MADRID, - Sergio Ramos menjaringkan gol yang menentukan kemenangan Real Madrid 2-1 atas Barcelona, dalam lanjutan Liga BBVA, di Santiago Bernabeu, Sabtu (2/3/2013).
Madrid unggul lebih dulu melalui Karim Benzema pada minit keenam. Gol bermula dari pergerakan Morata di sektor kanan pertahanan Barca yang berakhir dengan umpan silang. Dari jarak dekat, Benzema menyepak bola masuk tengah gawang.
Lionel Messi mengubah angka di papan skor menjadi 1-1 pada minit ke-18. Setelah menguasai umpan Dani Alves, Messi menggiring bola masuk kotak penalti, mengecoh Sergio Ramos, dan menyepak bola masuk sudut kiri bawah gawang.
Pada minit ke-82, Madrid kembali unggul berkat gol Sergio Ramos. Dari tengah kotak penalti, ia menanduk bola hasil tendangan sudut Luka Modric ke sudut kiri atas gawang Victor Valdes.
Barcelona tetap berusaha mengejar yang tertinggal. Dua usaha Barcelona hanya membuahkan tendangan bebas atas pelanggaran terhadap Sergio Busquets dan Dani Alves pada minit ke-83 dan ke-84.
Selepas itu, tak ada peluang bererti, hingga Ronaldo melepaskan tembakan yang terhantuk tiang gol pada minit ke-81.
Pada sembilan minit terakhir, kedua-dua kubu terus menunjukkan usaha untuk menjaringkan gol. Namun, skor 2-1 tak berubah hingga wisel berbunyi panjang.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment