Hina Produksi Tempatan : "Baik Aku Duduk Rumah Melancap" - Irfan Roslan

on Wednesday, March 20, 2013


Nak kata namanya terlalu popular, tidak juga. Tapi pelakon lelaki ini pernah juga sesekali di sebut menerusi kemunculannya seperti dalam drama popular, Tentang Dhia (melakonkan watak Raffi) dan juga dramaJuvana (sebagai cikgu Azmee). Tetapi taraf lakonannya pun tidak lah terlalu bagus.

Namun selepas ini mungkin namanya lebih 'panas' ekoran kenyataannya yang didakwa mengutuk produksi tempatan dengan kata-kata yang kurang enak. Malah sekitar tahun 2010, Irfan pernah memberitahu yang ingin berhenti berlakon kerana tidak nampak yang bidang lakonan punya masa depan yang cerah.

Pelakon ini juga pernah mengutuk produksi Filmscape dengan mengatakan jalan cerita “Juvana” tidak bagus sedangkan pada masa itu dia turut sama berlakon dalam drama tersebut.

Pelik juga. Kalau betul naskah itu tidak bagus kenapa pula dia menerima tawaran membintangi drama terbitan syarikat milik pengarah berkaliber, Khabir Bhatia itu.


Menerusi status Facebook Irfan juga tertera kenyataan, dia dipanggil oleh sebuah produksi untuk menjalani semula penggambaran dalam satu drama bersiri. Irfan nampaknya seperti bengang kerana bayaran yang ditawarkan ciput (sikit) dan dengan lagaknya dia memberitahu, kepada mana- mana produksi yang tiada bajet, jangan menghubunginya. Hamboiii, bongkaknya. Industri kita ni kecil saja bang oi...
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment