Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

Gempar!!Tersepit di tingkap, lelaki maut.

on Sunday, July 21, 2013

Tersepit di tingkap, lelaki maut



Tingkap bahagian dapur di mana mangsa, Shaerol (gambar kecil) ditemui meninggal dunia akibat sesak nafas selepas tersepit di tingkap berkenaan di sebuah rumah di Taman Saz dekat Ipoh.

Ipoh: Seorang lelaki maut selepas tersepit di tingkap dapur rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, di sini, malam kelmarin.

Shaerol Damanhuri, 27, dipercayai sesak nafas selepas gagal meloloskan diri menerusi tingkap berpalang besi di rumah jirannya itu sekitar jam 11 malam, dengan hanya berseluar pendek.

Pemilik rumah terbabit yang mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan kesakitan seorang lelaki dari arah dapur rumahnya.

“Saya baru pulang ke rumah selepas membantu isteri berniaga di Pasir Putih. Saya terdengar jeritan meminta tolong dari arah belakang rumah dan selepas diamati saya terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang kesakitan tersepit di palang besi tingkap.

“Saya terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu. Pada mulanya saya sangkakan lelaki itu warga asing tetapi selepas dilihat dengan lebih dekat rupa-rupanya anak jiran yang hanya tinggal selang dua rumah dari rumah saya,” katanya.

Beliau berkata, beberapa minit kemudian polis tiba dan berjaya mengeluarkan lelaki itu tetapi mangsa didapati sudah meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas kerana tersekat terlalu lama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi dan anggota polis yang bertugas tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.
“Mangsa ketika itu hanya memakai seluar pendek manakala pakaian dan kasutnya diletakkan di tepi kaki lima bahagian luar dapur rumah dipercayai bagi memudahkan dia menyelinap masuk menerusi tingkap berkenaan.

“Polis terpaksa memotong palang besi tingkap terbabit bagi mengeluarkan badan mangsa. Bagaimanapun, mangsa didapati sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.

Dunia-dunia,anak jutawan dahaga kasih!

on Saturday, July 20, 2013

Dunia-dunia,anak jutawan dahaga kasih!

Rawang: Nyata kemewahan tak dapat menggantikan kasih sayang apabila seorang gadis belasan tahun kini terkurung di pusat pemulihan akhlak selepas ketagihan syabu, lantaran diabaikan ibu bapanya yang sibuk mengurus perniagaan dengan pendapatan lebih RM100,000 sebulan.

“Saya rasa tersisih kerana ibu bapa sentiasa sibuk, malah mereka langsung tidak mengambil tahu hal persekolahan saya sampaikan buku rekod kemajuan saya pun, pekerja ayah yang ambilkan,” kata gadis itu yang mahu dikenali sebagai Nurin, 19.

Menurutnya, tanpa kasih sayang ibu bapa, kehidupan yang sentiasa dibaluti kemewahan sesuai dengan status sebagai anak jutawan akhirnya menjerumuskan dia ke kancah penyalahgunaan dadah seawal usia 13 tahun.

“Sebagai jalan keluar daripada kesunyian hidup tanpa perhatian emak dan ayah saya mencari keseronokan dengan menghisap syabu selepas dipelawa teman lelaki yang berusia jauh lebih tua daripada saya.
NURIN bersyukur kerana kembali ke pangkal jalan.

“Sampai satu tahap, saya bukan sekadar menagih syabu, tapi turut terjebak dengan kumpulan pengedar apabila mengambil upah membungkus dadah,” katanya yang kini menghuni Rumah Insani dekat sini.

Alhamdulillah,dapat hidayah selang 30 minit

Alhamdulillah,dapat hidayah selang 30 minit

Shah Alam: Seorang wanita penganut agama Kristian akhirnya terbuka hati untuk mengucap dua kalimah syahadah selepas sekian lama memendam perasaan berbuat demikian hanya selepas 30 minit menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) rakan yang memaklumkan dia sudah memeluk Islam.
Beneda Dayabil Bontuyan, 41, dari Filipina berkata, niatnya untuk memeluk Islam dipendam sejak 2006, tetapi belum bersedia menukar agama sehinggalah jiwanya berasa kosong sejurus mengetahui rakannya itu sudah mengucap dua kalimah syahadah.
Katanya, ketika menerima SMS daripada rakannya kelmarin, dia juga ingin segera bergelar seorang Muslim.
“Ketika di Dubai pada 2006, saya pernah pergi ke sebuah masjid di situ untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, tetapi saya tangguhkan.
“Baru semalam, hati saya untuk bergelar hamba Allah semakin kuat apabila namanya sering bermain dibenak fikiran saya dan terasa jiwa seperti kosong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melafazkan dua kalimah syahadah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.
Beneda diIslamkan Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Ahmad Mustaffa Mohd Siddin.
BENEDA (tengah) dipeluk jemaah wanita sebaik mengucap dua kalimah syahadah, semalam.
Beneda berkata, dia memilih Nurul Hidayah sebagai nama Islamnya kerana bersesuaian dengan maksudnya iaitu cahaya petunjuk. “Saya anggap ini petunjuk Allah. Tidak pernah saya rasa setenang ini tatkala menyebut nama sang pencinta alam, Allah,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Islamic Outreach ABIM Khalid Abdul Samad berkata, seramai 40 sukarelawan akan menjadi tenaga pengajar melalui konsep mentor mentee.
Katanya, pengetahuan dan pengamalan asas mengenai Islam seperti fardu ain, mandi wajib, berwuduk dan menunaikan solat lima waktu akan diberikan penekanan.

