Gembiranya Abby Abadi Dengan Anak memey

on Monday, July 8, 2013

Bukan main suka dan gembira betul kalau melihat Abby Abadi bertemu dengan anak kepada Memey Suhaiza ni, Darwizsz.
Tapi baguslah juga kan melihat keikhlasan Abby menyayangi anak Memey, akhirnya dendam dia dah terkubur dan kini cukup bahagia walaupun sudah berpisah dengan Norman Hakim.


sumber :http://izyan.com/ 

Gadis cantik ini hilang - cek tengok kalau-kalau kenal




Wanita ini telah dilaporkan hilang sejak Mac 2012. Ayah kepada wanita ini yang juga merupakan seorang pesara guru dan beliau melahirkan rasa sedih dan hampa apabila anak yang dibesarkan, diberi didikan hingga ke peringkat paling tinggi dilarikan orang,

Dari esak tangis seorang bapa. Kisah tentang perubahan drastik anaknya setelah mengenali lelaki [yang dipercayai melarikannya] amat meruntun hati. Mohon Petunjuk Al Amin agar dimudahkan sebuah pencarian ini.
MINTA PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKAN!
ANDAI ANDA TERLIHAT ATAU TERJUMPA WANITA SEPERTI DI DALAM GAMBAR,

SILA HUBUNGI BALAI POLIS TERHAMPIR ATAU ANDA BOLEH HUBUNGI TERUS KE TALIAN 019-7986520 ATAU 07-8952486 (BAPA WANITA TERSEBUT).

UNTUK MAKLUMAN RAKAN-RAKAN, WANITA TERSEBUT IALAH SEORANG GURU YANG DIPERCAYAI TELAH DILARIKAN OLEH SEORANG LELAKI. 

WANITA TERSEBUT DIPERCAYAI MENGHILANGKAN DIRI DILUAR KESEDARAN DIRINYA (BERKEMUNGKINAN DISIHIR / DIPUKAU).

MAKLUMAT MENGENAI WANITA TERSEBUT SEPERTI BERIKUT :

NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN
UMUR : 27 TAHUN
STATUS : BUJANG
PEKERJAAN : GURU
WARNA KULIT : CERAH
TINGGI : 5 kaki 6 inci
LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI






HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN AMAT DIHARAPKAN - sumber SINI

Gambar Shila Amzah Pelancaran Album Baru


Baru-baru ini berlangsung majlis perasmian album terbaru dari Shila Amzah. Album terbaru ini diterbitkan oleh syarikat ayahnya sendiri, ND Lala, Shila Amzah Entertainment Berhad yang baru berusia setahun.

Album baru ini kemungkinan akan berada dipasaran bulan Ramadan ini. Jadi kepada peminat setia Shila, jangan dok follow kat Twitter dan Instagram jew, sikit-sikit support beli album Shila ni ok.
antara lagu yang ada adalah Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus, Maaf, Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin). -gambar Budiey





sumber : http://izyan.com/

Anak Didik Atilia, Hairul & Leen Juarai Ceria Popstar


Selepas 10 minggu bersaing, akhirnya anak didik kepada penyanyi Atilia iaitu Hairul dan Leen telah diumumkan sebagai juara program Ceria Popstar Akhir yang disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro.

Atilia juga turut boleh tersenyum bangga apabila seorang lagi anak didiknya, Trisya turut meraih gelaran naib juara dalam pertandingan akhir lima penjuru itu.
Dalam konsert akhir tersebut, pasangan Hairul Asri Alis Sofjan, 14, dan Nur Shazleen Natasha Kamaluddin, 13, yang berasal daripada Kuala Lumpur telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi kemenangan.

Trisya pula yang berada di tempat kedua, meraih RM15,000 beserta trofi.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Vasion Mate yang merupakan protégé kepada Cat Farish dengan membawa pulang wang tunai RM10,000. Ianya diikuti dua peserta yang merupakan anak didik juara AF9, Hazama iaitu Razmil ditangga keempat dan Flower Queen tempat kelima, masing-masing memperolehi RM5,000 dan trofi.

Pada pertandingan akhir ini jumlah markah dikira 70 peratus daripada juri profesional, manakala 30 peratus daripada khidmat pesanan ringkas (SMS).
Juri profesional terdiri daripada penyanyi Nurul Wahab, Mawi dan Aaron Aziz.
sumber : http://www.murai.com.my/

Demi Mengejar Impian, IZ Tidak Malu Sertai AF 2013


Bahang Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) kian terasa walaupun masih belum ada tarikh yang sah bila rancangan realiti yang telah memasuki siri yang ke-10 itu akan bermula. Jika sebelum ini ada kisah mengenai dua orang selebriti iaitu Arja Lee dan Fida Ibrahim adalah antara peserta yang terpilih ke pusingan seterusnya, ada seorang lagi bintang realiti yang lebih awal menerima khabar berita ini.

Iz Sulaini yang merupakan bintang kelahiran rancangan realiti One In A Million turut berjaya menempatkan dirinya ke pusingan seterusnya pencarian juara Akademi Fantasia 2013. Menurut Iz ketika dihubungi, keputusannya untuk pergi ke ujibakat AF 2013 itu adalah berlaku secara kebetulan.
Dia yang ketika itu berada di Pulau Pinang atas undangan nyanyian di sana telah menginap di hotel yang sama di mana ujibakat AF 2013 bakal diadakan. Dia juga turut mengambil kesempatan itu untuk menyambut ulangtahun kelahirannya bersama keluarga dan terlanjur berada di sana, Iz telah nekad untuk mencuba nasib walaupun harus mencuba dua kali sebelum melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

"Ketika itu Iz memang berada di Pulau Pinang kerana mendapat undangan nyanyian di sana. Iz memang pergi bersama ahli keluarga untuk bercuti kerana pada waktu yang sama mereka mahu menyambut ulangtahun kelahiran Iz disana pada 8 Jun. Secara kebetulan ujibakat AF 2013 dibuat di hotel tempat Iz menginap.
"Berbekalkan semangat pada harijadi, Iz bertekad ingin mencuba nasib dalam ujibakat tersebut. Tetapi malangnya, seorang daripada juri telah mengatakan Iz tidak mempunyai 'star quality'. Memang sangat kecewa ketika itu kerana ia menjadi pengalaman dan kenangan yang pahit Iz lalui pada harijadi Iz.

"Tetapi Iz buangkan kekecewaan itu dan berazam dalam diri untuk mencubanya sekali lagi pada hari terakhir ujibakat di Pulau Pinang itu. Sebab Iz percaya kalau kita berusaha, pasti akan mendapat habuannya. Syukur bila percubaan kedua, ianya melayakkan Iz ke peringkat seterusnya,"cerita Iz Sulaini yang berjaya mendapat tempat ke AF 2013 melalui ujibakat di Pulau Pinang, 9 Jun lalu.

Dia yang telah mempunyai beberapa single dan album sebelum ini mengakui bahawa ada pihak yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, Iz mempunyai alasan yang kukuh dan jawapan sendiri apabila berhadapan dengan persoalan ini.
"Memang orang akan cakap, buat apa Iz masuk lagi AF sedangkan Iz sudah bergelar penyanyi dan mempunyai album. Tetapi Iz belum lagi berjaya sepenuhnya dan masih belum layak digelar bintang seperti penyanyi-penyanyi tersohor negara.

"Sebab itu Iz merasakan AF 2013 antara platform yang baik untuk dicuba bagi membuka jalan menjadi seperti juara-juara AF sebelum ini. Lagipun AF antara program realiti nyanyian yang paling lama bertahan di negara ini.

"Sebelum ini pun ramai penyanyi yang sudah mempunyai nama menyertai program realiti seperti Dayang Nurfaizah, Tomok dan Faizal Tahir. Jadi tiada sebab mengapa Iz tidak boleh mengikuti jejak langkah mereka.
"Pada Iz, jika ingin berjaya dan merealisasikan impian kita tidak perlu malu untuk mencuba. Walaupun gagal pertama kalinya, Iz tidak patah semangat untuk pergi lagi sekali kerana peluang ini bukan selalunya datang,"tambahnya lagi.

Iz yang sebelum ini pernah muncul dengan beberapa single antaranya Cinta Akhir akan menyertai peserta-peserta lain yang layak di 5 lokasi ujibakat di seluruh negara yang berakhir di Shah Alam pada 30 Jun lalu. Walaupun belum ada tarikh yang sah, ura-ura mengatakan bahawa ia akan bermula pada September ini.
sumber :http://www.murai.com.my/ 

Kelunakan Suara, Senjata Dato` Siti Nurhaliza Di DFP


Ketepikan soal senarai 20 seleksi lagu yang menjadi taruhan Dato Siti Nurhaliza,34 ketika konsert Siti Nurhaliza in Symphony berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 5 hingga 7 Julai lalu           kerana kelunakan suara buluh perindu milik penyanyi kesayangan ramai itu bersama iringan 80 pemuzik dari Orkestra Philharmonic Malaysia (MPO) nyata cukup memukau penonton.

Berbeza daripada biasa, suasana indah DFP yang hanya mampu memuatkan kapasiti penonton yang tidak ramai dalam satu-satu persembahan itu telah memberikan impak luar biasa kepada sekalian peminat diva tersohor berkenaan.
Mana tidaknya, selain senyuman yang setiasa menguntum di wajah Dato' Siti, pengalaman sebagai penyanyi memberi kelebihannya untuk layak bergelar penglipur lara dengan senda loka yang diberikan sepanjang konsert berlangsung.

Malah pada malam pertama persembahan iaitu pada 5 Julai lalu, Dato Siti yang anggun menggayakan dua persalinan indah rekaan Khoon Hooi itu tidak sudah-sudah melafazkan perasaan syukur dalam setiap kesempatan diantara persembahan lagunya.
"Memang perasaan gementar itu ada pada malam pertama persembahan saya ini. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Bukannya apa, menyanyi bersama-sama orkestra MPO bukanlah satu kerja yang mudah sebagaimana yang pernah dikatakan Tan Sri SM Salim sebelum ini.

"Kerana sebagai penyanyi dan pemuzik orkestra kami perlu berjalan seiringan atau serentak. Alhamdulillah saya sudah dapat momentum yang diinginkan," katanya sebaik sahaja selepas konsert malam pertama Jumaat lalu.
Merupakan konsert penutup tirai DFP untuk musim 2012/2013, Siti menjadi artis tempatan keempat yang pernah mengadakan konsert solo diiringi lebih 80 pemuzik bertaraf antarabangsa himpunan MPO di bawah pimpinan Kevin Field.

Dato' Siti telah mempersembahkan beberapa lagu popularnya seperti Kau Kekasihku sebagai persembahan pembukaan, diikuti Badarsila, madley Jerat Percintaan, Bukan Cinta Biasa, Diari Hatimu dan juga Percayalah.

Tidak ketinggalan Hanya Dia, Di Taman Teman, Biarlah Rahsia, Seindah Biasa, Cindai, Senandung Semalam, Lebih Indah, Ku Mahu, Balqis, Ya Maulai dan Purnama Merindu.

Beliau mengakui bahawa kredibiliti vokalnya tercabar ketika menyanyikan beberapa lagu balada kegemarannya terutama sekali Purnama Merindu yang telah banyak mengharumkan namanya di peringkat antarabangsa.
"Memang lagu perlahan iaitu lagu-lagu balad menguji ketahanan vokal saya. Bagi memastikan vokal dan stamina saya terjaga, setiap hari saya akan bersenam selama satu jam. Bila saya dapat tahu nak sakit terutama ketika cuaca jerebu baru-baru ini, saya cepat-cepat berjumpa dengan doktor.
"Alhamdulillah semakin nak dekat dengan konsert, perasaan gementar saya semakin berkurangan," katanya yang hanya berpeluang menjalani latihan selama dua hari bersama pemuzik profesional MPO sebelum konsert berlangsung.

Berbanding konsertnya yang lain, kali ini Dato` Siti perlu akur dengan teknik berbeza kerana dia perlu mendapatkan susunan muzik lagu-lagunya terlebih dahulu yang telah dirakamkan untuknya membuat latihan.
Antara pemuzik yang bertindak dalam susunan muzik lagu-lagu pilihannya iaitu Jenny Chin, Ahmad Muriz Che Rose, Khor Chin Yang, Yuzaifullah Mohd Yusof dan Syed Sharir Faisal Syed Hussain.
"Pemuzik-pemuzik ini telah banyak membantu saya kerana susunan perlu dibuat lebih awal dan setelah siap dimasukan dengan muzik orkestra barulah saya berpeluang membuat latihan di dalam CD yang diberikan kepada saya.

"Apabila latihan hanya berpandukan kepada CD yang diberikan, jadi kesempurnaannya tidaklah 100 peratus sempurna dan apabila latihan selama dua hari bersama pemuzik MPO barulah saya boleh nampak kesempurnaannya," jelas Dato' Siti.
Kolaborasi Dato Siti bersama MPO tampak semakin menyerlah ketika menyanyikan medley lagu daripada Tan Sri P Ramlee iaitu Malam Bulan Dipagar Bintang, Tiada Kata Secantik Bahasa dan diikuti lagu Terasing milik Dato' Sudirman Haji Arshad.
JIka mahu dibandingkan dengan lagu-lagunya yang lain, entah mengapa, komposisi muzik yang dizahirkan oleh pemuzik MPO untuk kesemua lagu berkenaan tampak lebih dramatik, lebih-lebih lagi apabila dimasukan dengan vokal dinamik milik Dato Siti.

Malah graf persona nyanyiannya semakin meningkat pada beberapa lagu akhir persembahan berbanding pada set pertama dan di awal set kedua konsertnya malam berkenaan.
sumber : http://www.murai.com.my/

Yasmin Hani Amalkan Yoga Sewaktu Mengandung


Bagi ibu-ibu mengandung, pastinya yoga merupakan salah satu senaman paling efektif untuk anda.

Senaman ini bukan sahaja dikatakan dapat membantu bakal ibu memperkukuhkan otot-otot mereka, malah ia turut difahamkan mampu membantu mempermudahkan para ibu untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal mereka setelah melahirkan bayi kelak.

Nampaknya senaman ini turut diprektikkan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Yasmin Hani.

Menerusi laman Instagram milik dramatis ini, Hani telah berkongsi beberapa foto menariknya sewaktu melakukan senaman yoga bersama teman-teman rapat iaitu Atilia dan Daphne Iking.

Mungkin melihat sahaja foto-foto yang dikongsikan oleh Hani ini membuatkan ramai para ibu merasa gerun dan tidak menyangka seorang ibu mengandung mampu melakukan senaman seperti ini bukan? Namun begitu, tidak pada pelakon wanita ini.

Menurut Yasmin Hani, tidak salah untuk seorang ibu mengandung mengamalkan senaman ringan seperti itu, asalkan ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri si ibu serta bayi yang berada di dalam kandungan.

Tidak kira apa pun senaman yang dilakukan olah Yasmin Hani, Mari kita doakan semoga pelakon wanita ini akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan begitu juga dengan bayi di dalam kandungannya itu.
sumber : http://www.ohbulan.com/