MELAKA TENGAH: Kematian pemain hoki kebangsaan kelahiran Melaka, Chua Boon Huat, 33, dalam kemalangan di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), dekat Kelana Jaya awal pagi tadi, satu kehilangan besar untuk negara.
Timbalan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Datuk Nur Azmi Ahmad, berkata terlalu sukar mencari pengganti pemain berkaliber seperti Chua yang menyumbang kudrat sejak berusia 17 tahun mewakili Malaysia.
Katanya, mendiang Chua yang baru saja menerima insentif kemenangan aksi negara di Johor Bahru dan Doha Disember 2012 pada satu majlis diibu negara malam tadi juga banyak membantu kejayaan Malaysia di persada dunia.
Kehilangannya yang juga satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam skuad negara turut dirasai menjelang persiapan negara menghadapi Kejohanan Hoki Asia di Ipoh 24 Ogos hingga 1 September depan
Sementara itu, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Md Yunus Husin merakam takziah kepada keluarga Chua dan berharap tabah menerima berita mengejutkan itu.
Katanya, persatuan akan turut menyumbang kepada keluarga mendiang sebagai tanda keprihatinan dan kesedihan di atas kejadian yang tidak di sangka itu.
Jenazah mendiang dijangka dibawa balik keluarganya ke Taman Semabok Perdana di sini dan dijangka disemadikan Isnin ini. Sumber : bharian Online
Gambar kemalangan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment