Namun begitu, menurut Pierre Andre sendiri, Ustaz Azhar Idrus masih belum memberikan kata putus sama ada mahu terlibat atau tidak dengan filem ini. Kata Pierre Andre:-
Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.Selama ini pun Abang Nara memang selalu layan ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus menerusi YouTube. Memang kelakar betul orangnya. Kalau jadilah UAI membintangi filem ini, nampaknya medium dakwah beliau akan berkembang ke layar perak pulak. Pasti ramai yang teruja nak menontonnya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment