Posted byTerbaikLaHon
Friday, May 31, 2013at9:23 PM
Isteri kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha mengakui masa sudah sampai untuk dirinya berhijab penuh selain perancangannya untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan kelak.
“Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak,” ujar Leuniey yang dipetik dari portal Murai.
Malah keputusan Leuniey untuk bertudung turut mendapat sokongan penuh suami dan keluarga;
“Selain keluarga, Apex orang yang paling banyak memberikan sokongan dan dorongan tanpa henti kepada saya kerana dia amat gembira apabila saya beritahu saya mahu bertudung.” SUMBER
KUALA LUMPUR – Bagaikan final. Begitulah harapan dan keghairahan yang terjelma menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (DT) Sabtu ini, setelah tertunda ekoran insiden kekecohan penyokong di Stadium Darul Makmur, Kuantan dua hari lepas.
Kali ini, Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan gelanggang berkecuali bagi memastikan lebih ramai penyokong kedua-dua pasukan menyaksikan aksi perlawanan yang dijadual bermula pukul 8.45 malam.
Bukan sahaja kepada penyokong kedua-dua pasukan, malah peminat bola sepak tempatan secara keseluruhannya pastinya tidak sabar untuk melihat pertemuan epik antara Pahang dan Johor DT itu.
Dari sudut positif, kehadiran luar biasa penyokong bola sepak kedua-dua pasukan di Kuantan tempoh hari mencetuskan fenomena baharu bola sepak tanah air dan ia memberi petanda bahawa bola sepak masih kekal sebagai sukan nombor satu di Malaysia.
Namun sayang, perjalanan skripnya tidak mengikut plot yang diharapkan dalam menyuburkan kembali sokongan peminat kepada arena bola sepak negara, sehingga menyebabkan kedua-dua persatuan bola sepak negeri terbabit menerima padah.
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selaku tuan rumah didenda maksimum RM100,000 dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak terkecuali turut didenda RM20,000 kerana insiden berkenaan.
Kepada peminat setia pasukan Pahang dan Johor DT, jangan terlalu ghairah dan insiden seumpama itu boleh dielakkan jika tatacara keselamatan dipatuhi semua pihak yang menerapkan nilai profesionalisme sejajar dengan bola sepak negara yang sudah memasuki era tersebut.
Bagi kedua-dua pasukan, pastinya mereka juga tidak sabar untuk melakukan sepak mula Sabtu ini, selepas ‘hajat’ mereka tersekat berikutan insiden yang belum pernah berlaku itu di negara ini.
Sambil mengharapkan insiden malang itu tidak berulang, Timbalan Presiden PBNP Datuk Seri Muhammad Safian Ismail meminta penyokong Pahang turun membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan padu kepada skuad Tok Gajah.
Beliau berkata semua pihak harus melupakan insiden itu kerana matlamat utama adalah untuk memastikan pasukan Pahang layak ke peringkat akhir sekali gus menjulang piala berkenaan.
Muhammad Safian juga meminta setiap persatuan bola sepak daerah menghantar kumpulan penyokong masing-masing ke Bukit Jalil kerana kehadiran mereka pastinya dapat menaikkan semangat pemain.
“Apa yang telah berlaku biarkan berlalu. Fokus kita sekarang adalah untuk menang dan tahap permainan pasukan juga semakin meyakinkan,” katanya kepada Bernama.
Bagi pemain paling senior dalam skuad Tok Gajah, Jalalludin Abu Jaafar, insiden yang berlaku itu sedikit pun tidak menjejaskan semangat pemain untuk berdepan Johor DT.
“Perubahan tempat di Bukit Jalil langsung tidak memberi kesan kerana kami memang telah bersedia berdepan Johor DT dengan membawa semangat yang ditunjukkan penyokong Pahang di Stadium Darul Makmur dua hari lepas,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad berkata insiden kekecohan di Kuantan dua hari lepas, tidak mengganggu tumpuan pemain dan semangat mereka berada pada tahap terbaik untuk berdepan Pahang, Sabtu ini.
“Mereka (pemain Johor DT) merupakan pemain profesional dan sedar perkara yang berlaku itu adalah biasa dalam sukan.
“Kita sudah bersedia untuk bermain tidak kira di stadium mana dan sama ada dijalankan pada waktu siang atau malam. Yang penting kita akan berikan yang terbaik pada perlawanan berkenaan,” katanya.
Fandi yang juga pengurus pasukan Johor DT, berkata beliau sentiasa mengingatkan anak buahnya supaya menjaga disiplin dan fokus bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
“Kita sudah membuat persediaan terbaik dan semuanya terserah kepada pemain. Kita sudah sampai pada tahap ini, jadi kita tidak mahu Pahang tewaskan kita,” katanya.
Untuk rekod, Johor DT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu lepas.
Menanti pemenang antara Pahang dan Johor DT pada perlawanan akhir yang dijadual pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, ialah Kelantan yang terlebih dahulu mengetepikan jiran tetangga, Terengganu dengan agregat 6-5 pada satu lagi separuh akhir dua hari lepas. – BERNAMA
Kenangan menjejakkan kaki beberapa kali ke Tanah Suci Makkah masih segar dalam sanubari primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira. Ketenangan berada di kota suci itu terlalu sukar diungkap dengan kata-kata sehingga hatinya sentiasa digamit rindu untuk kembali ke sana.
Lantaran kerinduan itu, timbul cerita kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara berkenaan khabarnya akan ke sana semula tahun ini. Namun, kali ini untuk menunaikan haji pula. Ketika HIP menghubungi empunya diri bagi mengetahui sejauh mana kebenaran berita itu, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini tidak menafikannya.
Memang benar saya sudah mendaftar, tetapi ia dilakukan tiga tahun lalu. Saya kini masih menunggu nama dipanggil, bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang surat daripada Tabung Haji.
Saya faham, mungkin belum rezeki lagi untuk dijemput ke sana dan saya akan terus sabar menanti. Sewaktu mendaftarkan nama dulu, saya buat keputusan untuk pergi berseorangan. Jadi, apabila Arab Saudi mengenakan syarat baru, perkara itu memang sedikit menyukarkan. Apabila saatnya tiba nanti, barulah saya akan fikirkan soal mahram, kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Sembilu itu.
Sedih nak tinggalkan Aleesya
Menurut bintang berusia 39 tahun ini, dia membuat keputusan menunaikan haji pada usia muda kerana berasakan sudah tiba masanya, selain adanya kemampuan untuk berbuat demikian.
Pernah membawa puterinya menunaikan umrah saat Aleesya baru berusia setahun, Erra bagaimanapun memberitahu, dia tidak bercadang membawa si kecil bersama bagi mengerjakan ibadat haji.
Insya-Allah, jika diizinkan, saya bercadang membawanya ke Tanah Suci sekali lagi untuk menunaikan umrah, memandangkan ketika kali pertama ke sana dia masih kecil.
Lagi pun, Aleesya sudah semakin besar dan lebih matang. Jadi urusan ibadat lebih mudah.
Memang tidak dinafikan, jika berpeluang menunaikan haji, bermakna saya perlu meninggalkan Aleesya dalam tempoh waktu yang lama. Sebagai ibu, tentu timbul rasa sedih. Namun, apabila memikirkan tujuan saya ke sana untuk beribadat, sedikit sebanyak kesedihan itu terubat. Perasaan itu berbeza jika dibandingkan dengan meninggalkan Aleesya kerana tugas, kata Erra.
Belum pasti soal penampilan
Ditanya adakah dia akan memperlahankan aktiviti seninya selepas bergelar Hajah, Erra berkata, sejak akhir-akhir ini, dia memang sudah berbuat demikian. Begitupun, untuk meninggalkan terus kerjaya seni, perkara itu belum terlintas dalam fikiran anak tunggal kepada Azizah Zaik ini.
Saya tidak bercadang meninggalkan terus kerjaya seni selepas mengerjakan haji. Apa pun yang saya lakukan adalah di atas keizinan-Nya. Bakat dan rezeki tidak akan menjadi milik saya jika bukan atas ketentuan Allah. Cuma, saya akan cuba memperlahankan aktiviti seni. Malah, sejak akhir-akhir ini pun saya tidak lagi seaktif dulu.
Mengenai soal penampilan pula, saya tidak berani berkata apa-apa. Kita tidak tahu dugaan yang Allah hendak berikan. Apa yang penting, hasrat saya tunaikan haji adalah untuk mendekatkan lagi diri kepada-Nya, kata Erra. – Berita Harian
Khairul Fahmi Che Mat atau Apek suka minum kopi dan daripada kegemarannya itu lahirlah Players Cafe yang baru sebulan dibuka di D‘Wangsa, Wangsa Maju.
Bagaimanapun pembukaan kafe itu bukanlah atas usahanya seorang, tetapi bersama empat rakan karibnya yang turut berkongsi kegemaran yang sama iaitu Fairul Irwan, Izham Tarmi (pemain bola sepak pasukan Harimau Muda), Irfan Fazail (pemain bola sepak pasukan Harimau Muda) dan Zamir Selamat.
Ketika ditemui pada majlis pembukaan kafe itu Ahad lalu, cerita Apek dia bersama empat rakannya itu adalah penggemar kopi tegar lalu mereka sepakat untuk membuka ‘kedai kopi’ sendiri di samping dapat merapatkan lagi persahabatan mereka yang sudah lama terjalin.
“Di kafe ini kami menyediakan pelbagai jenis kopi yang diadun dengan rasa istimewa. Kami mahu pelanggan menikmati kopi yang sebenar di sini. Sebagai penggemar kopi tentunya kami amat mengutamakan kualiti dan cara penyediaannya.
“Kafe ini juga dibuka sebagai tempat pertemuan rakan-rakan seangkatan dan daripada pelbagai disiplin sukan serta untuk peminat yang menyokong kami selama ini. Mungkin sebelum ini peminat sukar nak berjumpa dan mendekati ahli sukan kegemaran mereka jadi dengan adanya kafe ini mereka dapat mengenali saya dan rakan-rakan lain dengan lebih rapat.
“Kafe ini dibuka tujuh hari seminggu, mulai jam 11 pagi hingga 12 tengah malam manakala pada hujung minggu pula dari jam 11 malam hingga lewat pagi. Sebulan lalu, pembukaan kafe ini dalam tempoh percubaan di mana kawan-kawan datang memberi komen juadah yang disediakan.
“Buat masa ini, kafe ini tidak menyediakan hidangan berat kerana ia lebih berkonsepkan santai. Pelanggan boleh memilih aneka kek dan makanan ringan lain sambil menikmatinya bersama kopi,“ katanya.
Bercerita lanjut mengenai pembukaan kafe itu, jelas Apek dia dan rakannya menyedari tidak selamanya mereka akan berada di padang bola dan dia sendiri memberikan tempoh masa 10 tahun lagi untuk beraksi. Pembukaan kafe itu sebagai langkah untuknya menceburi bidang perniagaan dan andai kata berjalan lancar, mereka akan terus meneroka peluang perniagaan lain pula.
“Kafe ini adalah persediaan untuk kami menimba ilmu sebagai usahawan. Walaupun perniagaan saya di Kuala Lumpur tetapi saya masih menetap di Kelantan dan keadaan itu tidak membimbangkan saya kerana rakan lain menetap di sini. Sesekali kalau ada urusan saya akan turun ke Kuala Lumpur. Dunia perhubungan juga menjadi sangat mudah sekarang, jadi tiada apa yang menghalang hasrat murni kami ini,” katanya.
Apek baru mendirikan rumah tangga setengah tahun lalu dengan Leuniey Natasha yang mengusahakan butik pengantin bersama ibunya di Kota Bharu, Kelantan. Leuniey yang lebih dulu berpengalaman dalam dunia perniagaan menyokong usaha suaminya itu.
Dia yang kini tampil dengan imej bertudung turut hadir pada hari pembukaan kafe itu dan amat memahami kesibukan Apek sebagai pemain bola sepak dan tentunya jadual kian padat dengan pembukaan kafe itu.
“Saya tiada halangan jika Apek terpaksa kerap turun ke Kuala Lumpur kerana ketika saya mula mengenalinya dulu pun, dia memang sibuk. Sebagai isteri saya akan selalu menyokong dan memberi dorongan kepadanya kerana apa yang dibuat demi masa depan kami berdua juga,” katanya. – Harian Metro
Nama Sharifah Sakinah benar-benar panas akibat daripada perbuatannya mengupload beberapa video ke laman sosial Keek yang agak korang sopan hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Lupakan sejenak video sakai yang dibuat oleh si Kinah ni, kini dia dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anak teruna kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima malah, Kinah yang ditemui baru-baru ini mengakui kebenaran gosip tersebut.
“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” ujar Sharifah Sakinah.
Bila diajukan soalan adakah dia serius dengan perhubungan kali ini kerana lebih dikenali dengan sikap yang suka main-main dalam pelbagai hal, Sakinah menjawab;
“Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima” Jelas Sakinah lagi.
Mungkin ada yang dah tengok gambar-gambar mengenai penguguran bayi ini yang berlaku di negara jiran kita. Di sebabkan kami dah dapat, nak jugalah share dengan mereka yang belum lihat lagi. Bila tengok gambar ini memang sedih. Bagi pendapat kami ada juga kebaikkannya bila berlakunya kejadian penguguran ini di sana. Sebab apa...sebab nasib janin di sana lebih baik kerana di mandi,dikafan dan dikebumikan dengan sempurna. Berbanding janin atau bayi yang berada di Malaysia ini hanya di campakkan di sungai, tepi jalanraya, yang terbaru bayi dicampakkan dari tingkat dua.
kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...
Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura.Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg.
Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.
Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan... Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.
Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama.
16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.
Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan.... Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.
Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua...