Kenapa Hazama Tak Minta Izin Ajuk Amy Search?

on Saturday, July 6, 2013



Juara Akademi Fantasia ke 9, Hazama mengaku tidak meminta keizinan daripada lagenda rock, Amy Search untuk mengajuk suara penyanyi berkenaan ketika membuat persembahan di Wisma Bently Music, Damansara malam tadi.

Hazaman yang baru saja melancarkan album sulungnya berjudul Penglipur Lara sejak 26 Jun lalu telah mengajuk suara serta gaya persembahan Amy Search menerusi lagu duet mereka berdua berjudul Simetri di hadapan hampir 300 penonton sempena pelancaran albumnya itu.
Anak kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak perlu meminta keizinan daripada Amy Search untuk mempersembahkan lagu duet berkenaan kerana niatnya hanyalah untuk menghiburkan peminat yang hadir sempena pelancaran albumnya itu malam tadi.

"Rasanya tidak perlu saya meminta izin sesiapa kerana apa yang saya lakukan di dalam persembahan saya itu bukanlah ingin memperbodohkan atau memalukan sesiapa.
"Saya hanya meniru gaya nyanyian dan persembahan Amy Search itu saja. Lagipun saya langsung tidak menggunakan bahasa kesat untuk menjatuhkan maruah mereka," katanya yang turut mengajuk suara Ramli Sarip pada malam berkenaan.

Jelas Hazama lagi, Amy Search serta Ramli Sarip merupakan dua ikon muzik yang sering menjadi idolanya sejak kecil dan oleh kerana itu dia boleh mengajuk cara nyanyian atau suara mereka berdua.
Bukan sahaja dua penyanyi senior berkenaan, malah tambah Hazama dia cukup mengagumi keunggulan vokal Jamal Abdillah, Awie, Zamani dan Salim.
"Saya membesar dengan lagu-lagu daripada penyanyi terhebat tanah air seperti Awie, Zamani, Amy Search, Ramli Sarip, Salim dan Jamal Abdillah. Oleh kerana itu saya mempunyai kebolehan meniru suara mereka.

"Saya bukan mahu meniru mereka tetapi apa yang boleh saya katakan di sini, itulah caranya saya menghargai muzik serta kehadiran mereka," katanya.
Hazama telah mempersembahkan lapan buah lagu di dalam persembahan mini sempena pelancaran album Penglipur Lara antaranya Ulek Sayang, Dengarlah, Akhir Ceritera, Simetri dan Penglipur Lara.
Penglipur Lara yang mempetaruhkan konsep Pop Rock, merupakan hadiah terbaik daripada Hazama selepas sekian lama menanti selepas kejayaannya di AF9.

Album yang diterbitkan oleh Astro Talent dan edaran Warner Music Malaysia itu menyenaraikan ramai komposer dan penulis lirik terkenal antaranya, Audi Mok, Omar K, Manusia Putih, Mike Chan, Zel Hedauan, Cat Farish dan Hazama sendiri.
Kebolehan Hazama terserlah apabila dia bukan sahaja mampu menyanyikan lagu secara live dengan begitu baik sekali, malahan juga kebolehannya berseloka dengan peminat membuktikan dia mampu menjadi penghibur yang baik.
"Saya hanya berlatih beberapa hari saja untuk persembahan ini kerana yang lainnya datang daripada pengalaman saya sepanjang menjadi penyanyi. Kalau nak cakap soal tahap keyakinan saya pada persembahan tadi, rasanya sukar untuk saya lafazkan. Kerana inilah kali pertama saya membuat persembahan dengan lapan buah lagu sekali gus. Ia merupakan pengalaman terbaik buat saya.

"Bagaimanapun saya bersyukur dan berpuas hati dengan reaksi peminat saya hari ini yang kebanyakannya daripada Hazama Recruits. Merekalah yang menyokong saya dari dulu hingga kini," katanya.

sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment