Gempar!!3 Kes tembakan di tempat beransingan! 2 maut, 3cedera!!

on Monday, July 15, 2013

Gempar!!3 Kes tembakan di tempat beransingan! 2 maut, 3cedera!!

Remaja maut kena tembak lima kali

Dua rakan lepak bawah jambatan diserang

Butterworth: Seorang remaja maut, manakala rakannya cedera apabila terkena lima das tembakan yang dilepaskan secara rambang dalam satu kejadian di Ujong Batu, Bagan Dalam di sini, malam kelmarin.

M Ravindran, 19, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat kecederaan teruk di kepala dan rusuk kiri, sementara rakannya S Leenesh, 18, yang cedera di rusuk kanan masih dirawat dan keadaannya dilaporkan stabil.

Larikan diri

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kedua-dua remaja berkenaan yang juga rakan baik sebelum itu dikatakan sedang berbual di bawah jambatan yang dipercayai menjadi tempat mereka melepak hampir setiap malam.

Bagaimanapun, dua lelaki tidak dikenali memakai topi keledar bertutup penuh tiba-tiba menghampiri mereka dan pemboncengnya dikatakan melepaskan enam das tembakan dari jarak 20 meter ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

Tiga daripada tembakan itu mengenai kepala dan rusuk kiri Ravindran dan dua lagi menengenai rusuk kiri Leenesh menyebabkan kedua-dua mereka rebah.
Satu lagi tembakan mengenai sebuah kereta PROTON Wira yang diparkir di kawasan terbabit dan serpihannya mengenai seorang lelaki, A Sukumar, 51, yang kebetulan sedang berjalan kaki untuk bersembahyang di kuil berhampiran. Sumber

Bapa, anak 13 tahun parah ditembak di Kampar

Kampar: Dua beranak parah selepas ditembak dalam kejadian samun di Taman Sejahtera di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 51 tahun ditembak di perut dan peluru itu tembus ke belakang dan turut mengenai paha anak lelakinya berusia 13 tahun.

Kejadian dipercayai berlaku selepas tiga lelaki bertopeng menaiki Proton Wira gelap bersenjatakan parang dan pistol merampas telefon bimbit isteri mangsa yang berada di depan rumah.


Mangsa yang melihat kejadian itu membawa parang dan cuba melawan hingga berlaku pergelutan sebelum salah seorang suspek melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata kedua mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. sumber

Warga Malaysia mati ditembak di Sungai Golok

Kota Bharu: Seorang lelaki dipercayai warga Malaysia ditemui mati dengan dua das tembakan di belakang kepala, di tepi tebing Sungai Golok, Thailand, kelmarin.

Mayat mangsa ditemui penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah, kira-kira jam 7.30 pagi.

Sumber memaklumkan pistol digunakan dalam kejadian berkenaan dipercayai daripada jenis revolver .38.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati, ada kesan calar dan lebam di tubuh mayat, dipercayai berlaku pergelutan sebelum mangsa dibunuh atau ditembak di tempat kejadian,” katanya.

Berbangsa Cina

Mengulas lanjut, sumber berkenaan berkata, mayat itu dipercayai rakyat Malaysia berbangsa Cina berdasarkan penemuan wang kertas dan syiling Malaysia (Ringgit Malaysia) dalam poket seluar.

Bagaimanapun, katanya, beg duit dan dokumen penting seperti kad pengenalan dan identiti mangsa tiada bersama ketika mayat ditemui.
“Pihak hospital mengesahkan mangsa mati lebih tujuh jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat yang pucat dan keras,” katanya.Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment