Irma Hasmie Bakal Bergelar Ibu 29 Mac Ini

on Monday, March 18, 2013

Lama sudah kita tak mendengar khabar terbaru mengenai pelakon yang kini sedang sarat mengandung anak sulungnya, Irma Hasmie.

Irma dikhabarkan bakal bersalin pada 29 Mac ini dan bakal menimang anak lelaki sebagai permata sulungnya dengan suami, Redza Syah Azmeer.

Sejak dirinya mengetahui mengandung anak lelaki, Irma mengakui dirinya memang sangat kuat makan.

Irma dan Redza telah mendirikan rumahtangga pada 29 Jun tahun lalu selepas tiga bulan bertunang.

Mudah-mudahan proses bersalin nanti berjalan lancar dan semoga Irma dan anaknya sihat dan selamat sentiasa.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment