Home > Posts filed under Isu Semasa
betina paling kejam di alam semesta
Posted by TerbaikLaH on Wednesday, May 9, 2012 at 5:40 PM
Tolong cari anak saya
Posted by TerbaikLaH on Sunday, May 6, 2012 at 2:11 PM
yang penting..kita sebagai blogger tolonglah sama2 sebarkan berita ini..sila war-warkan kepada semua..
Rakan sekerja dicekup khalwat
Posted by TerbaikLaH at 9:35 AM
Serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah kira-kira 1 pagi berjaya menahan lelaki berusia 27 tahun dan seorang perempuan, 22 tahun yang dipercayai tinggal bersama di rumah sewa berkenaan.
Ketika ditahan, perempuan itu memberi alasan tiada pilihan untuk tinggal di tempat lain menyebabkan dia tinggal bersama rakan sekerja yang berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta itu.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai lelaki dan wanita berkenaan tinggal serumah sehingga menimbulkan keraguan penduduk.
“Pemeriksaan lanjut menemui seorang perempuan berpakaian lengkap di dalam bilik,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan sudah berkahwin dan tidak pulang ke rumah isterinya sejak tiga bulan lalu, manakala pasangannya masih bujang.
“Difahamkan lelaki berkenaan mengenali teman wanitanya itu sejak setahun yang lalu. Dia juga dipercayai tidak memberi nafkah kepada isterinya.
"Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995 dan jika disabit kesalahan kedua-duanya boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Wanita meninggal manakala kekasih nyawa-nyawa ikan dalam kereta
Posted by TerbaikLaH at 9:14 AM
Mengaibkan dan memalukan. – Itu yang admin mampu katakan tentang kejadian yang menimpa sepasang kekasih di Kilometer 10, Jalan Pontian Lama 29 April 2012. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan punca sebenar kematian berkenaan masih dijalankan.
“Mangsa merupakan wanita berusia 20-an dan telah ditemui mati di dalam kereta bersama pasangannya.
“Bagaimanapun pasangannya berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan lanjut,”
Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.
Pada pendapat admin, pasangan ini bermadu asmara di dalam kereta yang tertutup rapat dan membuka penghawa dingin pada masa yang lama. Dah kebanyakkan kes, kematian akibat keracunan karbon dioksida dan kekurangan oksigen paling kerap melibatkan kereta. Semoga menjadi iktibar dan teladan kita semua.
' SEKS PERTAMA SAYA KETIKA UMUR 12 TAHUN ' INILAH PENGAKUAN GADIS CIKARO YANG KERAP BERTUKAR PASANGAN (18SX )
Posted by TerbaikLaH at 9:05 AM
“Pengalaman pertama saya ‘bersama’ lelaki ialah ketika berusia 12 tahun. Memang takut pada mulanya tapi lepas beberapa kali dipujuk, saya akhirnya mengalah,” kata Gee, 17, yang mula terbabit dengan kegiatan cikaro ketika belajar di tahun enam lagi.
Menurut Gee, sejak itu dia mula ketagih melakukannya dan bagi memuaskan diri dan mencari pengalaman baru, dia melakukannya dengan pasangan berlainan.
“Daripada situ, saya mula keluar setiap hujung minggu untuk lepak di lokasi tumpuan sekitar ibu kota sebelum menjadi cikaro dengan bergaul bersama kumpulan mat rempit,” katanya.
Gee, anak bongsu daripada tiga beradik, mengakui kehidupannya berubah apabila ayahnya meninggal ketika dia berusia 10 tahun. Oleh kerana ibunya sibuk menyara keluarga, tiada sesiapa memantau dirinya.
Kerana sunyi, dia mula belajar melepak bersama rakan lain, termasuk dengan kumpulan mat rempit.-METRO
Gambar Lelaki India Hina Kalimah Allah
Posted by TerbaikLaH on Friday, May 4, 2012 at 8:42 AM
Kenapakah kita perlu terlalu racist? Sepatutnya kita perlu saling hormat menghormati diantara satu sama lain di dalam Malaysia ini. Ini boleh dikatakan sebagai penghinaan kepada orang yang beragama Islam. We all tak pasti apa motif mamat India ni bergambar seperti ini. Apakah komen anda?
kredit tanpa prejudis kepada
http://www.suarapeople.com/2012/05/gambar-lelaki-india-hina-kalimah-allah/
Gambar Lelaki Paling Cantik Di Dunia
Posted by TerbaikLaH at 8:32 AM
Disebalik kecantikannya yang luar biasa,sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang Lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.
Nong poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 cm,Ukuran badan: 33-24-36 dan Berat: 48 kg.Jiwa ke’wanita’annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku Sekolah Rendah lagi.Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki.Dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan,Tetapi jika dia berada dihadapan orang tuanya,Nong Poy masih berkelakuan seperti Anak Lelaki.Nong Poy melakukan pembedahan pada saat berumur 17 tahun.
Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai dokter pakar,akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy.Dia mengalami kesakitan yang luar biasa,tapi demi ‘cita-cita’nya menjadi seorang perempuan,dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu.Setelah dia berubah menjadi ‘perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.
Dua tahun setelah melakukan pembedahan,Nong Poy berhasil memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada saat dia berumur 19 tahun.Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi.Tidak seperti wanita transgender lainnya,Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.
Oleh karena itu,dia pun ditawar sebagai Model,Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand.Selain Cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat.Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland.’Nong Poy Treechada’ yang nama sebenarnya ‘Treechada Petcharat’,dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki Thailand.
‘Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka’
Posted by TerbaikLaH on Wednesday, February 22, 2012 at 4:45 PM
Kanak-kanak 12 tahun bakar diri sendiri seperti superman maut
Posted by TerbaikLaH at 4:10 PM
USUNG...jenazah Ramli dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.
MARANG: Tindakan seorang lelaki membakar diri gara-gara meniru aksi siri kartun Superman kira-kira 28 tahun lalu menjadi kenangan sukar dilupakan keluarga mangsa kemalangan maut di Kampung Kelulut, di sini, malam kelmarin.
“Kejadian itu berlaku ketika arwah berusia 12 tahun dan terlalu meminati kartun Superman hingga terikut-ikut aksi superhero itu tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan itu.
“Bermula tragedi itu, arwah yang melecur hampir keseluruhan badan enggan bersekolah kerana malu diejek rakan berikutan wajahnya yang melecur menyebabkan arwah menghadapi tekanan perasaan dan disahkan doktor sebagai pesakit jiwa,” kata Ismail Othman, 56, bapa kepada Ramli Ismail, 40, yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam.
Ismail berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Januari lalu selepas arwah pulang ke rumahnya di Kampung Durian Burong, Kuala Terengganu.
Menurutnya, dia percaya arwah ketika itu melalui kawasan berkenaan dan singgah di rumahnya untuk meminta makanan sebelum keluar semula selepas selesai makan.
Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000
Posted by TerbaikLaH at 12:25 AM
PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.
Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta.
Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).
Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti.
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit.
Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah.
GILIRAN BASHAR AL ASSAD SEMAKIN HAMPIR
Posted by TerbaikLaH on Sunday, February 19, 2012 at 9:14 PM
Samada disengajakan atau tidak, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di Syria sekarang.
Presiden Bashar al Assad (Presiden sekarang) telah bertindak semakin kejam bagi mempastikan kekuasaan yang diwarisi oleh ayahnya Hafez al Asad sejak 11 tahun yang lalu terus berkekalan.
Sejak berlakunya kebangkitan rakyat Syria Mac 2011 yang lalu, Bashar al Assad telah membunuh lebih 8,500 orang rakyatnya sendiri (lebih 6,000 menurut PBB) dan mengakibatkan lebih 40,000 orang telah cedera. Itu tidak termasuk daripada lebih 180,000 orang rakyatnya yang dipenjarakan. Manakala lebih 20,000 orang lagi kini menjadi pelarian di Turki.
Beliau mewarisi kekejaman diktator seumpama ayahnya Hafez al Assad yang pernah memerintah Syria selama 32 tahun sehingga tahun 2001. Ayahandanya juga pernah membunuh hampir 46,000 ribu orang rakyatnya yang tinggal di Hama, Syria pada tahun 1982 dalam tempoh 27 hari sahaja. Keseluruhan penduduk yang terbunuh ini merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Masyarakat antarabangsa harus menginsafi isu ini dan mengutuk kekejaman Bashar al Assad yang terus mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga Hizbullah, Lubnan selain daripada mendapat bekalan senjata daripada Russia dan Cina.
Gilirannya akan tiba jua….
Dengan penuh keyakinan bahawa gilirannya akan tiba apabila beliau juga bakal mencium jejak langkah sekutunya yang digulingkan seumpama Presiden Zainal Abidin Ali di Tunisia, Ghadaffi di Libya dan juga Presiden Hosni Mubarak di Mesir.
Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. pernah berkata “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”
Malahan kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah swt di dalam surah al-Israk ayat 81 yang bermaksud:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”
Teruskan ambil peduli dan doakan untuk saudara seaqidahmu di Syria….
Sumber
Pengakuan Eksklusif Pemuda Tukar Jantina
Posted by TerbaikLaH on Saturday, February 18, 2012 at 9:49 AM
Setiap kali menjelang senja, seperti mana ‘kupu-kupu malam’ lain, Rita akan mula menyiapkan dirinya seanggun mungkin.
Rambut yang berserabai akan mula diluruskan.
Dengan menggunakan jarinya yang lentik, Rita memulakan ‘rutinnya’ dengan memantis atau melukis kening.
Sesuai dengan bentuk mukanya yang panjang, dia akan memantis keningnya selurus mungkin menghala ke bahagian atas telinga.
Ini diikuti dengan meletakkan celak di bahagian mata, memakai bedak asas, memerahkan pipi dan diakhiri dengan memakai gincu serta ‘lipglos’.
‘Fasa’ terakhir adalah dengan mengenakan pakaian seseksi mungkin, itulah ‘senjata’ terakhirnya kerana dia tahu, hanya dengan berpakaian sebegitu, dia mampu memikat nafsu buas lelaki yang berada di luar sana.
Namun malam itu entah kenapa, Rita memulakan ‘kerjanya’ lebih awal daripada biasa…kedai runcit yang terletak berhampiran pun belum tutup.
Ketika Rita melalui kedai runcit tersebut, tiba-tiba dia terpandang tajuk besar sebuah akhbar tabloid…ALEESHA@ASHRAF MENINGGAL DUNIA.
” Saya betul-betul terkejut, rasa terlalu sedih dengan kematian Aleesha kerana apa yang arwah lalui ‘begitu dekat’ dengan saya. Untuk pengetahuan abang, saya juga dah buang kemaluan saya,” katanya sambil menundukkan wajahnya.
Menurut Rita, terlalu sukar untuk insan sepertinya hendak menerangkan apa yang mereka rasa kepada masyarakat.
Katanya, biar apa pun hujah atau perkataan yang mereka luahkan, pastinya akan mengundang kejian dan cacian.
Sebab itu, menurut Rita, mereka lebih senang memendam rasa dan melalui semua kesukaran ini secara bersendirian.
Senang cerita, katanya, mereka sudah tidak percaya siapa-siapa lagi dalam dunia ini apatah lagi mengharapkan sokongan daripada mana-mana pihak, baik NGO mahupun kerajaan.
” Malangnya ramai di antara kami yang tak mampu melalui kesedihan dan ‘kecelaruan’ ini, yang tak dapat kawal diri mula ambil dadah, malah ada yang bunuh diri, entahlah, hidup kami terlalu pedih dan perit untuk dikongsi, orang tak akan faham,” katanya sambil menyedut air limau ais yang dipesannya.
Penulis hanya membiarkan dia melayan perasaannya. Terus-terang, penulis pun tidak tahu bagaimana nak memulakan semua ini.
Pertemuan Rita bermula apabila penulis diarahkan untuk mencari mana-mana lelaki yang pernah melakukan pembedahan penukaran jantina.
Sesungguhnya ini satu tugasan yang mencabar dan memeningkan sebenarnya.
Namun Alhamdulillah, ia bagaikan dipermudahkan dan dengan bantuan pelbagai sumber, penulis berjaya menemui Rita yang ketika itu baru hendak memulakan ‘tugasnya’.
Rita dilahirkan kira-kira 30 tahun lalu di sebuah kawasan perumahan di pinggir ibu kota.
Sejak kecil lagi dia tidak pernah merasakan dirinya seorang lelaki walaupun secara fizikal dia adalah seorang lelaki yang sempurna, cukup sifat.
Seperti mana arwah Aleesha, Rita juga adalah insan yang mahu jadi 100 peratus wanita. Dia ingin menjadi wanita yang bukan dari sudut pakaian saja, tetapi juga dari segi lahiriah dan batiniah.
Perkenalannya dengan seorang jejaka Cina bagaikan merealisasikan impian Rita selama ini.
Lelaki itu sangat menyayanginya dan sanggup menghabiskan wang berjumlah ribuan ringgit asalkan berjaya memenuhi kehendak Rita.
Dan kesempatan itu digunakan Rita untuk menjadikan impiannya selama ini menjadi nyata.
” Dengan ditemani seorang ‘kakak’ angkat, saya pergi ke sebuah hospital di Haadyai, Thailand. Pada mulanya saya hanya buat pembedahan kecil untuk memancungkan hidung, tetapi melarat pula ke pembedahan membesarkan buah dada,” katanya sambil tersenyum.
Selepas pembedahan itu, Rita semakin yakin dengan dirinya.
Namun ada satu lagi perkara yang membelenggu hidupnya…juntaian daging sepanjang lima inci yang masih melekat ditubuhnya!
Menurut Rita, setiap kali membuka pakaian, dia rasa geli dengan kemaluannya sendiri. Dia kalau boleh enggan melihat apatah lagi menyentuhnya.
Rita rasa sengsara. Rita rasa mahu gila. Rita tahu dia tidak boleh lagi hidup sebagai lelaki.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Sekali lagi dengan bantuan kekasihnya itu, Rita ke Haadyai. Kali ini dia nekad untuk menjalani pembedahan jantina seperti yang diidam-idamkan.
Pembedahan itu mengambil masa hampir lapan jam, namun yang peliknya, kata Rita, dia langsung tidak berasa sakit kecuali sedikit pedih ketika hendak membuang air kecil.
Dia juga ditunjukkan zakarnya yang telah dipotong oleh doktor yang menjalankan pembedahan itu.
” Hampir sebulan saya di hospital, kemudian saya minta izin doktor untuk pulang ke Kuala Lumpur.
” Sepanjang proses penyembuhan itu, saya diberikan ‘acuan’ untuk saya masukkan ke dalam kemaluan bagi membolehkan ‘lubang kemaluan’ terbentuk seperti mana alat kelamin wanita, saya rasa bahagia sangat ketika itu” katanya
Namun keseronokkan dan kegembiraannya tidak bertahan lama.
Berbagai ujian dan dugaan datang bertimpa-timpa tidak lama selepas dia menjalani pembedahan.
Antaranya, kekasih yang dia sayangi itu tiba-tiba berubah hati dan terus meninggalkannya, dia juga hilang mata pencarian hingga membuatkan banyak barangan kemasnya tergadai, malah keretanya juga ditarik pihak bank.
Dia juga menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan identitinya itu.
Akhirnya, disebabkan kehilangan arah, dia terjerumus ke lembah hina….lembah pelacuran.
” Abang, Tuhan marah dengan saya….semuanya hilang dengan sekelip mata, kalau ikutkan hati saya dah tak mahu tinggal di lorong ini, saya dah tak mahu melacur, tapi saya nak makan apa, semua majikan tak nak ambil saya bekerja,”katanya dalam nada perlahan.
Menurut Rita, walaupun dia tahu perbuatannya melanggar hukum agama, namun dia tidak akan sekali-kali keluar daripada agama Allah ini.
Bahkan, dia juga akan cuba untuk bersolat seperti mana umat yang lain walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada solatnya itu diterima atau sebaliknya.
Kata Rita, dia pernah dipenjarakan di penjara wanita kerana melacur dan diberikan telekung untuk bersembahyang.
Namun, kata Rita, dia sedar walaupun telah melakukan pembedahan, dia tetap seorang lelaki di mata Tuhan.
” Walaupun diberikan telekung dalam penjara, saya ambil keputusan untuk bersolat seperti seorang lelaki.
” Dan saya sedar, andai saya mati, saya tetap akan dikebumikan sebagai seorang lelaki,” katanya yang tiba-tiba sebak.
Menurut Rita, apa yang terjadi pada arwah Aleesha, tak mustahil akan berlaku pada dirinya dan rakan-rakan yang pernah menjalani pembedahan pertukaran jantina ini
Katanya, oleh itu, mereka tidak akan menuntut apa-apa daripada masyarakat, apatah lagi mengharapkan belas ihsan atau simpati kerana mereka sedar mereka tidak layak dilayan sedemikian
Cuma kata Rita, kalau boleh, janganlah terus menghina dan mencaci golongan seperti mereka kerana apa yang mereka lalui sebelum ini sudah cukup ‘menyeksakan’.
” Arwah Aleesha meninggal dunia kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku, adakah masyarakat gembira dengan apa yang terjadi…adakah kalau boleh masyarakat tak mahu kami terus ada di muka bumi ini?
” Tolonglah…biarlah kami dengan dunia kami, izinkan kami menumpang walau sebentar, lambat laun kami akan pergi juga,” katanya sambil mengelap titisan-titisan halus di kelopak matanya.
Tidak lama kemudian telefon bimbit Blackberry Bold milik Rita berbunyi. Ada SMS yang masuk.
Sejurus selepas membacanya, Rita meminta izin untuk beredar.
Nampak ada seorang lelaki tua yang tak cukup gigi sedang tersengih memandang Rita dari dalam kereta BMW hitamnya.
Rita kemudian pergi ke arah kereta tersebut sebelum membuka pintu dan duduk di sebelah lelaki tua berkenaan.
Kedua-dua mereka kemudian hilang di balik kepekatan malam.
Penulis terdiam. Semua diam. Dunia juga seakan turut terdiam. – Oleh SYAHRIL A. KADIR
sumber
‘Ustaz’ Kena Cekup Bersama Wanita Bukan Muhrim
Posted by TerbaikLaH at 9:46 AM
PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.
Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.
Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.
Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.
Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.
Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.
“Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.
“Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita
itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu,” katanya.
Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.
Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.
Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
SINAR HARIAN
Ada Pemimpin Anggap P’buatan Maksiat Hak Asasi
Posted by TerbaikLaH at 8:37 AM
“Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan teman wanita,” katanya ketika ditemuramah dalam program bual bicara, Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro malam tadi. – BERNAMA
Sabah Bukan Lagi Negeri Termiskin: PM
Posted by TerbaikLaH at 8:36 AM
“Mengikut perangkaan, purata pendapatan per kapita negeri ini kini berada di tengah-tengah negeri terkaya dan termiskin,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Akuakultur di Kampung Nala, Tungku, 60 kilometer dari sini, hari ini.
Najib berkata, ia adalah hasil agenda pembangunan negara yang jelas dan berkesan termasuk yang terbaru iaitu Program Transformasi Negara yang bakal merubah masa depan rakyat.
“Transformasi pembangunan negara ini kita lancarkan kerana kita mahu ubah segala-galanya macam Kampung Nala ini (yang sebelum ini kawasan bakau saja).
“Kita tidak akan berhenti setakat ini, kita akan teruskan sehingga kita sifarkan miskin tegar yang ada. Dulu ada 30,000 rakyat Sabah yang miskin tetapi hari ini hanya tinggal 7,000,” katanya. – BERNAMA
Warga MBI Terima Bonus RM500 Mac Ini
Posted by TerbaikLaH at 8:35 AM
“Peruntukan bonus ini diambil daripada lebihan kutipan hasil MBI sepanjang tahun lalu di mana kita berjaya mengutip sebanyak RM134.1 juta yang melebihi sasaran awal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Perdana Warga MBI 2012 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Beliau berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peranan setiap warga MBI yang bertungkus lumus menjayakan pelbagai perancangan yang telah dilaksanakan. — BERNAMA
PABM: Ada ‘Mat Salleh’ Lebih Petah Dari Warga Kita Sendiri…
Posted by TerbaikLaH at 8:19 AM
Penulis difahamkan melalui laman web rasmi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM), www.pabm.com.my, bahawa seramai 68 orang peserta telah mengesahkan penyertaan mereka ke pertandingan tersebut yang dijadualkan bermula pada 29 Februari ini.
Sudah pastinya 68 orang peserta dari Afghanistan, Afrika Selatan, Albania, Amerika Syarikat, Algeria, Arab Saudi, Belanda, Hungary, Itali, Jepun dan lain-lain negara dunia akan sekali lagi mengegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tempat berlangsungnya acara itu nanti.
Setiap kali dianjurkan, masyarakat Malaysia khususnya yang berketurunan Melayu begitu berbangga melihat bahasa ibunda mereka meniti di setiap bibir pelajar-pelajar asing yang mengambil bahagian di dalam pertandingan itu.
Sememangnya menarik untuk warga Malaysia menonton sendiri kepetahan anak-anak muda dari negara-negara asing ini berpidato di dalam bahasa rasmi negara – Bahasa Melayu, dan jangan terkejut sekiranya penguasaan Bahasa Melayu mereka lebih baik dari kita.
Penulis pernah menyaksikan bagaimana petahnya peserta dari Turki, Halil Ibrahim, menyampaikan pidatonya yang bertajuk ‘Generasi Muda Hari Ini Adalah Penentu Hari Esok’ sehingga menobatkan beliau sebagai juara kategori antarabangsa PABM edisi yang lalu.
Begitu juga Sofia dari Australia yang mengusik hati apabila menyebut ‘pe be be’ yang merujuk kepada singkatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan membuatkan penulis tidak kering gusi sehingga hari ini.
Menakjubkan penulis, mereka tidak dilahirkan di negara ini namun mampu berpidato dan berbahasa Melayu dengan baik walaupun hanya mempelajari bahasa tersebut di dalam jangka masa yang singkat.
Kita dilahirkan dan dibesarkan di negara ini serta setiap hari mendengar, membaca, melihat dan bergaul di dalam bahasa kebangsaan itu.
Bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi hinggalah masuk ke alam pekerjaan, kita berada di dalam negara yang menggunakan Bahasa Melayu setiap hari.
Menyedihkan, ada di kalangan kita yang masih pelat, bertabur tatabahasa, berselerak tutur kata dan lebih buruk lagi, ada pula yang tidak mampu berbahasa Melayu.
Penulis tidak dapat tidak terpaksa mengakui kebenaran bahawa penguasaan Bahasa Melayu majoriti para peserta PABM adalah jauh lebih baik berbanding segelintir warga negara kita.
Semoga, dengan kebolehan pemidato pelajar warganegara asing yang mempamerkan kefasihan mereka berbahasa Melayu itu mampu merubah sikap segelintir warganegara kita agar mempertingkatkan diri untuk berbahasa rasmi.
Penulis optimis bahawa PABM edisi ke-enam pada tahun ini akan memperlihatkan kematangan yang lebih dari para peserta pertandingan sebelumnya…nantikan PABM 2012!
sumber
Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai
Posted by TerbaikLaH on Friday, February 17, 2012 at 5:45 PM
“Papan utama, video card, CPU dan skrin semuanya dari komputer lama yang menelan belanja 500 yuan (RM250)”
“Dan saya membeli skrin sesentuh dan bateri secara online,” tambahnya lagi.
“Inilah hadiah terbaik yang pernah saya terima, dan saya akan menjaganya selama-lamanya” tambah teman wanitanya.
Saintis Rusia Temui Kala Jengking Di Planet Kejora
Posted by TerbaikLaH at 5:44 PM
Imej menunjukkan pergerakan makhluk misteri seakan-akan kala jengking atau ketam di permukaan Planet Venus
Kedutaan Amerika Tutup Sempena Hari Presiden
Posted by TerbaikLaH at 5:18 PM
“Isnin ketiga pada bulan Februari diperuntukkan sebagai Hari Presiden bagi memperingati hari lahir dua Presiden Amerika yang paling terkemuka iaitu George Washington yang dilahirkan pada 22 Februari dan Abraham Lincoln yang lahir pada 12 Februari,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, bagaimanapun Kedutaan Amerika Syarikat di sini boleh dihubungi menerusi 03-21685000 untuk kes kecemasan.
sumber