Rita Rudaini Luah Kesedihan Di Instagram

on Tuesday, August 6, 2013

Rita Rudaini

Siapa yang tidak sedih apabila diceraikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut perayaan Aidilfitri.
Namun, sudah ketentuan Ilahi, Rita Rudaini terpaksa tabah dan redha dengan keputusan suaminya, Aidil Zafuan yang telah melafazkan cerai talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Ahad lalu.
Rita berkongsi luahan perasaan sedihnya mengenai penceraiannya itu dengan memuat naik status di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Rita Rudaini1
Rita Rudaini2
Untuk makluman, pasangan ini bernikah di Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Semoga Rita sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan yang menimpanya itu. Mynewshub

Anjing Digunakan Untuk Hina PM, Agama Islam

PM

Bulan ini memang bertemakan anjingkah?
Lepas satu, satu penghinaan dilakukan oleh individu tak bertanggung jawab. Kalau berleter, bukan naik berbuih lagi dah mulut tapi mungkin muntah hijau semata-mata nak menerangkan betapa sensitifnya isu anjing dengan masyarakat Islam.
Jadi boleh dirumuskan, ini bukan soal tak faham bahawa anjing lambang penghinaan jika dibuat main-main dengan orang Islam tapi ia memang sengaja dijadikan objek untuk menghina!
Seperti yang sudah kerap kali dijelaskan, anjing bukan binatang hina kerana ia pun makhluk tuhan juga. Tetapi, hukum Islam terutama yang mengamalkan Mazhab Syafie seperti di negara ini tidak membenarkan anjing saja-saja diulit oleh orang Islam melainkan untuk dijadikan pengawal rumah atau membantu pemburuan.
Justeru apabila perdana menteri kita yang sah-sah diketahui beragama Islam digambarkan membawa sekumpulan anjing ala bersiar-siar, itu adalah satu penghinaan yang jelas disengajakan.
Tindakan tidak bermoral ini dikenalpasti dilakukan oleh seorang anggota parti Keadilan. Walau apa pun alasan dia meng’crop’ wajah perdana menteri lalu ditampal pada pengembala anjing dalam gambar ini, ia bukan sekadar isu menghina UMNO lagi tetapi juga agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Harap-harap SKMM tidak terlepas pandang dan bertindak apa yang patut. Biar semua orang tahu, penghinaan pada agama lain di negara ini adalah sesuatu yang tidak boleh sewenang-wenangnya dimaafkan kerana ia boleh menggugat keharmonian negara. Mynewshub

Mangsa Cerita Diri Bakal Jadi Sasaran Tembak

Mangsa Cerita Diri Bakal Jadi Sasaran Tembak | Seorang saksi menceritakan detik dimana dia terdengar mangsa bercerita dengan rakannya tentang kemungkinan dirinya bakal menjadi mangsa tembak sebelum kejadian itu benar-benar berlaku dihadapan matanya.
Mangsa Cerita Diri Bakal Jadi Sasaran Tembak

“Saya terdengar lelaki itu menceritakan kepada rakannya ada orang diupah untuk menembaknya dan beberapa minit kemudian dia ditembak di depan mata saya.”

Itu kata Norhadiyana Zakaria, 25, yang menyaksikan seorang penoreh getah, Amirul Tajo Nasir, 40, mati ditembak enam das selepas bersahur di kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, Norhadiyana yang bekerja di kedai makan berkenaan turut terkena satu das tembakan di lutut kanan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Mangsa Cerita Diri Bakal Jadi Sasaran Tembak

Amirul yang baru selesai bersahur bersama dua rakannya di kedai itu mati selepas ditembak di dada, perut dan punggung oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal.

Norhadiayana berkata, dia memang mengenali mangsa yang menjadi pelanggan tetap gerai makan itu yang dibuka awal bulan lalu dan dimiliki ibu angkatnya, Zainab Derani, 44. sumber


Anak Pakai Baju Raya Pada Hari Kejadian

Datuk Dr Hasmiza Othman

IPOH – “Pukul 2 petang sebelum saya pergi ke Pulau Pinang pada hari kejadian, anak-anak saya dah pakai baju raya,” kata pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hasmiza Othman.
Mengenang kembali saat-saat akhir bersama dua anak lelakinya yang maut dalam kebakaran dua hari lepas, Dr Hasmiza berkata anak-anaknya masih memakai baju berkenaan ketika kebakaran itu.
Dalam kejadian melibatkan rumah penginapan pekerja produk kecantikan Vida Beauty di Meru Hills, Bandar Meru Raya pada 9 malam, Sabtu lepas tiga maut termasuk dua anak Dr Hasmiza, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, 11, dan adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin, 10, serta pekerja syarikat itu Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.
Muhammad Eddie dan Muhammad Eddry adalah anak pertama dan kedua dari empat beradik.
Dua lagi pekerja yang berada dalam rumah itu ketika kejadian, Khairul Anuar Abu Bakar, 32, dan Rofie Ismail, 31, berjaya menyelamatkan diri.
Dr Hasmiza berkata ketika kejadian beliau berada di Pulau Pinang atas satu urusan dan menerima panggilan telefon pada 9.10 malam, yang memaklumkan rumahnya terbakar.
“Saya tanya, rumah mana? Mereka jawab rumah pekerja. Meraka kata anak ada dalam rumah tu. Sesuatu yang mengejutkan kerana anak saya tidak pernah pergi ke situ. “Setiap malam mereka akan menunaikan solat Tarawih tapi malam tu tak pergi Tarawih, saya akur mungkin ajal sudah memanggil mereka sebab dah tiga kali nak lari keluar (dari rumah semasa kebakaran) tapi tidak keluar.
“Sebagai contoh, mereka dengar api, mereka turun ke tingkat bawah, tetapi kemudian naik semula ke tingkat atas, pekerja saya Khairul dah dukung dan pegang anak-anak saya, tapi Syamil kata dia tak boleh bernafas dan masuk ke bilik air, anak-anak saya meronta-ronta nak ikut Syamil, padahal bukan rapat sangat dengan Syamil,” kata beliau yang tidak dapat menahan sebak sepanjang sidang akhbar di kediamannya di sini, Isnin.
Dr Hasmiza berkata beliau difahamkan ada pekerja yang mengajak anak-anaknya ke rumah berkenaan sementara menunggu kepulangannya dari Pulau Pinang sebelum mereka ke rumah anak yatim berhampiran untuk menyampaikan sumbangan.
Rumah kediaman pekerja berkenaan hanya terletak beberapa meter dari rumah keluarga Dr Hasmiza dan pejabatnya.
Menyifatkan Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie sebagai anak yang soleh, beliau berkata mereka tidak pernah meninggalkan solat serta gemar membaca Al-Quran.
“Saya nak hantar mereka ke sekolah tahfiz tapi saya kata sebelum saya hantar, saya nak ajar puas-puas dulu supaya mereka dah pandai, dan cikgu perlu ajar sikit-sikit sahaja,” katanya sambil menceritakan ketika pulang ke rumah pada malam kejadian, sejadah yang digunakan anaknya masih terbentang sedangkan kebiasaannya mereka akan lipat sejadah itu selepas solat.
Meskipun Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie telah meninggalkannya pada usia muda, beliau berpuas hati kerana banyak meluangkan masa bersama serta memberi pendidikan dunia dan akhirat kepada mereka. “Saya juga tak rasa menyesal tidak tengok mayat anak-anak saya. Saya rasa cukuplah saya dah tengok mereka dalam keadaan memakai baju raya petang itu,” katanya.
Usahawan wanita itu juga berkata beliau sudah melihat sebahagian rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan dan akan menyerahkannya kepada pihak bomba selepas melihat keseluruhan rakaman itu.
Pada sidang media itu, Dr Hasmiza turut menunjukkan dua jam tangan yang dipakai kedua-dua anaknya ketika kejadian, dan beliau percaya mereka meninggal dunia akibat sesak nafas berikutan asap tebal kerana jam tangan berkenaan masih dalam keadaaan baik.
Beliau juga menolak kemungkinan kebakaran itu berpunca daripada mercun kerana ketika kejadian, anak-anaknya sedang bermain permainan video di tingkat atas rumah berkenaan. – BERNAMA

Aidil Enggan Ulas Cerai Rita Melalui SMS

Aidil Zafuan

PELAKON drama terkenal, Rita Rudaini dikatakan telah diceraikan oleh suaminya, yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak melalui SMS, semalam.
Berita itu dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Menurut akhbar tersebut, Aidil membuat keputusan itu selepas pemain bola itu bengang berhubung artikel ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ disiarkan.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku ‘perang SMS’ di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: “Aku ceraikan kau talak satu.”
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Sebuah stesen radio hari ini melaporkan Aidil enggan mengulas berhubung kisah cerainya itu kerana menghormati bulan Ramadan dan Syawal yang hampir tiba.
Aidil meminta semua pihak menunggu sahaja perbicaraan kesnya nanti untuk maklumat lanjut. – Sinar Harian

Kejam!!Mata Kucing Dicucuh Rokok,Mulut Digam

Kejam!!Mata Kucing Dicucuh Rokok,Mulut Digam

Sebelah muka kucing ini hangus dan berbau hangit seperti habuk rokok.Matanya merah dipercayai dicucuk dengan api rokok hingga masak kemerahan.Manakala mulutnya berbau gam dan melekat kuat.Sejenis gam yang kuat telah dimasukkan ke mulutnya.
Manusia apakah yang gembira diatas penyiksaan kejam keatas haiwan comel dan manja ini.Kucing bukanlah sejenis haiwan ganas seperti harimau.Haiwan lemah tak berdaya ini telah disiksa tanpa perikemanusiaan.Kemudian ditinggalkan derita..


Kalaula saya jumpa kucing ni..mesti nangis..sedih disitu jugak..huhu..
kesiannya..siapa la sampai hati buat dia mcm ni..


Pelik Dan Aneh! Wanita Dakwa Melahirkan Seekor Buaya

Pelik Dan Aneh! Wanita Dakwa Melahirkan Seekor Buaya

Pelik! Wanita Ini Mendakwa Melahirkan Seekor Buaya | Memang sukar diterima apabila difahamkan terdapat seorang wanita mendakwa dirinya telah melahirkan seekor buaya. Kelahiran itu berlaku sewaktu dirinya sedang melahirkan seorang bayi, kemudian keluar sebiji telur berwana putih. Justeru selepas itu, telur itu didapati pecah dan keluarlah seekor anak buaya. Ekoran daripada peristiwa itu, wanita ini telah menjadi perhatian di kawasan tempat tinggalnya.



Sinjai: Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya.

Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu.

Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan.

Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya.

Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya.

Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur. – Kompas