“Saya terdengar lelaki itu menceritakan kepada rakannya ada orang diupah untuk menembaknya dan beberapa minit kemudian dia ditembak di depan mata saya.”
Itu kata Norhadiyana Zakaria, 25, yang menyaksikan seorang penoreh getah, Amirul Tajo Nasir, 40, mati ditembak enam das selepas bersahur di kedai makan di Kampung Gong Mengkeleh di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, Norhadiyana yang bekerja di kedai makan berkenaan turut terkena satu das tembakan di lutut kanan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Amirul yang baru selesai bersahur bersama dua rakannya di kedai itu mati selepas ditembak di dada, perut dan punggung oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal.
Norhadiayana berkata, dia memang mengenali mangsa yang menjadi pelanggan tetap gerai makan itu yang dibuka awal bulan lalu dan dimiliki ibu angkatnya, Zainab Derani, 44. sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment