MANCHESTER, - Manchester United berjaya menewaskan seteru abadinya Liverpool dengan skor 2-1 dalam lanjutan Premier League di Stadium Old Trafford, Minggu (13/1/2013). Robin van Persie menjadi inspirasi kemenangan Setan Merah dengan satu gol dan sebuah asisst yang diciptakannya.
Kedua-dua pasukan bermain tempo cepat begitu laga bermula. Namun, kedua-dua pasukan masih terlihat kesulitan mencipta peluang emas, sekurang-kurangnya 15 minit pertama.
Dua minit berselang, MU melalui serangan balik nyaris menembusi Liverpool. Welbeck melakukan penetrasi di sayap kanan, dan menghantar bola kepada Cleverly. Cleverley kemudian meneruskan bola kepada Van Persie yang disambut dengan tendangan keras. Sayang, bola tendangan pemain Belanda tersebut masih membentur pemain lawan.
Van Persie akhirnya mampu mencipta gol pada minit ke-19. Gol ini dibina dari serangan yang cepat dan rapi. Evra melakukan tusukan dari sayap kiri dan kemudian melepaskan umpann mendatar ke dalam kotak penalti. Van Persie yang dikawal ketat lawan berjaya melepaskan tembakan, membuat bola bersarang di sudut kanan gawang Liverpool. Ini merupakan gol ke-17 bagi Van Persie sepanjang musim ini.
Pertahanan Liverpool memang cukup mudah ditembusi oleh Van Persie dan kawan-kawan kerana pertahanan pasukan besutan Brendan Rodgers tersebut tidak terlalu rapat. Terlepas dari itu, Martin Skrtel dan kawan-kawan mampu mematahkan beberapa peluang emas tuan rumah.
Kedua-dua pelatih sama-sama melakukan perubahan pada awal babak kedua. Fergie bermain Valencia bagi menggantikan Young yang sempat mengalami kecederaan. Sementara Rodgers memberikan peluang bagi penyerang anyar Daniel Sturridge. Dia menggantikan Lucas.
Pergerakkan Welbeck nyaris membuah gol seandainya tidak dilanggar oleh Skrtel di depan kotak penalti lawan. Namun, kesalahan yang dibuat Skrtel harus dibayar mahal kerana Liverpool kembali kebobolan pada minit ke-54. Tendangan bebas van Persie yang melengkung berjaya ditanduk Evra. Bola mengenai kepala Vidic sebelum bersarang di sisi kiri gawang Reina. Gol itu disambut sorak gembira oleh ribuan fans MU yang memadati Old Trafford.
Namun, hanya berselang tiga minit, publik tuan rumah dikejutkan dengan gol balasan Strurridge. Gol berpunca dari tembakan Gerrad yang dimentahkan oleh De Gea. Sturridge kemudian dengan cepat menyambut bola tersebut dengan sepakan keras yang gagal ditepis De Gea. Bagi Sturridge, ini merupakan gol kedua dari dua pertandingan sejak mengenakan seragam kebesaran Liverpool.
Sturridge benar-benar berbahaya. Pemain yang diboyong dari Chelsea tersebut memanfaatkan kemelut di dalam kotak penalti lawan. Tapi, Sturridge terlalu terburu-buru sehingga tembakannya gagal mengenai sasaran. Sepuluh minit jelang laga usia, Liverpool berjaya membuat MU tertekan. Sialnya, usaha Liverpool untuk terlepas dari kekalahan gagal setelah skor 2-1 untuk keunggulan MU berlangsung hingga wisel panjang.
Berkat kemenangan ini, MU selesa di puncak liga dengan terpaut sepuluh angka dengan pesaing terdekatnya Manchester City yang mengumpul 45 mata.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment