumpa dia.

“Kami bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi kami masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak kami, Firdaus secara bergilir-gilir”, katanya ketika ditemui diluar dewan mahkamah.
Pemilik nama sebenar Khaeryll Benjamin Ibrahim, 34 ini berkahwin dengan Safiya yang merupakan seorang mualaf pada 9 February 2004 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum ini, pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada 7 Julai 2008 namun mengambil keputusan untuk rujuk kembali pada hari yang sama.

Foto Keluarga Sharifah Shahirah Dan Zulkifli


Foto Keluarga Sharifah Shahirah Dan Zulkifli | Lama kita tidak mendengar kisah rumahtangga mereka nie kan kan. Mungkin mereka terlalu bahagia =). Disini kami selitkan beberapa gambar untuk tatapan pembaca.

Pelakon Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 38, bersama suami, Zulkifli Azhari atau Ijoy, 38 yang mendirikan rumahtangga 10 tahun yang lalu, 28 Februari 2003 kini sudah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Iaitu Airell, 8, Airra, 5 dan Auddra, 3. Dan difahamkan Sharifah ingin mahu menambahkan anak sebelum usia 40 tahun.

Selain itu helmet Sharifah Shahirah juga memang unik, siap ada nama dengan suami lagi, kena hantar ke pejabat dengan menunggang motorsikal berkuasa besar. Memang masyuk zapp2. -gambar Instagram ShieraIjoy

P/S : Comelnya =)

Ngeri : Gambar Kemalangan Maut Melibatkan Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat


Melalui komen yang diperolehi laman facebook yang mengongsikan berita sedih ini, Analisis Politik Terkini mangsa dikatakan terlibat dalam kemalangan jalanraya sekitar jam 3 pagi tadi.

Mengikut maklumat twitter dari harian metro, chua boon huat, 33, maut dalam kemalangan selepas
keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat kelana jaya.

Di bawah ini, admin sertakan screenshot dari halaman yang dimaksudkan;

Fizo Omar bergambar mesra dengan