2 beranak parah ditembak sebelum sempat ke terawih
Ipoh: Dua beranak yang sedang bersiap ke masjid untuk solat Tarawih parah ditembak perompak di rumahnya di Taman Sejahtera di Kampar di sini, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, lelaki berusia 51 tahun ditembak dari jarak dekat di perut mengakibatkan peluru tembus ke belakang dan mengenai paha kanan anak lelakinya yang berusia 13 tahun.
Mangsa ditembak di hadapan pintu masuk rumahnya ketika cuba melibas parang ke arah suspek. - Foto Muhammad Apendy Issahak
“Suspek turut melarikan wang tunai RM6,000, dua telefon bimbit, seutas rantai leher, cincin dan loket emas milik mangsa” A Paramasivam, Timbalan Ketua Polis Perak
Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata sebelum kejadian, ketika bekas tentera itu yang menjalankan perniagaan kedai runcit berada di ruang tamu bersama isteri dan dua anaknya, tiga lelaki bertopeng bersenjata parang menyerbu rumahnya.
Tiga lelaki bertopeng serbu rumah mangsa
Lelaki terbabit merampas dua telefon bimbit, kad pengenalan, buku akaun bank, buku cek, kunci rumah dan kunci kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hi-Lux yang diparkir di luar rumah.
Suspek yang menaiki PROTON Perdana kemudian cuba melarikan Hi-Lux sebelum mangsa yang tidak mengetahui kumpulan itu bersenjata api, cuba melawan dengan melibas dengan parang tetapi tidak menepati sasaran.
Gagal curi Hi-Lux
“Suspek kemudian mengeluarkan pistol dan menembak perut mangsa sebelum melarikan diri menaiki PROTON Perdana selepas gagal melarikan Hi-Lux,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Paramasivam berkata, perompak itu kemudian menghala Langkap sebelum merompak sebuah Hi-Lux dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun berdekatan kilang besi di Jalan Kampar-Langkap, kira-kira jam 9 malam.
“Suspek turut melarikan wang tunai RM6,000, dua telefon bimbit, seutas rantai leher, cincin dan loket emas milik mangsa,” katanya.
Paramasivam berkata, berikutan kejadian itu, polis melakukan Ops Tutup dan berjaya mengesan sebuah PROTON Perdana yang berpatah balik sebaik melihat sekatan jalan raya di Jalan Air Kuning-Tapah, kira-kira jam 11.30 malam.
Polis berjaya menahan lelaki berusia 33 tahun berasal dari Taman Orkid, Teluk Intan, selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya cuba melarikan diri.
“Suspek yang patah kaki dan cedera di kepala mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah dan curi. Dia dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI). Siasatan mendapati PROTON Perdana itu adalah kereta yang dicuri di Puchong, Selangor,” katanya BH

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment