Home > All posts
Kandang Puas Nafsu Di Cheras
Posted by TerbaikLaH on Friday, July 5, 2013 at 10:10 PM

Kereta Di’Block’, Pemandu Bentley Mengamuk!
Posted by TerbaikLaH at 10:09 PM

Anda berada dalam keadaan tergesa-gesa hingga terpaksa ‘double park’ di hadapan kenderaan lain?Atau kenderaan anda selalu dihalang oleh kenderaan lain di tempat letak kenderaan?Perkara tersebut boleh dikatakn seringkali berlaku di kawasan tempat letak kereta yang sibuk.Mana tidaknya, apabila anda sudah hampir 30 minit mencari petak letak kereta tetapi tidak berjaya, seringkali anda memilih jalan mudah untuk hanya ‘double park’ di hadapan kenderaan lain. Sesetengah orang mungkin boleh menerima lagi kedaan sebegitu.Tetapi tidak kepada seorang pemuda yang memandu Bentley di dalam video yang akan kami kongsikan ini.Mungkin terlalu marah, pemuda tersebut bertindak memecahkan cermin pandang sisi serta cermin kereta tersebut.Tambah mengejutkan apabila pemuda tersebut memilih untuk menghubungi lori pembancuh simen.Mungkin dia rasakan dirinya cukup kaya, dia meminta pemandu lori pembancuh simen memasukkan simen cair ke dalam kereta tersebut.Mungkin tindakan tersebut dilihat amat keterlaluan.Kita tidak tahu jika kenderaan yang menghalang kereta pemuda tersebut berada dalam situasi kecemasan dan sebagainya.Justeru, jika kenderaan anda memilih untuk meletakkan kenderaan ‘double park’ atau menghalang kenderaan lain, pastikan anda meletakkan kenderaan dalam keadaan selamat, meletakkan gear dalam mod neutral, atau meletakkan nombor telefon anda.
Isu Digam Media Prima: “Saya Okay Jer”
Posted by TerbaikLaH at 10:07 PM

Penyanyi dan penulis lagu Faizal Tahir enggan mengulas lanjut mengenai isu dirinya digam oleh stesen televisyen milik Media Prima kerana tidak mahu perkara itu terus diperbesar-besarkan. Malah pelantun Sampai Syurga itu tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut.Bertemu Faizal pada majlis Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir, kata penyanyi berusia 35 tahun ini, beliau sepatutnya merakamkan sebuah program khas terbitan salah sebuah stesen di bawah syarikat penyiaran berkenaan sempena Aidilfitri namun rakaman itu dibatalkan. Faizal juga memberitahu, beliau tidak menerima sebarang penjelasan rasmi dari pihak Media Prima meskipun media baru-baru ini melaporkan pihak stesen terbabit telah menafikan dakwaan dirinya telah disenaraikan hitam.“Sepatutnya saya ada sebuah program raya tahun ini untuk stesen TV berkenaan. Tapi tiba-tiba rakaman program tersebut dibatalkan. Jadi, fikirlah sendiri.“Saya tak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Tak mengapa lah kalau program tu dibatalkan. Saya anggap tiada rezeki. Saya tidak tahu mengenai penafian pihak stesen TV tersebut. Tapi kalau benar mereka nafikan yang saya digam, sehingga kini saya tidak mendapat sebarang panggilan rasmi atau dipanggil berbincang bagi menjelaskan status saya.“Tapi saya okay jer. Selagi isteri dan anak-anak saya cukup makan dan pakai, cukuplah”, katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui, semalam.Faizal sebelum ini dikatakan diberitahu secara lisan mengenai dirinya digam. ‘Hukuman’ itu gara-gara kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini. Bagaiamanapun, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar menyatakan Faizal tidak digam dan penyanyi itu masih lagi artis naungan Monkey Bone.Bukan pertama kali dihimpit kontroversi, begitu pun Faizal tetap dengan pendiriannya dengan tidak membataskan kehendaknya untuk menyuarakan sebarang pendapat atau pandangan terhadap sesuatu perkara. Kata Faizal, terpulang pada persepsi orang lain untuk menilai apa yang cuba disuarakannya.“Saya tak takut dengan orang. Saya tak nak hanya kerana hal remeh ini saya harus terlalu berhati-hati selepas ini. Ya betul, berhati-hati tu perlu untuk memastikan orang tak salah erti apa yang saya suarakan. Tapi saya tak mampu nak jaga hati semua orang. Bukan mudah menjadi public figure sebenarnya, setiap apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai pihak namun saya bersikap profesional.“Saya rasa saya bukan seorang yang lantang. Saya tidak mahu menjadi lalang, saya hanya bersikap jujur. Saya cuma bercakap tentang perkara yang betul, yang real“, tegasnya.Perkembangan lain, Faizal yang telah melancarkan album ketiganya, Faizal Tahir, kira-kira empat bulan lalu, kini sedang sibuk mengumpulkan material bagi album baru. Dalam masa sama beliau juga sedang menyiapkan projek album khas.Berita baik untuk peminat, selepas Aidilfitri nanti Faizal akan menyambung kembali showcase jelajahnya di Hard Rock Cafe KL dan sebuah lokasi di pantai timur. Selain Faizal juga sedang merancang mengadakan konsert mega sulung dan mahu direalisasikan pada hujung tahun ini. – Malaysian Digest
Tiz Zaqyah Ditegur Kerana Sekeping Foto
Posted by TerbaikLaH at 10:04 PM

Rasanya dah hampir dua minggu Tiz Zaqyah berada di Terengganu atau lebih tepat lagi, Pulau Perhentian untuk bercuti bersama kekasih hati dan rakan-rakan.
Daripada gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram dan Twitter miliknya, nampak seronok sangat Tiz menikmati keindahan laut biru sambil menyelam dan snorkeling.
Namun dalam banyak-banyak gambar yang dikongsikan oleh Tiz, terselit juga sekeping gambar mesra bersama sang kekasih di pulau tersebut.
Sebenarnya kalau orang biasa yang mengambil gambar sebegitu mungkin tak diperbesarkan namun disebabkan Tiz adalah seorang selebriti, terpaksalah juga dia menerima teguran daripada peminat.

Difahamkan ada seorang pengikut Tiz di Instagram telah menegur cara pelakon itu bergambar yang dikira tidak sesuai dengan adat timur. Bagaimanapun, komen itu khabarnya telah dipadam oleh Tiz atas sebab yang tidak diketahui.
Namun kisahnya tidak berhenti setakat di situ sahaja apabila wanita itu memprovok Tiz hingga menyebabkan pelakon Sebenarnya Saya Isteri Dia itu membalas komen tersebut dengan kenyataan yang agak makan dalam juga.

Biasalah, bila dah dikenali ramai mesti ada tindak-tanduk yang tak digemari oleh semua orang kan?
sumber : http://www.ohbulan.com/
Amah Saji Teh Campur Air Kencing Dan Air Basuhan
Posted by TerbaikLaH at 10:03 PM
mah Saji Teh Campur Air Kencing Dan Air Basuhan | Akibat tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya.
Menurut Akhbar South China Morning Post, pembantu rumah yang berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya. Majikan terbabit menyoal pembantu rumah itu yang mengaku berbuat demikian.
Pembantu rumah terbabit bakal berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan. Bagaimanapun, Identiti majikan dan pembantu rumah itu juga tidak dinyatakan.
Setahun yang lalu, seorang pembantu rumah warga Indonesia di Dubai yang mencampurkan air kencing ke dalam teh majikannya dipenjara dua bulan. Dia melakukan jenayah itu kononnya untuk membuat keluarga majikannya sukakannya.
“Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan,” kata amah terbabit.
Pada 2007, seorang amah, juga warga Indonesia, dipenjara enam hari di Hong Kong kerana menyajikan majikannnya minuman yang dicampur dengan air kencing nya. - Agensi

Zizan Razak Nafi Tak Disiplin Dan Besar Kepala
Posted by TerbaikLaH at 10:02 PM
Zizan Razak Nafi Tak Disiplin Dan Besar Kepala | Sifat manusia, tidak akan pernah lengkap atau sesempurna seperti diharapkan, yang nyata bukan satu atau dua cerita telah timbul yang mendakwa pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak semakin tidak berdisiplin dan bersikap besar kepala sejak akhir-akhir ini.
Walaupun isu Zizan Razak tak disiplin dan besar kepala bukan perkara baru, ia masih diperkatakan segelintir pihak yang pernah bekerjasama dengan beliau menerusi pelbagai program televisyen atau filem.
Zizan, yang sudah lali dengan pelbagai gosip dan dakwaan berkenaan menghadapinya dengan tenang dan terbuka. Katanya, jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduknya, ia bukan disengajakan kerana dia berusaha memberikan komitmen penuh dalam setiap kerjanya.
“Saya langsung tiada niat atau sengaja buat hal. Walaupun saya akui jadual padat menyebabkan saya kurang rehat dan penat, ia bukan alasan untuk saya ambil mudah kerja saya.
“Setiap hari selepas bangun tidur, saya sentiasa beringat diri ini masih terlalu hijau dalam bidang ini. Tiada sebab untuk saya bersikap besar kepala,” katanya.
Tambah Zizan lagi, isu kelewatan atau masalah disiplin kadang-kadang tidak dapat dielakkan berikutan kerjayanya yang terikat dengan pelbagai komitmen serentak.
Mahu tidak mahu, lewat ketika menghadiri penggambaran atau acara tetap akan timbul dan tidak dapat dielakkan.
“Bukan sengaja mahu menyusahkan orang lain tetapi kerana kesibukan saya dengan banyak komitmen. Saya selalu berusaha memberikan terbaik dalam setiap komitmen,” katanya.
Menurutnya lagi, dia sentiasa sedar pendapatan dalam dunia hiburan ini diperoleh daripada jaringan hubungan yang baik dengan orang sekeliling
.
Justeru, katanya, tidak mungkin dia berasa bangga diri dengan kedudukan dan populariti dimiliki sekarang.
“Kalau saya salah, saya meminta maaf. Apa yang saya terkilan, hanya satu atau dua kesalahan orang lain membesar-besarkan keadaan sebegitu teruk.
“Kalau orang sudah tidak suka, bagi emas atau permata pun tetap orang hina juga. Saya hanya reda,” katanya. sumber

Mat Yo Nafi Buang Pingat Dalam Tong Sampah
Posted by TerbaikLaH at 10:01 PM
Mat Yo Nafi Buang Pingat Dalam Tong Sampah | Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita Mat Yo atau nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha telah membuang pingat naib juara Piala FA kedalam tong sampah setelah kecewa dengan kekalahan kepada pasukan Kelantan.
Penyerang sensasi pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) itu, Mat Yo akhirnya tampil menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.
Apa yang sebenarnya terjadi ialah, menurut Mat Yo, ketika itu beliau telah menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.
Mat Yo atau Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.
“Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.
“Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail,” katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam. sumber