Gambar Bilal Roslan Ishak meninggal dunia ketika sujud dalam solat di Surau Bangi. Perkara ini telah menggemparkan penduduk kerana menghembuskan nafas ketika sujud atau menunaikan solat adalah mulia dalam Islam. Apatah lagi ianya berlaku di bulan yang penuh mulia iaitu Ramadhan. Roslan yang juga seorang bilal di Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi disahkan meninggal dunia ketika sedang bersujud pada Solat Zohor 23 Ramadhan 1434 atau bersamaan dengan 1 Ogos 2013.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment