Kuala Lumpur – Mencari kelainan untuk menarik pelanggan. Itu taktik digunakan pemilik pusat hiburan yang menggunakan konsep kandang yang dibina sebagai ruang pelanggan memuaskan nafsu.
Kandang menggunakan tirai buluh itu dikesan polis yang melakukan serbuan di premis di Taman Segar Cheras, di sini malam kelmarin.
Dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais bersama tujuh anggota menahan 17 GRO warga asing berusia antara 17 hingga 27 tahun jam 10.30 malam.Mohamad berkata, siasatan mendapati GRO terbabit dihantar ejen ke pusat hiburan berkenaan dan kadar tip serendah RM50 bagi melayan pelanggan minum. Sekiranya mahu mengadakan hubungan seks, pelanggan dikenakan bayaran dari RM300 hingga RM450.
Menurutnya, ketika serbuan di tingkat dua premis perniagaan itu, ada GRO yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun tindakan mereka tidak berhasil. - myMetro Online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment