WIGAN, - Manchester United menang besar empat gol tanpa balas saat bertandang ke markas Wigan Athletic di Stadium DW dalam lanjutan Premier League, Selasa (1/1/2013).
Wigan sempat tampil mengejutkan dengan menguasai perlawanan pada awal-awal laga. Lima pemain tengah The Latics mampu meredam kreativiti pemain tengah Setan Merah.
Akan tetapi, rapatnya barisan belakang MU membuat tuan rumah kerap kesukaran. Pada minit ke-12, MU sebenarnya mampu merobek gawang Wigan melalui Javier "Chicharito" Hernandez. Tapi, Chicharito terlanjur terperangkap offside.
MU mula mendominasi jalannya perlawanan. Pada minit ke-35, MU akhirnya boleh lebih dahulu membuka skor di Stadium DW. Dari sebuah kreasi Jonny Evans, Patrice Evra melepaskan tendangan keras dari jarak dekat. Bola sebenarnya boleh ditepis Al Habsi, namun bola malah mengarah ke Chicharito yang dengan mudah menjaringkan bola.
Dua minit jelang babak pertama berakhir, MU memperluaskan jarak gol melalui Robin Van Persie. Menerima umpan dari sisi kanan, Van Persie mengecoh Ivan Ramis sebelum melepaskan temndangan melengkung yang menutup separuh pertama perlawanan dengan skor 2-0 untuk MU.
Selepas rehat, MU masih menguasai jalannya perlawanan. Pada pertengahan babak kedua, MU berjaya menjaringkan gol ketiga di perlawanan tersebut.
Bermula dari tendangan bebas Van Persie yang mengena palang, Chicharito dengan cekap mampu menyongsong bola dan melepaskan tendangan voli yang merobek gawang Al Habsi.
Pesta gol MU di kandang lawan, ditutup oleh aksi Van Persie. Pada minit ke-88, Danny Welbeck berjaya mencuri bola dari kesalahan lini belakang Wigan. Tanpa egois, Welbeck memberikan umpan yang dengan mudah dilanjutkan Van Persie untuk mencatatkan nama di papan skor, sekaligus semakin selesa di puncak top skorer sementara dengan 16 gol. Skor akhir berkesudahan 4-0 untuk kemenangan MU.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment