MANCHESTER, - Shinji Kagawa bermain gemilang dan membawa Manchester United (MU) menang 4-0 atas Norwich City pada lanjutan Premier League di Stadium Old Trafford, Sabtu (2/3/2013). Pemain asal Jepun tersebut menjadi pemain Asia pertama yang mencetak tiga gol (hat-trick) di Premier League, sekaligus membawa Setan Merah hanya memerlukan 13 mata lagi untuk juara.
Dengan raihan tiga mata ini, MU berada di peringkat pertama dengan mata 71, unggul 15 angka dari Manchester City di kedudukan kedua. The Citizen boleh kembali mengurangkan perbezaan angka tersebut jika mampu mendapat mata apabila berhadapan dengan Aston Villa, Isnin (4/3/2013).
Hanya saja, tugas MU makin ringan. Mereka hanya memerlukan 13 mata lagi dari baki 9 perlawanan untuk menorehkan mata 83 dan juara. Sebab, nilai maksimum City hanya 82.
MU terus berusaha mencari gol dan skuad asuhan Sir Alex Ferguson itu akhirnya membuahkan keputusan pada minit ke-45 melalui gol Kagawa yang berjaya memaksimumkan umpan Van Persie.
Selepas turun minum, MU masih menguasai permainan. Namun, Norwich mula cuba keluar tekanan dengan beberapa kali melakukan serangan berbahaya untuk berusaha menyamakan kedudukan di tengah-tengah pertahanan tuan rumah.
Di babak ini, jurulatih Ferguson melakukan beberapa pertukaran untuk menjaga kecergasan pemain yang akan melakoni laga berat melawan Real Madrid di leg kedua Liga Champions pekan depan. Pelatih asal Scotland itu pun menggantikan Van Persie dan Anderson dengan Danny Welbeck dan Tom Cleverley.
Norwich yang berusaha keluar tekanan, harus kembali ketinggalan pada minit ke-76 melalui gol kedua Kagawa. Kali ini, pemain tengah asal Jepun tersebut dengan tenang menjaringkan bola ke gawang Mark Burn usai hantaran Rooney.
Gol itu pun meruntuhkan semangat juang pasukan tetamu. MU kembali menguasai jalannya pertandingan dan berjaya menambah pundi-pundi golnya kembali melalui ciptaan Kagawa pada minit ke-87 dan Rooney tiga minit kemudian. Skor 4-0 untuk Setan Merah pun berlangsung hingga pengadil meniup wisel panjang.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment