Kenapa Hazama Tak Minta Izin Ajuk Amy Search?

on Saturday, July 6, 2013



Juara Akademi Fantasia ke 9, Hazama mengaku tidak meminta keizinan daripada lagenda rock, Amy Search untuk mengajuk suara penyanyi berkenaan ketika membuat persembahan di Wisma Bently Music, Damansara malam tadi.

Hazaman yang baru saja melancarkan album sulungnya berjudul Penglipur Lara sejak 26 Jun lalu telah mengajuk suara serta gaya persembahan Amy Search menerusi lagu duet mereka berdua berjudul Simetri di hadapan hampir 300 penonton sempena pelancaran albumnya itu.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak perlu meminta keizinan daripada Amy Search untuk mempersembahkan lagu duet berkenaan kerana niatnya hanyalah untuk menghiburkan peminat yang hadir sempena pelancaran albumnya itu malam tadi.

"Rasanya tidak perlu saya meminta izin sesiapa kerana apa yang saya lakukan di dalam persembahan saya itu bukanlah ingin memperbodohkan atau memalukan sesiapa.
"Saya hanya meniru gaya nyanyian dan persembahan Amy Search itu saja. Lagipun saya langsung tidak menggunakan bahasa kesat untuk menjatuhkan maruah mereka," katanya yang turut mengajuk suara Ramli Sarip pada malam berkenaan.

Jelas Hazama lagi, Amy Search serta Ramli Sarip merupakan dua ikon muzik yang sering menjadi idolanya sejak kecil dan oleh kerana itu dia boleh mengajuk cara nyanyian atau suara mereka berdua.
Bukan sahaja dua penyanyi senior berkenaan, malah tambah Hazama dia cukup mengagumi keunggulan vokal Jamal Abdillah, Awie, Zamani dan Salim.
"Saya membesar dengan lagu-lagu daripada penyanyi terhebat tanah air seperti Awie, Zamani, Amy Search, Ramli Sarip, Salim dan Jamal Abdillah. Oleh kerana itu saya mempunyai kebolehan meniru suara mereka.

"Saya bukan mahu meniru mereka tetapi apa yang boleh saya katakan di sini, itulah caranya saya menghargai muzik serta kehadiran mereka," katanya.
Hazama telah mempersembahkan lapan buah lagu di dalam persembahan mini sempena pelancaran album Penglipur Lara antaranya Ulek Sayang, Dengarlah, Akhir Ceritera, Simetri dan Penglipur Lara.
Penglipur Lara yang mempetaruhkan konsep Pop Rock, merupakan hadiah terbaik daripada Hazama selepas sekian lama menanti selepas kejayaannya di AF9.

Album yang diterbitkan oleh Astro Talent dan edaran Warner Music Malaysia itu menyenaraikan ramai komposer dan penulis lirik terkenal antaranya, Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Mike Chan, Zel Hedauan, Cat Farish dan Hazama sendiri.
Kebolehan Hazama terserlah apabila dia bukan sahaja mampu menyanyikan lagu secara live dengan begitu baik sekali, malahan juga kebolehannya berseloka dengan peminat membuktikan dia mampu menjadi penghibur yang baik.
"Saya hanya berlatih beberapa hari saja untuk persembahan ini kerana yang lainnya datang daripada pengalaman saya sepanjang menjadi penyanyi. Kalau nak cakap soal tahap keyakinan saya pada persembahan tadi, rasanya sukar untuk saya lafazkan. Kerana inilah kali pertama saya membuat persembahan dengan lapan buah lagu sekali gus. Ia merupakan pengalaman terbaik buat saya.

"Bagaimanapun saya bersyukur dan berpuas hati dengan reaksi peminat saya hari ini yang kebanyakannya daripada Hazama Recruits. Merekalah yang menyokong saya dari dulu hingga kini," katanya.

sumber : http://www.murai.com.my/

Dilema pelakon drama Tamil


BERPOTENSI. Dari kiri, Raja Ilya, Perlija Raj, Jasmine Michael, Anu Ramamoothy dan Kristina Vinokree.
KEHADIRAN pelakon yang menempa nama menerusi produksi Tamil dalam industri seni Melayu seperti Kenchana Dewi dan Pushpa Narayan boleh dibilang dengan jari.
Namun, kini muncul lima pelakon Tamil yang dijangka memberi impak kepada industri drama dan filem Melayu.

Bertempat di Rafflesia, Hotel Park Royal Kuala Lumpur baru-baru ini, berlangsung majlis memperkenalkan empat aktres yang sebelum ini aktif berlakon dalam produksi Tamil iaitu Raja Ilya, Jasmine Michael, Kristina Vinokree, dan Anu Ramamoothy di samping penampilan khas aktor dari Sri Lanka, Pearlija Raj.

Mereka berlima muncul serba glamor dan penuh pesona memperagakan busana rekaan Albert King serta dilengkapi aksesori mutiara daripada Rafflesia.
Kelima-limanya Raja Ilya, Jasmine, Kristina, Anu dan Pearlija sepakat berpendapat bahawa untuk menembusi industri seni Melayu, mereka harus mencuba nasib dengan memperkenalkan diri kepada penonton Melayu.

Kebolehan bertutur dalam bahasa Tamil merupakan satu keistimewaan Raja Ilya yang berasal dari Ipoh, Perak. Ia menyebabkan dia kini terpaksa membahagikan masa untuk berlakon dalam produksi Tamil dan Melayu.

“Saya boleh berbahasa Tamil, Urdu, dan Hindustan, jadi saya berkeupayaan untuk aktif dalam dua industri seni yang berbeza iaitu Tamil dan Melayu.

“Namun, ia tidak semudah itu kerana untuk memulakan sesuatu, kita perlulah bermula dari bawah.
“Saya akui agak susah dan tiada platform yang betul untuk pelakon Tamil menceburi industri drama Melayu,” ujar Raja Ilya membawa watak Haliza dalam drama bersiri Dahlia.

Heroin filem Estet, Jasmine Michael turut mengakui bahawa sukar bagi dirinya untuk terjun ke dalam industri drama Melayu. Ini kerana permintaan yang tinggi daripada produksi Tamil menyebabkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon drama Melayu.

“Saya ada terima tawaran berlakon drama Melayu. Namun setiap kali saya mahu menerima tawaran tersebut, dalam masa yang sama saya sibuk dengan penggambaran drama mahupun filem Tamil. Saya tidak boleh lari (ke produksi Melayu) kerana saya memegang watak utama dalam produksi Tamil,” katanya

Jasmine berharap dia dapat menembusi industri Melayu sekali lagi pada tahun ini.

Dia turut berpendapat bahawa pelakon India di negara ini perlu mencari dan merebut peluang yang ada untuk lebih dikenali, malah jangan terlalu memilih watak atau produksi.
Sementara pengarah yang pernah mengarah drama Tamil, Anjali untuk siaran RTM pada tahun 2011, Along Kamaruddin berpendapat pelakon-pelakon Tamil harus diberi peluang sekiranya mereka memiliki bakat.

“Saya menyarankan pengarah-pengarah beri peluang kepada pelakon bukan Melayu supaya mereka boleh membuktikan bakat mereka.
“Selain itu, untuk pelakon Tamil, dapatkan pengarah yang bagus, penceritaan yang bagus, dan cerita yang akan meletup. Melalui platform tersebut ramai akan mengenali mereka,” ujarnya.

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp




DJ Lin Tidak Mahu Lagu Diputarkan


DEEJAY LIN kini mempunyai single berjudul Ranting Harapan.

BELUM ada lagi artis yang merakamkan lagu tidak mahu lagunya diputarkan di stesen radio, tetapi itulah yang berlaku pada seorang penyampai radio iaitu Deejay Lin.

Deejay Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 37, baru-baru ini telah melancarkan single pertamanya berjudul Ranting Harapan ciptaan Eddie Hamid.

Namun, dia tidak berharap lagu yang dirakamnya itu akan disiarkan di mana-mana stesen radio termasuklah stesen tempat dia bekerja iaitu Suria FM.

Menurut Lin, dia tidak mahu dengan memutarkan lagu sendiri di radio, timbul pula isu kontroversi deejay syok sendiri.

Katanya, rakaman lagu itu dibuat sekadar untuk memenuhi permintaan peminat yang mahukan dirinya menyanyikan lagu sendiri.

“Saya terlalu menghargai peminat, apa sahaja permintaan yang mereka mahukan saya akan cuba penuhi. Jadi, terciptalah lagu Ranting Harapan yang berkisar mengenai kisah sebenar tentang hidup saya yang terpaksa meninggalkan orang tersayang di Johor.

“Lagu itu dimuatkan dalam album kompilasi Persona Cinta sebagai single baharu. Baki 23 buah lagu lagi dalam album tersebut merupakan pilihan bersama saya dan pihak penerbit,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album itu yang berlangsung Red Box Ria, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, penghasilan Ranting Harapan bukan untuk bersaing dengan artis sedia ada kerana dia sedar dirinya tidak berbakat besar.

Sementara itu, bercerita mengenai pengalamannya ketika merakamkan lagu tersebut, Lin memberitahu, dia mengambil masa selama dua hari untuk merakamkannya.

Oleh kerana dia bekerja pada waktu malam sehingga lewat pagi, rakaman lagu tersebut hanya boleh dibuat selepas habis tugasannya di konti iaitu sekitar pukul 2 pagi.

Namun begitu, dengan bantuan Eddie Hamid, lagu itu dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Ditanya tidakkah dia takut untuk menerima kritikan daripada peminat, ujar Lin, apa sahaja respons sama ada positif atau negatif daripada pendengar akan diterima dengan hati terbuka.

“Saya terima apa saja respons. Namun, setakat ini semua tindak balas yang saya terima amat positif. Mereka menyokong kerjaya saya,” jelas ibu tunggal kepada Nureen Areesya, 10, dan Nazreen Asyran, 8, ini.

Album Persona Cinta boleh didapati di semua cawangan kedai muzik pada harga RM25.50.

Kepada pembaca yang belum mengenali Lin, dia merupakan penyampai radio yang mengendalikan rancangan Suria Cinta di Suria FM setiap Isnin hingga Jumaat dan Ahad dari pukul 11 malam hingga 2 pagi.

Pengendali program Suria Cinta yang mempunyai lebih 70,000 peminat menerusi Facebook itu berharap kecemerlangan yang diperoleh pada tahun lalu akan terus berkekalan pada tahun seterusnya.

sumber :http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp 


Mati di dalam banglo kontraktor


ANGGOTA polis mengusung mayat salah seorang mangsa yang ditemui mati di dalam bilik sebuah banglo di Sibu semalam.

SIBU – Tiga beranak ditemui mati dalam keadaan menyayat hati selepas disyaki dipukul dengan sebatang buluh sebelum dibiarkan bergelimpangan di dalam bilik yang dicemari dengan gas memasak dalam kejadian di sebuah banglo dua tingkat di Pulau Li Hua di sini semalam.

Mayat Ling Yung Ming, 40, Christine Tiang Soon Ai, 14, dan Victor Tiang Soon Sheng Tai, 2, ditemui dengan kesan lebam di seluruh badan akibat dipukul dengan buluh tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Kejadian itu disyaki dilakukan oleh suami Yung Ming selepas dia dikatakan tidak dapat menanggung bebanan hutang dan masalah peribadi yang dihadapinya. Lelaki berusia 43 tahun itu merupakan kontraktor kelas D.

Difahamkan, selepas memukul tiga beranak itu, lelaki terbabit dikatakan cuba memukul pula anak sulung lelakinya yang berusia 17 tahun yang berada di tingkat bawah namun gagal apabila remaja tersebut dapat melarikan diri melalui tingkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, sebaik dapat menyelamatkan diri, remaja itu terus meminta pertolongan daripada jiran-jiran sebelum menghubungi polis. Dia kini dikatakan trauma dengan kejadian itu.

Katanya, polis yang tiba tidak lama kemudian masuk ke dalam banglo tersebut sebelum menemui mayat tiga beranak tersebut dengan kesan lebam di seluruh badan akibat dipukul dengan sebatang buluh di dalam bilik di tingkat atas.

sumber   : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp


VIDEO PERGADUHAN GANGSTER(08) DAN GANGSTER(36) - TANGAN PUTUS DITETAK





BERITA PERGADUHAN KUMPULAN GANGSTER(08) DAN KUMPULAN GANGSTER(36) - TANGAN DITETAK SEHINGGA PUTUS | Seorang lelaki berbangsa India yang dikenali sebagai Shankar Nadeson, 35, telah disahkan meninggal dunia setelah pergelangan tangannya putus akibat ditetak oleh sekumpulan pemuda bertopeng di hadapan sebuah stesen minyak Shell di Ligamas Batang Kali, semalam.



Mangsa dibawa ke Hospital Kuala

GAMBAR TIZ ZAQYAH DAN BUAH HATI DI PULAU PERHENTIAN!







GAMBAR MESRA TIZ ZAQYAH DAN KEKASIH BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN | Tiz Zaqyah menerusi akaun Instagram beliau berkongsikan saat saat indah bersama teman lelaki, Daniel Haziq juga rakan rakan lain ketika bercuti di Pulau Perhentian baru baru ini.



Seperti biasa seperti sebelum ini, pasti ada peminat yang melatah dan kembali menghentam Tiz Zaqyah atas apa yang dikongsikan.



Perlu kita

Inilah Model Rambut Mohawk Paling Panjang Di Dunia


Di malaysia sendiri model rambut mohawk ini masih sangat di gemari. Kazuhiro Watanabe, pereka fesyen asal Tokyo akan masuk ke dalam buku Guiness World Record tahun 2013 mendatang. Alasannya? Kerana Kazuhiro baru saja memecahkan rekod mohawk tertinggi di dunia.

Tinggi mohawk Kazuhiro memang mengagumkan, iaitu setinggi 1.3 meter. Menurut Kazuhiro ia memerlukan 15 tahun untuk memanjangkan rambutnya. Dan dalam sehari ia mengambil masa dua jam, satu tin gel serta tiga tin hairspray untuk meninggikan rambutnya menjadi mohawk.