Gempar!!Bayi Berusia 12 Hari Mati Dipanggang

Gempar!!Bayi Berusia 12 Hari Mati Dipanggang


Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.

Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter.

Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.

Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.



Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu.

Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya.

Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.

Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema.

Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia.

Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.

Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - Agensi

                                                                                   Sumber

Panas!!Penjenayah Tetap Berani Samun Biarpun Di depan Balai Polis

on Friday, July 19, 2013

Panas!!Penjenayah Berani Samun Biarpun Di depan Balai Polis 



Keadaan cermin tingkap tempat duduk penumpang sebelah pemandu yang dipecahkan suspek dalam kejadian di Simpang Lima, semalam.

Penjenayah Tetap Berani Samun Biarpun Didepan Balai Polis (2 GAMBAR) | PARIT BUNTAR - Walaupun terdapat sebuah balai polis berhampiran persimpangan lampu isyarat di Simpang Lima, di sini tidak menggentarkan sekumpulan peragut untuk memecah masuk sebuah kereta dan menyamun beg tangan milik seorang wanita, pagi semalam.

Mangsa dikenali  sebagai Eng Mooi, 29, berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, dia dalam perjalanan dari rumah di Taman Pekaka ke tempat kerja di Simpang Lima, di sini sebelum memberhentikan kenderaan di kawasan persimpangan lampu isyarat apabila lampu bertukar merah.

Menurutnya, kereta jenis Honda Civic yang dipandunya berada pada kedudukan keenam dari baris hadapan sebelum didatangi sebuah motosikal ditunggang dua lelaki yang berhenti di bahagian tempat duduk pemandu.

"Saya berasa hairan tindak-tanduk dua lelaki terbabit yang memberi isyarat kepada seseorang supaya datang ke kereta saya.

"Tidak lama selepas itu, saya menyedari terdapat sebuah motosikal lain yang turut  ditunggang dua lelaki dan diberhentikan di bahagian tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum memecahkan cermin kereta saya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Eng Mooi berkata, selepas memecahkan cermin itu, lelaki terbabit turut memasukkan badannya ke dalam kereta melalui cermin sehingga hampir keseluruhan badan, manakala kakinya dipegang oleh penunggang motosikal berkenaan untuk menstabilkan kedudukannya.

Jelasnya, dia yang cemas melihat tindakan lelaki terbabit dan cuba menumbuk suspek beberapa kali, bagaimanapun suspek lebih pantas meragut beg tangan yang diletakkan bersebelahannya.

"Setelah berjaya mencapai beg tangan saya, suspek segera keluar dari cermin kereta dan beredar bersama tiga rakannya yang lain.

Lokasi kejadian di mana kereta mangsa berhenti di persimpangan berlampu isyarat di Simpang Lima, Parit Buntar sebelum disamun.

"Berikutan kejadian itu, saya mengalami kerugian bernilai lebih RM1,000 selain kehilangan beberapa dokumen peribadi dan kerja yang penting," katanya.

Eng Mooi berkata, dia segera membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Lima selepas berlakunya kejadian tersebut.

"Saya turut bertanyakan penduduk tempatan mengenai kekerapan kejadian tersebut dan mereka menyatakan kawasan itu merupakan antara lokasi ragut yang kerap berlaku, terutama melibatkan pemandu wanita." katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kes kejadian dan menegaskan siasatan sedang dijalankan.-sinar harian

Panas!!Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan

on Thursday, July 18, 2013

Panas!!Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan 

 Nampaknya satu tindakan tegas diambil oleh Mahkamah Sesyen apabila tidak membenarkan pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dan mereka akan dipenjarakan. Baca laporan penuh yang dipetik dari AstroAwani.Com.


Pasangan Alvin Tan Dan Vivian Lee Dipenjarakan

KUALA LUMPUR: Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan. Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh diiacarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan Alvin Vivian atau menggelarkan mereka sebagai ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO. – Astro Awani Fuh

SAH!!Cavani sertai Lavezzi di PSG,pecah rekod Perancis!!

on Wednesday, July 17, 2013


SAH!!Cavani sertai  Lavezzi  di PSG,pecah rekod Perancis!!


Paris: Edinson Cavani tiba di Paris kelmarin untuk memuktamadkan perpindahannya ke Paris Saint-Germain (PSG), dengan sumber rapat berkata tanda harga 64 juta euro (RM267 juta) akan memecahkan rekod Perancis.



Penyerang Napoli berusia 26 tahun itu, penjaring gol terbanyak Serie A musim lalu dengan 29 gol, mendarat di Paris pagi kelmarin sebelum menuju ke sebuah hotel terkemuka di bandar raya itu untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

PSG kemudian mengumumkan akan mengadakan sidang akhbar malam tadi, mencetus spekulasi pemeriksaan perubatan berjalan lancar dan kontrak akan ditandatangani dengan segera.

Cavani dijangka mengikat kontrak lima tahun, menurut sumber PSG.

Lewat kelmarin, Pengarah Sukan PSG Leonardo dilihat meninggalkan hotel mewah itu dengan seorang penasihat kepada pemain Uruguay itu, yang digelar 'The Matador'.

Sekiranya pemain dari Amerika Selatan itu mengikat kontrak bersama kelab juara Perancis itu, dia akan beraksi di samping bekas rakan sepasukan Napoli Ezequiel Lavezzi dari Argentina.

Rekod perpindahan semasa Ligue 1 Perancis dicatat baru-baru ini apabila penyerang Colombia Radamel Falcao berhijrah ke AS Monaco dari Atletico Madrid dengan harga dianggarkan hampir 60 juta euro (RM250 juta).

Sekalipun Monaco mencuri tumpuan di Perancis pada musim panas ini, dengan pemilik bilionair dari Russia Dmitry Rybolovlev berbelanja sekitar 140 juta euro (RM584.8 juta) dalam usaha mencabar juara bertahan itu, PSG kini membayangkan hasrat mereka tidak ketinggalan berbelanja besar.

Kelab berpangkalan di ibu negara Perancis itu bagaimanapun cuba tidak mengendahkan khabar angin dalam akhbar sukan Catalunya minggu lalu mengenai kemungkinan pertahanan tengah Brazil Thiago Silva berpindah ke Barcelona.

Ejen Silva, Paulo Tonieto dipetik berkata: “Thiago seorang pemain PSG. Dia mempunyai kontrak dan menghormatinya.

“Desas-desus ini sama seperti tahun lalu tapi Silva seorang pemain PSG dan dia akan melunaskan kontraknya bersama kelab ini.” - AFP HM

Alvin dan Vivian boleh didakwa ikut banyak undang-undang termasuk Akta Hasutan

on Tuesday, July 16, 2013

Alvin dan Vivian boleh didakwa ikut banyak undang-undang termasuk Akta Hasutan

BANGI - Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee boleh didakwa mengikut banyak undang-undang termasuk Akta Hasutan akibat mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook. 

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bagaimanapun beberapapertimbangan perlu dibuat terlebih dahulu. 


\
"Ia ada banyak undang-undang. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) punya undang-undang.

Ada Akta Hasutan dan sebagainya. Jadi bergantung kepada undang-undang yang penaltinya dianggap terpakai.

"Tapi dalam menentukan untuk tuduhan itu dibuat kita terpaksa tengok dari segi undang-undang, fakta dan niat orang itu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Mengenai Jenayah Siber: Cabaran Praktikal dan Trend Semasa di sini hari ini.

Semalam pasangan itu hadir di pejabat SKMM di ibu negara bagi memberi keterangan.

Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.

Semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengenai kes Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian, Abdul Gani berkata siasatan boleh dilakukan terhadapnya meskipun mempunyai 'immunity' sebagai duta.

"Kalau dia buat salah sesiapa pun boleh diambil tindakan undang-undang. Tapi yang mustahak betul ke tidak dia ada buat salah.

"Siasatan pun boleh dijalankan kepada dia tapi bergantung kepada keadaan.

Mungkin mereka mempunyai 'immunity' itu seperti yang diberikan kepada duta," katanya. - Bernama SH

Makin menjadi-jadi!!Doktor wanita putus jari ditetak penyamun!


Makin menjadi-jadi!!Doktor wanita putus jari ditetak penyamun!


KUALA LUMPUR - Seorang doktor wanita putus ibu jari kiri akibat ditetak penyamun bersenjatakan parang sebaik mangsa keluar dari polikliniknya di Jalan SS19/6, Subang Jaya dekat sini awal hari ini.

Sekadar hiasan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mangsa juga hampir terputus jari kelingking kiri serta cedera di lengan kiri akibat kejadian itu.

Ketika kejadian pada 1.20 pagi itu, mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an diserang suspek ketika menuju ke keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta sebelum merampas beg tangan mangsa.

Yahaya berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat pengadu, dia dimaklumkan tentang kejadian itu selepas diberitahu isterinya yang merupakan pembantu poliklinik itu.

"Pengadu yang bekerja sebagai pemandu doktor berkenaan telah menghantar mangsa ke Sime Darby Medical Centre Subang Jaya untuk dirawat dan keadaannya kini stabil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya suspek dipercayai melarikan diri menunggang motosikal Honda EX5 bersama seorang lelaki lain. - Bernama SH

Sekeping surat dan RM50 di sisi mayat bayi depan pintu masjid


Sekeping surat dan RM50 di sisi mayat bayi depan pintu masjid

Kulaijaya: Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam balutan kain putih apabila diletakkan dalam sebuah bakul yang ditinggalkan berhampiran pintu pagar Masjid Jamek Ar-Raudah dekat Saleng di sini, awal pagi tadi.  



Sekadar Hiasan

Saksi yang juga noja masjid, Hassan Mohd Tap, 63, berkata penemuan mayat bayi itu disedari apabila seorang jemaah mencurigai sebuah bakul bayi ditinggalkan berhampiran pintu pagar masjid sebelum solat Subuh.

"Curiga keadaan itu, jemaah berkenaan memeriksa keadaan bakul terbabit sebelum terkejut besar apabila mendapati ia mengandungi mayat seorang bayi perempuan, sebelum bergegas memaklumkan kejadian itu kepada kami semua yang berada dalam masjid.


"Ketika turut sama melihat keadaan mayat bayi itu, saya dapati satu sampul surat mengandungi sekeping nota diletakkan pada sisi mayat bayi terbabit yang dipercayai ditulis seorang wanita yang memohon jemaah masjid ini supaya menyempurnakan jenazah anaknya.

"Turut disertakan sekeping RM50 dalam sampul surat sama," katanya ketika ditemui di masjid itu, tengahari tadi. BH

2 beranak parah ditembak sebelum sempat ke terawih

2 beranak parah ditembak sebelum sempat ke terawih

Ipoh: Dua beranak yang sedang bersiap ke masjid untuk solat Tarawih parah ditembak perompak di rumahnya di Taman Sejahtera di Kampar di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, lelaki berusia 51 tahun ditembak dari jarak dekat di perut mengakibatkan peluru tembus ke belakang dan mengenai paha kanan anak lelakinya yang berusia 13 tahun. 

Mangsa ditembak di hadapan pintu masuk rumahnya ketika cuba melibas parang ke arah suspek. - Foto Muhammad Apendy Issahak 

“Suspek turut melarikan wang tunai RM6,000, dua telefon bimbit, seutas rantai leher, cincin dan loket emas milik mangsa” A Paramasivam, Timbalan Ketua Polis Perak
Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata sebelum kejadian, ketika bekas tentera itu yang menjalankan perniagaan kedai runcit berada di ruang tamu bersama isteri dan dua anaknya, tiga lelaki bertopeng bersenjata parang menyerbu rumahnya.

Tiga lelaki bertopeng serbu rumah mangsa

Lelaki terbabit merampas dua telefon bimbit, kad pengenalan, buku akaun bank, buku cek, kunci rumah dan kunci kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hi-Lux yang diparkir di luar rumah.

Suspek yang menaiki PROTON Perdana kemudian cuba melarikan Hi-Lux sebelum mangsa yang tidak mengetahui kumpulan itu bersenjata api, cuba melawan dengan melibas dengan parang tetapi tidak menepati sasaran.
Gagal curi Hi-Lux

“Suspek kemudian mengeluarkan pistol dan menembak perut mangsa sebelum melarikan diri menaiki PROTON Perdana selepas gagal melarikan Hi-Lux,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Paramasivam berkata, perompak itu kemudian menghala Langkap sebelum merompak sebuah Hi-Lux dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun berdekatan kilang besi di Jalan Kampar-Langkap, kira-kira jam 9 malam.

“Suspek turut melarikan wang tunai RM6,000, dua telefon bimbit, seutas rantai leher, cincin dan loket emas milik mangsa,” katanya.

Paramasivam berkata, berikutan kejadian itu, polis melakukan Ops Tutup dan berjaya mengesan sebuah PROTON Perdana yang berpatah balik sebaik melihat sekatan jalan raya di Jalan Air Kuning-Tapah, kira-kira jam 11.30 malam.

Polis berjaya menahan lelaki berusia 33 tahun berasal dari Taman Orkid, Teluk Intan, selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya cuba melarikan diri.

“Suspek yang patah kaki dan cedera di kepala mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah dan curi. Dia dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI). Siasatan mendapati PROTON Perdana itu adalah kereta yang dicuri di Puchong, Selangor,” katanya BH

Peluk mayat kekasih selama sejam

on Monday, July 15, 2013

Peluk mayat kekasih selama sejam | GEORGETOWN - Perbalahan antara sepasang kekasih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), berakhir dengan tragedi menyayat hati.


Teman wanita yang berusia 22 tahun ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 17, di Flat Taman Utara, Batu Uban, di sini, kira-kira jam 1.20, awal pagi, semalam.

Mayat mangsa, Lau Kah Kah, dijumpai oleh teman lelakinya, Yeoi Khoon Xing, 21, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kaki lima flat itu.

Difahamkan, Khoon Xing bergegas ke tempat kejadian apabila mendapati teman wanitanya berhasrat membunuh diri namun tidak sempat menghalang mangsa daripada mengambil tindakan drastik itu.

Khoon Xing yang berbaring di sebelah Kah Kah yang sudah tidak bernyawa terpaksa dipujuk hampir sejam oleh anggota polis selepas dia enggan melepaskan mayat teman wanitanya.

Penduduk di situ memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis setelah terdengar bunyi benda terjatuh diikuti jeritan kuat seorang lelaki.

Dalam pada itu, menurut adik si mati yang enggan dikenali, dia melihat kakaknya dalam keadaan muram ketika membalas dan SMS serta panggilan telefon daripada teman lelakinya.

 Kemudian, dia melihat kelibat si mati, Lau Kah Kah yang juga pelajar kolej kelihatan keluar dari rumah dan berlegar-legar di kawasan balkoni flat rumahnya, sebelum dia dipercayai terjun dari tingkat 17, pangsapuri itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, polis akan menjalankan siasatan terperinci dengan mendapatkan maklumat daripada adik si mati dan teman lelakinya.

“Polis turut mengambil kira kandungan SMS yang dipercayai menjadi motif si mati bunuh diri. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk menemu ramah abang si mati di rumah mayat HPP tidak berhasil kerana dia masih trauma dan bersedih dengan kejadian menimpa adiknya.
Keterangan Gambar Sumber

Jais tak teragak-agak ambil tindakan terhadap Alvin dan Vivian

Jais tak teragak-agak ambil tindakan terhadap Alvin dan Vivian

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap pasangan yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar kontroversi sehingga menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pasangan kontroversi, Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, kerana memuat naik gambar sedang menikmati hidangan tidak halal dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.

Tegasnya, tindakan pasangan terbabit boleh disabit salah sama seperti penganjur program di Damansara Utama Methodist Church yang dipercayai cuba mengkristiankan umat Islam pada bulan puasa tidak lama dahulu.

"Jais berpendirian tidak sepatutnya perkara itu dibiarkan berlaku.

"Sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum, sepatutnya mereka menghormati keharmonian antara kaum dan agama yang dipupuk sejak 50 tahun lalu.

"Seperti isu-isu lain, kalau terbukti mereka menghina dan persendakan Islam, kita akan ambil tindakan seperti kes gereja tidak lama dahulu," katanya kepada Sinar Harian Online selepas merasmikan Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas perbuatan tidak bertanggungjawab dua remaja terbabit yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh tersebut, Jumaat lalu.

Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal.

Dalam pada itu, Marzuki menegaskan sepatutnya bulan puasa dimanfaatkan untuk memperbaiki iman dan ketaqwaan kepada ALLAH, bukannya menimbulkan kebencian sesama insan.

Menerusi Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan anjuran Bahagian Dakwah Jais dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu tegasnya, sekaligus dapat membendung budaya negatif yang kerap kali dimanipulasikan sesetengah pihak di media sosial.

"Kita harap program berbentuk Islamik ini dapat menyuburkan keimanan dan mempertingkatkan jati diri khususnya masyarakat," tegasnya.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi, dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore untuk memberi keterangan hari ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa kedua-dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan.

"Kami telah memanggil pasangan tersebut. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok (hari ini)," katanya.

Sementara itu, Marzuki turut menegaskan, sepatutnya bulan Ramadan sepatutnya dimanfaatkan untuk memperbaiki iman dan ketaqwaan kepada ALLAH, bukannya menimbulkan kebencian sesama insan.

Menerusi Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan anjuran Bahagian Dakwah Jais dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu tegasnya, sekaligus dapat membendung budaya negatif yang kerap kali dimanipulasikan sesetengah pihak di media sosial.

"Kita harap program berbentuk Islamik ini dapat menyuburkan keimanan dan mempertingkatkan jati diri khususnya masyarakat," tegasnya. Sumber

Mrkopilekat ulas : Lawak  tak kena tempat!!

Gempar!!3 Kes tembakan di tempat beransingan! 2 maut, 3cedera!!

Gempar!!3 Kes tembakan di tempat beransingan! 2 maut, 3cedera!!

Remaja maut kena tembak lima kali

Dua rakan lepak bawah jambatan diserang

Butterworth: Seorang remaja maut, manakala rakannya cedera apabila terkena lima das tembakan yang dilepaskan secara rambang dalam satu kejadian di Ujong Batu, Bagan Dalam di sini, malam kelmarin.

M Ravindran, 19, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat kecederaan teruk di kepala dan rusuk kiri, sementara rakannya S Leenesh, 18, yang cedera di rusuk kanan masih dirawat dan keadaannya dilaporkan stabil.

Larikan diri

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kedua-dua remaja berkenaan yang juga rakan baik sebelum itu dikatakan sedang berbual di bawah jambatan yang dipercayai menjadi tempat mereka melepak hampir setiap malam.

Bagaimanapun, dua lelaki tidak dikenali memakai topi keledar bertutup penuh tiba-tiba menghampiri mereka dan pemboncengnya dikatakan melepaskan enam das tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

Tiga daripada tembakan itu mengenai kepala dan rusuk kiri Ravindran dan dua lagi menengenai rusuk kiri Leenesh menyebabkan kedua-dua mereka rebah.
Satu lagi tembakan mengenai sebuah kereta PROTON Wira yang diparkir di kawasan terbabit dan serpihannya mengenai seorang lelaki, A Sukumar, 51, yang kebetulan sedang berjalan kaki untuk bersembahyang di kuil berhampiran. Sumber

Bapa, anak 13 tahun parah ditembak di Kampar

Kampar: Dua beranak parah selepas ditembak dalam kejadian samun di Taman Sejahtera di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun ditembak di perut dan peluru itu tembus ke belakang dan turut mengenai paha anak lelakinya berusia 13 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku selepas tiga lelaki bertopeng menaiki Proton Wira gelap bersenjatakan parang dan pistol merampas telefon bimbit isteri mangsa yang berada di depan rumah.


Mangsa yang melihat kejadian itu membawa parang dan cuba melawan hingga berlaku pergelutan sebelum salah seorang suspek melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata kedua mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. sumber

Warga Malaysia mati ditembak di Sungai Golok

Kota Bharu: Seorang lelaki dipercayai warga Malaysia ditemui mati dengan dua das tembakan di belakang kepala, di tepi tebing Sungai Golok, Thailand, kelmarin.

Mayat mangsa ditemui penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah, kira-kira jam 7.30 pagi.

Sumber memaklumkan pistol digunakan dalam kejadian berkenaan dipercayai daripada jenis revolver .38.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati, ada kesan calar dan lebam di tubuh mayat, dipercayai berlaku pergelutan sebelum mangsa dibunuh atau ditembak di tempat kejadian,” katanya.

Berbangsa Cina

Mengulas lanjut, sumber berkenaan berkata, mayat itu dipercayai rakyat Malaysia berbangsa Cina berdasarkan penemuan wang kertas dan syiling Malaysia (Ringgit Malaysia) dalam poket seluar.

Bagaimanapun, katanya, beg duit dan dokumen penting seperti kad pengenalan dan identiti mangsa tiada bersama ketika mayat ditemui.
“Pihak hospital mengesahkan mangsa mati lebih tujuh jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat yang pucat dan keras,” katanya.Sumber

Maut dihempap tiang gol

on Sunday, July 14, 2013

Maut dihempap tiang gol

Klang: Kegembiraan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani bertukar tragedi apabila dia maut dihempap tiang gol besi sekolahnya, petang kelmarin.

Sekadar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Nguyen Chee Ming, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, di sini, disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan mendapatkan rawatan kecemasan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dikatakan bergayut pada tiang gol berkenaan.

Menurutnya, selepas beberapa ketika bergayut bersama rakannya, tiang gol besi itu tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa yang tersepit di bawahnya.

"Kejadian itu menyebabkan rakannya segera memaklumkan kepada guru bertugas sebelum mangsa dikejarkan ke HTAR untuk menerima rawatan kecemasan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan di bahagian kanan kepala dan kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya, semalam.Sumber

Budak couple seminggu punya hal,orang tua yang bergaduh sakan

on Saturday, July 13, 2013

Budak couple seminggu punya hal,orang tua yang bergaduh sakan



Semenjak kebelakangan ini, video ‘Budak Couple Seminggu’ menjadi viral di laman-laman sosial.

Mana tidaknya, video tersebut menjadi bualan ramai apabila umum tidak menyangkakan perhubungan yang baru terjalin selama seminggu sedia dihebahkan.





Tambah menarik, semalam gadis comel bernama Puteri Awani itu telah memuat naik video ‘gwiyomi’ menerusi laman sosial Youtube.

Tidak sampai 24 jam video tersebut dimuat naik, hampir 10 ribu penonton telah menonton video berkenaan.




Seperti biasa, pastinya akan terpacul dari mulut-mulut komentator sama ada komen positif mahupun negatif.

Bukan sekadar memberi komen, malah ada juga dalam kalangan komentator yang bergaduh di dalam laman sosial tersebut.


Ada pihak yang terus menghentam serta mengkritik tindakan Puteri Awani itu, pada masa yang sama ada juga mereka yang ‘back up’ gadis tersebut.


Terlintas juga di fikiran, kenapa yea perlu bertekak bersungguh-sungguh disebabkan oleh sebuah video?

Bagi penulis, itu menjadi hak peribadi kepada mana-mana pihak untuk memuat naik sebarang video di laman sosial.

Namun awas!

Si pembuat video harus sedar bahawa video dimuat naik di laman sosial, maka akan adalah jutaan manusia memerhati dan juga meluahkan komen-komen mereka.

Sumber

MrKopiLekat punya ulasan - Haa,udah2 la tu bergaduh pasal budak ni..nama pon masih budak..dorang akan belajar dari kesilapan nanti..kita yg tua ni,bg cntoh terbaik jer..=)

Gempar!!Babi mengamuk cederakan penduduk

on Wednesday, July 10, 2013

Gempar!!Babi mengamuk cederakan penduduk | JEMPOL, NEGERI SEMBILAN - Penduduk di Kampung Bayai Lama, di sini gempar apabila seekor babi hutan mengamuk menyebabkan seorang warga emas cedera selepas tangan kirinya digigit haiwan itu, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Saerah Hassan, 82, berjalan seorang diri ke rumah jirannya kira-kira jam 4.30 petang sebelum secara tiba-tiba seekor babi betina seberat 70 kilogram meluru ke arahnya dan menggigit serta menyeretnya beberapa meter.Seorang penduduk, Mastura Jamaludin, 39, berkata, warga emas itu cedera teruk di pergelangan tangan kirinya setelah diserang babi hutan berkenaan, malah bajunya turut terkoyak akibat digigit haiwan tersebut."Nenek itu tidak dapat melarikan diri atas faktor usianya dan mujur dia diselamatkan orang kampung yang melalui kawasan berkenaan.

"Tidak lama kemudian pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol datang memberi rawatan susulan ke Hospital Jempol sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, semalam," katanya.Seorang lagi mangsa, Mohd Amin Mohd Joni, 39, berkata, dia terpaksa bertarung menyelamatkan diri hampir 30 minit apabila binatang itu bertindak mengejarnya.

Menurutnya, dalam kejadian sekitar 10.50 pagi itu, dia baru sahaja pulang dari kebun getahnya kemudian berehat di sebatang pokok kundang sambil menunggu rakannya."Saya ternampak seekor babi sedang tidur berhampiran motosikal rakan.”Tetapi secara tiba-tiba bangun lalu bertindak mahu menyondol menyebabkan saya terpaksa berpusing sekeliling motosikal sebanyak tujuh kali."Akibat ketakutan, saya mengambil keputusan memanjat pokok kundang bagi menyelamatkan diri," katanya yang merupakan mangsa pertama sebelum Saerah.

Penduduk, Norsilawati Hussin, 39, berkata, dia bimbang insiden tersebut berulang kembali kerana boleh mencederakan penduduk."Saya harap perkara ini dapat diatasi segera. Berikutan insiden ini, saya takut hendak keluar walaupun waktu siang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Bayai Lama, Ali Yusup berkata, pihaknya kini giat memburu babi hutan berkenaan."JKKK, anggota Rela dan Jabatan Perhilitan turut serta dalam operasi ini."Usaha mengesan babi hutan berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pemburu babi yang diberi kebenaran untuk tujuan tersebut," katanya.SH



Gadis 16 tahun khayal geng pecah rumah

Gadis 16 tahun khayal geng pecah rumah | MUAR  - Seorang remaja perempuan antara lima ahli kumpulan pecah rumah yang ditahan melibatkan rampasan bernilai kira-kira RM70,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh, di sini, kelmarin.Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, remaja berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah itu bersama rakannya berumur lingkungan 30an ditahan sekitar jam 6 pagi dalam keadaan khayal dipercayai di bawah pengaruh dadah.


“Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan telah menemui sebuah kereta Proton Waja yang dicuri di Kandang, Melaka awal tahun lalu.“Selain itu, tiga paket kecil dipercayai dadah jenis syabu, 10 biji pil Eramin 5, satu komputer riba dan enam telefon bimbit juga dijumpai.

“Polis turut menemui peralatan pecah rumah seperti empat bilah parang, sebilah kapak, dua topeng muka dan satu besi pengumpil termasuk barang-barang seperti satu lesen memandu dan tiga kad kredit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, semalam.

Azman berkata, selain remaja perempuan itu, kumpulan berkenaan terdiri daripada suspek utama berusia 30an merupakan seorang peniaga buah-buahan, manakala tiga yang lain berumur 20an.Katanya, dua daripada lima suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kedua-duanya disabitkan kesalahan pada 2009.“Melalui saringan ujian air kencing, semua suspek positif dadah jenis syabu dan direman bermula semalam sehingga Isnin ini.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan kemungkinan ada saki baki ahli kumpulan yang masih bebas juga kes-kes lain yang dilakukan suspek,” katanya.Beliau berkata, dengan tertangkapnya kesemua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan empat kes jenayah berkaitan ragut, samun dan curi kereta yang berlaku di Muar dan Melaka.“Kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 379A, Seksyen 397 dan Seksyen 392 kanun keseksaan serta Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.SH


Kejam!!Dera anak angkat tunang hingga mati!!

on Tuesday, July 9, 2013

Kejam!!Dera anak angkat tunang hingga mati!! | AYER KEROH - Padah menyebabkan kematian anak angkat tunangnya di sebuah rumah tahun lalu, seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


Amiezul Al Ikram Mohamed Ikram, 33, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Azhaniz Teh Azman Teh selepas menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan pindahan yang disabitkan ke atasnya.Berdasarkan pertuduhan, Amiezul didapati menyebabkan kematian Noor Sofia Syaqira, 5, dan melakukan homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh di sebuah rumah di Taman Seri Telok Mas, kira-kira jam 4 petang pada 1 September 2012.Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sehari selepas kejadian, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Melaka untuk diperiksa doktor sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan mengalami kesan bengkak pada dahi, selain lebam di leher, tangan, kaki serta dada.Melalui keterangan, berlaku pertengkaran antara tertuduh dengan ibu mangsa sebelum tertuduh yang hilang pertimbangan kemudian bertindak membawa mangsa ke dalam bilik lalu memukul dan menampar kanak-kanak itu.

Tertuduh turut mengambil sebotol air mineral lalu membalingnya ke arah mangsa lalu terkena di kepala sebelum dihantar ke hospital selepas badannya didapati sejuk dan lemah pernafasan.Terdahulu, Amiezul diwakili peguam Collin Andrew meminta mahkamah memberikan hukuman ringan kerana tertuduh mempunyai tanggungan termasuk kedua ibu bapanya yang menghidap kencing manis.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal ketika mengendalikan kes meminta tertuduh yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah diberi hukuman berat sebagai pengajaran.“Berdasarkan fakta kes, kecederaan mangsa disebabkan perbuatan tertuduh yang melepaskan geram. 

Malah, tertuduh tidak menyerah diri selepas melakukan kesalahan tersebut dan ditangkap lima bulan kemudian.Selepas meneliti fakta kes dan mempertimbangkan rayuan dikemukakan, Azhaniz menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula tarikh tangkapan pada 21 Mac lalu terhadap tertuduh.Sebelum ini, Sinar Harian 8 September lalu melaporkan tertuduh bertindak mendera anak angkat teman wanitanya hingga menyebabkan kanak-kanak berkenaan menemui ajal akibat kecederaan teruk organ dalaman.SH


Mayat ditemui sujud,51 maut serangan ketika solat

Mayat ditemui sujud,51 maut serangan ketika solat | Kaherah: Rakyat Mesir menyambut ketibaan Ramadan dengan tragedi berdarah selepas 51 terbunuh ditembak askar ketika melakukan protes aman penyokong Muhamed Morsi. Mereka ditembak ketika solat subuh dekat tempat Morsi ditahan pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun dari rukuk pada rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini.


Seorang saksi kejadian, Mohamed Sultan, 45, berkata serangan tentera Mesir berlaku secara mengejut menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan diri.

Serangan mengejut

“Pihak tentera terlebih dahulu melepaskan berpuluh tembakan gas pemedih mata sebelum menghujani tembakan peluru hidup ke arah orang ramai.”Saya sempat memangku kepala salah seorang pemuda yang mati berlumuran darah selepas dahinya ditembusi peluru hingga mengeluarkan otak.

“Jeritan mangsa dan bunyi tembakan rifel serta senapang patah kedengaran di mana-mana. Ada yang cuba membantu mangsa cedera turut maut ditembak,” katanya.Katanya, serangan itu turut mengakibatkan ratusan mangsa cedera ditembak di kaki dan perut.

"Sebaik serangan berhenti, mangsa yang bergelimpangan maut dan dan cedera segera diusung ke Masjid Rabiatul Adawiyah,” katanya.Saksi lain, Dr Mohamad Bar, 40, menyifatkan serangan itu sebagai kezaliman mutlak dan pengkhianatan tentera terhadap rakyat Mesir.

Mayat ditemui sujud

Menurutnya, ada mayat penunjuk perasaan ditemui mati dalam keadaan bersujud malah serangan ini turut mensasarkan kanak-kanak tidak berdosa.

"Kekejaman tentera membunuh orang awam menyamai kezaliman tentera Zionis pada rakyat Palestin. Saya tidak percaya pihak tentera sanggup membunuh kami (rakyat Mesir) kerana mereka sebelum ini menyokong penuh kami ketika revolusi menumbangkan presiden Hosni Mubarak pada 2011.Katanya penunjuk perasaan yang terselamat dan menyorok di Masjid Mustafa tidak jauh dari bangunan Pengawal Republik turut ditahan tentera.

“Pembunuhan beramai-ramai ini adalah tragedi terburuk sejak Morsi digulingkan tentera Khamis lalu. Sesungguhnya darah mangsa yang mengalir ini akan menjadi laknat kepada mereka (tentera),” katanya.Katanya, jenazah mangsa yang terkorban disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Rabiatul Adawiyah manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran.Sementara itu tinjauan mendapati beberapa jalan utama menuju ke Dataran Raba'ah Al Adawiyah, di sini, ditutup oleh beratus anggota tentera menggunakan kenderaan perisai.BH