Arisvaldo de Campos Pires, ialah sebuah  penjara keselamatan tinggi di Brazil. Penjara ini menempatkan pembunuh  dan perogol yang menjalani hukuman mereka. Disini jua pakaian fesyen  bejenama Doiselles dihasilkan oleh banduan-banduan penjara ini bagi  mengurangkan tempoh hukuman mereka. Pada tahun 2009, pereka fesyen  Raquel Guimaraes yang juga pemilik Doiselles mahu menghasilkan pakaian  untuk jenama milik beliau. Malangnya beliau mendapati sukar mencari  pekerja yang berkemahiran menghasilkan seni kaitan yang beliau  kehendaki. Oleh itu beliau mengajar banduan penjara Arisvaldo de Campos  Pires untuk menjadi pekerja beliau. Setiap banduan dibayar 75% gaji  minima nasional dan hukuman penjara dipotong sehari untuk setiap 3 hari  bekerja. Pakaian berjenama Doiselles dipasarkan di Jepun, Eropah, Brazil  dan Amerika Syarikat. 




 
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment