Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat Inspektor Osthman Mantaha memohon tempoh tahanan reman selama empat hari namun peguam mewakili Maznah, G Visvanathan membantah dengan alasan anak guamannya sudah ditahan di Bukit Aman sejak kelmarin.
Maznah dibawa oleh sepasukan anggota IPD Segamat ke Mahkamah Majistret pada jam 10 pagi hari ini berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh orang awam berkaitan klip video terbabit di IPD Segamat pada 30 Julai lalu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pengadu yang juga peniaga berusia 23 tahun membuat satu laporan polis pada 30 Julai di IPD Segamat kerana tidak berpuas hati dengan Maznah.
"Pengadu membuka laman sosial Facebooknya di kediamannya di sekitar daerah ini pada jam 10 pagi pada 30 Julai lalu.
"Pengadu melihat klip video mengandungi rakaman orang berwuduk disamakan dengan membersihkan anjing dan berlatar belakangkan laungan takbir raya. Pengadu kemudiannya membuat laporan polis," katanya.
Menurut Mohd Kamil, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Update ~ "Maznah ditahan reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni apabila menimbulkan isu-isu sensitif mebabitkan agama," kata Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi. sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment