MADRID, - Real Madrid berjaya meraih mata penuh selepas menang 4-3 ke atas Real Sociedad dalam lanjutan Liga BBVA di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid, Minggu (6/1/2013).
Pada perlawanan tersebut, jurulatih Madrid Jose Mourinho kembali mencadangkan kapten Iker Casillas sejak minit pertama. Posisi penjaga gol, lagi-lagi diberikan kepada Antonio Adan.
Pertandingan baru berlangsung dua minit, Madrid sudah membuka keunggulan berkat gol yang dicetak Karim Benzema. Menerima umpan Sami Khedira, Benzema terlepas perangkap offside sebelum menakluk penjaga gol Sociedad, Claudio Bravo.
Akan tetapi, keputusan Mourinho memainkan Adan, boleh dikatakan berbuah blunder. Pada menti ke-5, Adan melakukan operan yang sukar diterima pertaanan Madrid. Bola lantas direbut Carlos Vela yang tinggal berhadapan dengannya. Dengan sekali gerak tipu, Vela berjaya mengelabui Adan. Namun, kaki Adan menghalang Vela yang membuat pengadil menunjuk titik putih sekaligus kad merah untuk Adan.
Pelaksanaan penalti mampu diselesaikan dengan sempurna oleh kapten Xabi Prieto. Sociedad meraih asa dengan menyamakan skor dan unggul jumlah pemain atas Madrid.
Meski kalah jumlah pemain, Madrid ternyata boleh kembali unggul pada minit ke-35. Dari sebuah sepak penjuru Cristiano Ronaldo, bola lantas diteruskan tendangan Ricardo Carvalho yang kemudian disentuh lembut Khedira untuk menembusi gawang Sociedad. Skor 2-1 untuk keunggulan Madrid.
Malangnya, keunggulan ini tak bertahan lama. Lima minit jelang rehat, Sociedad berjaya menyamakan skor lagi-lagi melalui Xabi Prieto. Babak pertama pun berkesudahan 2-2 untuk kedua-dua pasukan.
Pada babak kedua tepatnya minit ke-68, Madrid kembali unggul melalui Ronaldo, yang pada perlawanan tersebut didaulat sebagai kapten pasukan. Mendapatkan umpan manis dari Benzema, dengan tenang Ronaldo menakluk Claudio Bravo dengan tendangan kaki kirinya.
Dua minit selepas mencetak gol, Ronaldo menambah catatan gol di papan skor. Sebuah pelaksanaan tendangan bebas Ronaldo gagal dihentikan Bravo dan melesat menggetarkan jala Sociedad. Skor kini semakin menjauh 4-2 untuk keunggulan Madrid.
Sociedad cuba mengais asa pada minit ke-77. Xabi Prieto memasukkan namanya sebagai pencetak hat-trick setelah lagi-lagi menembusi gawang Casillas. Lepas dari perangkap offside, Prieto dengan sempurna melepaskan tembakan menyilang yang hanya membuat Casillas mati langkah.
Namun, usaha mengejar gol Madrid sedikit sukar dilakukan. Pada minit ke-79, Sociedad harus mengikuti Madrid bermain dengan sepuluh pemain selepas Daniel Estrada menerima kad kuning kedua.
Keunggulan Madrid 4-3 bertahan hingga pertandingan berakhir. Kemenangan itu membawa Madrid kini mengumpul 36 mata dari 18 perlawanan dan masih berada di tempat ketiga liga sementara Liga BBVA.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment